You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 3 April 2011

Sanggup Tipu Semaata Mata Nak Tengok Muka

assalamualaikum

akibat daripada kemalasan untuk meneruskan buat homework pagi pagi ni, linda pon dengan rajinnya mengupdate blog yang tak berapa glemer ni ditambah pulak dengan entry yang memang semestinya membosankan. :p

jom ramai ramai baca kisah cinta tak kesampaian yang penuh dengan kedongengan.

nak dijadikan cerita, ada seorang mamat ni yang dikenali sebagai Z. si Z ni dah single menyingle setelah ditinggalkan awek dia yang juga dikenali sebagai R. tapi, oleh sebab si Z ni tak sedar diri maka dengan muka berlapis lapis macam kuih lapis dan selamba buayanya si Z ni membazirkan kreditnya untuk hantar text pada ex-gf nya si R.

textnya ditulis begini :

Z : wehh minah, aku dengar ada orang cari adik kau la minah. betol ke ?
R : beb, ada orang cari adik aku ? kenapa pulak ? aku tak tahu menahu pon. kesah apa aku !!
Z : aku dengar adik kau kuajaq sangat sama je macam kau.
R : pegi mampp la. aku tak kesah pon. kau susah susah pe hal ??

wahh wahh, sungguh penuh kesopanan dan kesusilaan bahasa mereka berdua ni kan ? korang suka ke tengok laki bini gaduh macam gini ? pergghh, ayat memang kelass la !

jom sambung balik..

si Z pon dengan penuh kesabaran melayan si R yang agak kurang diajar ni. dipendekkan cerita, si Z pon datang la ke rumah si R. lagi la bertambah lapis lapis muka si Z ni. punya tak malu kan ?
dan si R pon keluar...

R : woii, kau pehal pulak datang rumah aku ni ? tak puas hati lagi ?
Z : aku cuma nak tolong kau je minah. adik kau tu adik aku jugak.
R : haha, kau tolong jangan nak perasan sangat la beb. masa bila adik aku jadik adik kau haa ? bapak aku pernah ke nikahkan aku dengan kau ? bla bla bla bla...

si R ni kalau dah dapat bercakap, memang bole terkeluar taik telinga dibuatnya. si Z pon terdiam membisu seribu bahasa. dalam hati, si Z berkata...

Z : takpe la Z, kau sabar je dengan minah sekor ni. kau sayang dan cintakan dia sampai mati. so, dengar je la makian dia yang cukup indah ni.

korang korang !! bodohnya si Z ni kan kan ? sanggup lukakan hati sendiri demi perempuan yang macam si R tu. tapi, kalau cinta tak bole nak dihalang. seburuk mana pon si R tu, si Z tetap terima.


sekian sahaja cerita dongeng yang penuh dengan penipuan ini ya.

p/s : cerita ini takde kena mengena dengan yang hidup, yang hampir mati atau pon yang telah mati.

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tiada ulasan: