You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 3 April 2011

Baru Panas Dunia Belum Lagi Panas Akhirat

assalamualaikum.

lepas dah mandi lebih dari 3kali hari ni, linda pon mulakan lah sesi mengupdate blog buruk linda ni. lama jugak la kepala hotak linda ni berfikir, tajuk apakah yang sesuai dihidangkan dengan cuaca yang serba panas ni.
tiba tiba idea pon datang. tajuknya PANAS ! memang hot la. terbakar woo. :D linda dapat tajuk ni pon lepas je merungut hari ni panas. bila si ibu tercinta dengar rungutan anaknya yang cerewet ni, maka khutbah ahad pon bermula.

Ibu : kau merungut ni kenapa ?
Linda : panas la hari ni, berpeluh peluh kot.
Ibu : pergi la mandi, tu pon nak komplen. ni baru je panas dunia, belum panas akhirat lagi. kalau kat akhirat tu, lagi la. siap telanjang tahu ??
Linda : (tertunduk membisu tanpa sepatah kata)

ambek kau linda ! kan dah kena khutbah ahad. free je kan ? haha. tapi serius. cuaca kat taiping ni selalu tak menentu. kejap hujan, kejap panas. kalau sejuk tu, sejuk sangat dan kalau panas pulak memang hampir terbakar la kulit. kadang kadang tu, tiba tiba je angin kuat sampai linda yang sememangnya kurus ni pon bole jadi cicakgirl tau. terbang !!
renung renungkan la, mungkin ini petanda kiamat sudah hampir ? err, takut la pulak ! linda pon belum cukup pahala lagi. :'(

p/s : doakan linda sihat sihat je ya. rasa macam nak demam. :(

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

2 ulasan:

zaly berkata...

HA..HA...HA....KESIAN LINDA KENA KHUTBAH AHAD... CUACA SEKARANG NI DAH TAK MENENTU...... KAT PENANG PUN SAMA GAK LINDA....APA2 PUN JADIKANLAH INI SEBAGAI PERINGATAN BAHAWA BUMI DAH SEMAKIN UZUR AGAR KITA DAPAT MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK PULANG MENGHADAP 'nya'.

Siti Nurazlinda berkata...

Hehe, tu la pasal. mentang2 la waktu linda kena khutbah tu hari ahad kan ? yup, sama2 la kta ingat2. renung kan lah dan selamat beramal !! :D