You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Sabtu, 2 April 2011

Gila Blog Punya Pasal, Result Exam Pon Jahaham

assalamualaikum !!

update laju laju la pagi ni. nak siapkan homework pulak. tempahan gelang manik, alhamdulillah. murah rezeki linda. :) terima kasih kawan kawan tersayang !!

hari ni dengan selamba itiknya linda nak share result exam hari tu. kawan kawan linda dok sibuk kecoh kecoh yang linda dapat nombor satu. confirm tak percaya. duduk kelas sains, ingat senang nak dapat nombor satu ?? haha.

akhirnya, di suatu pagi yang hening bertambah pulak dengan hujan selebat lebatnya, linda pon masuk ke kelas macam biasa. nampak kelas pagi tu kecoh semacam, ingatkan ada artis korea datang. al maklum la, kawan kawan linda semua gila cerita korea. best ke ? serius linda tak tahu pon pasal artis korea ni. marah peminat peminat artis korea kan ? :p

bila dah nampak kekecohan yang melanda kelas linda, linda pon mula lah menyibukkan diri sebagai minah kepoh dalam kelas tu.

linda : wehh korang ! ada apa kumpul kumpul ni ?
kawan 1 : alaa, pura pura makan tauhu pulak.
linda : ouhh, korang tengok result exam ehh ? sape nombor satu ?
kawan 2 : takpayah tanya pon kau dah tahu la.
linda : ???

tertanya tanya jugak, siapa nombor satu. kononnya, linda ada harapan lah dapat nombor satu. hehe. bila dapat je result exam tu kat tangan linda, apa lagi !! SITI NURAZLINDA BINTI ABD KADIR dapat nombor 1 ?? bangga gila kot. haha.

tapi, bangga tu kejap je. kalau Kak Yuyu Zulaikha kembang hidung, linda pulak kembpang punggung. tapi malangnya, punggung yang kembang tu dah kempis balik bila linda nampak ada B+ dengan B kat result tu. yang paling tragis Pendidikan ISLAM linda B !! nak meraung satu sekolah !!! :'(

tapi kira bersyukur jugak la, takde C. secara keseluruhannya result linda terpampang macam gini :

A+ > Mathematic, Pendidikan Sivik
A > B. Melayu, English, P. Akaun, Chemistry
A- > Sejarah, Add Math, Physic
B+ > Biology
B > Pendidikan ISLAM

malu kan ? sia sia je dapat nombor satu tapi ada Pendidikan ISLAM linda B !

p/s : sila gelakkan linda sampai terguling guling ya. :p

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tiada ulasan: