You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Khamis, 17 Mac 2011

Seronok Dapat Belajar Buat Gelang Manik Sendiri

assalamualaikum.

selamat pagi semua ! dah sarapan ? linda baru je lepas melantak nasi lemak + ayam goreng tadi. tu yang rasa semangat nak update blog kan ? biasa la tu, linda ni nampak je kecik tapi kuat makan tau. hehe.

oke, kat entry ni kat linda ada tulis yang linda nak belajar buat gelang manik dari makcik sedara linda kan ? so, pagi ni linda nak share la dengan korang semua apa hasil yang linda dapat daripada pembelajaran malam tadi.

sambil tengok filem kembar siang tu, linda pon start la belajar buat benda alah ni. excited gila mula mula tengok manik manik tu. yela kan, dah banyak sangat warnanya. confirm excited. macam macam warna linda nak gabungkan. orang tak kreatif memang macam ni. hentam keromo je. :p

lama jugak la, akhirnya siap jugak 3 utas gelang manik. makcik linda cakap, gelang ni harga biasa dia RM15. tapi linda rasa macam mahal je. kalau nak jual, linda fikir dalam RM5 - RM10 je kot. ada macam macam bentuk sebenarnya, tapi linda ada tangkap gambar sejenis je. cuba tengok gambar bawah ni..

dua dua gambar gelang ni jenis yang sama je tau. ada lagi satu bentuk, nanti linda tunjukkan oke.

actually, linda tak rancang pon nak jual. tapi kot kot ada yang berminat, linda bole tolong buatkan dan jualkan kepada korang yang berminat. tinggalkan komen korang kat entry ni atau klik gambar awan hijau kat sebelah kiri blog linda ni. insyaAllah, kalau korang tempah, linda akan buat.

p/s : linda jual tak mahal rasanya, harga bole tawar menawar.

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tiada ulasan: