You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Sabtu, 26 Mac 2011

Selamat Pagi Sabtu !

assalamualaikum.

hai, selamat pagi ! alhamdulillah., hari ni dapat jugak linda bangun dengan sihatnya untuk menempuh hari hari yang akan menjelma. haha. pagi pagi buat ayat skema kan ?

dengan eyebag menebal kat bawah mata akibat bergayut dengan 'kawan' linda sampai pukul 4 pagi, linda pon terus je online tanpa mandi sebersih bersihnya ! gosok gigi dan cuci muka itu WAJIB la kan ? kalau tak gigi rongak, muka yang hampir licin ni dijangkiti virus jerawat lagi.

hari ni hari sabtu, linda tak tahu nak buat apa kat rumah. rancangnya nak masak soto, tapi bila linda bangun tidur, awal awal lagi ibu dah siap masak. katanya senang, bole terus sarapan pagi dengan soto. linda tak kesah pon, sebab perut linda yang agak buncit siap berlapis dua ni memang dah merengek macam budak kecik mintak penampar ! haha. lepas blogwalking nanti, terus nak serbu soto kegemaran tercinta tu.

kawan kawan linda ramai yang pergi sekolah sebab nak tolong jadi penyambut tetamu untuk majlis PIBG dan Klinik PMR. dasyat diorang, sanggup datang hari sabtu semata mata nak jadik penyambut tetamu je. kalau linda, lepas subuh confirm tergolek tidur kat atas sejadah dengan spontannya.
so, pagi ni linda nak blogwalking kat blog orang seramai ramainya. biar diorang terancam dengan kehadiran linda ke blog diorang ! haha, suka sangat perasan pagi pagi. yela kan, tengahari nanti 'kawan' linda nak msj, so takde masa nak blogwalking dah. lagipon, cerita hindustan hari ni rasa rasanya macam best je, nak layan la jugak ! rindu nak tengok tv. :p

oke la, penat melalut banyak banyak. dengan ini, secara rasminya linda akan pergi blogwalking ke blog korang ! lepas dah blogwalking, linda akan letak link blog yang linda pergi tu kat tepi oke.

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tiada ulasan: