You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 2 Mei 2011

Segmen : Kenal Kawan Blogger

assalamualaikum.

sebab dah terlalu malas nak meneruskan sesi menghabiskan homework, linda terus teringat blog ni haa. apa cerita la agaknya. kesian kat awak awak yang tinggalkan jejak kat shoutbox comell linda tu tapi linda tak jelajah balik kat blog awak awak. sory ye.

tengah hari yang panas terik ni linda tengok dashbord. Cik Syazanazura ada buat entry pasal Segmen Kenal Kawan Blogger. nampak macam best je, linda pon skodeng la kejap kat blog beliau. first blog yang linda pergi tau hari ni. ;)

tengok tengok ayat yang hampir terakhir di entry beliau ada nama linda. bangga kot !! HAHA thnx Cik Nazu !!

oke, lets start now.

Tuan Blog yang anjurkan segmen ni tanya banyak gila soalan. jadi, terpaksa lah linda perah cik idea linda ni keluar ye. :p

Nama korang beserta dengan umur, status pendidikan, url blog dan nama blog
keluar keluar je dari perut ibu tercinta terus dapat nama Ella. konon la Ella ratu rock tu kan ? tapi disebabkan asyik menangis aje tak reti diam, nenek letaklah nama Siti Nurazlinda. dan sekarang banyak pulak nama glemer yang linda dapat. ikut suka awak awak semua la nak panggil linda apa pon ye. yang penting penuh dengan kesopanan dan kesusilaan macam rukun negara tu. :p Sekarang ni linda masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Panglima, Taiping. baru je tingkatan empat. terasa diri ni kecikk lagi la. URL blog linda setakat ni linda letak nama linda sendiri sebab senang je orang nak carikk kan ? http://sitinurazlinda.blogspot.com atas nama Juz Me and Myself

ni la rupanya Siti Nurazlinda :)

Sejak bila korang menceburi dunia blog dan sebab yg menyebabkan korang join dunia blog?
linda mula join dunia blog ni sejak form 3 lagi kot. tapi tak pernah langsung aktif disebabkan fokus untuk PMR. bila dah habis PMR, apa lagi. start la aktif. macam macam benda linda tulis kat blog ni.kalau tak silap, entry pertama linda mula 27 November 2010. kalau tak percaya mehh pergi SINI. memang ayat masa tu berterabur gila la. ikut suka aje guna bahasa singkatan kan ? sekarang, nak tulis bahasa singkatan pon agak dah menyampah. HAHA err, linda join dunia blog ni sebab linda tengok waktu tu Kak Syarafina Hamidun yang merupakan blog pertama linda follow sangat sangat la aktif berblog. suka sangat dengan semua style beliau. lagipon, lepas PMR kan takde aktiviti. so, blog lah yang jadik mangsa.

Apa pengisian di entry yg korang buat di blog korang?
pengisian ? HAHA benda ni lah yang paling malu linda nak cerita. actually linda cipta blog ni pon hanya untuk linda sendiri. taknak bagi sesiapa pon baca. tapi, linda fikir fikir balik, macam syok sendiri je kan kalau menulis tanpa ada yang membaca ? so, dengan berbekalkan idea yang ada masa tu, linda pon ciptalah entry entry yang best untuk santapan follower blog linda. entry linda hanya lebih kepada kehidupan peribadi dan kadang kadang cerita dongeng yang linda cipta suka suka aje. dan yang paling banyak, linda selalu sangat join contest sana sini dan hanya satu contest aje yang linda pernah menang iaitu contest dari Kak yuyu Zulaikha. dan alhamdulillah, makin hari blog linda makin diterima ramai. sampai lah sekarang, ada yang menyokong hasil penulisan linda.

Kongsikan group blogger yg telah korang join dan fan page blog korang kalau korang ada.
linda pernah wujudkan satu group blogger di facebook. mula mula ingatkan takde siapa yang nak join. sepi aje group tu. tapi lama kelamaan punya ramai yang promosikan blog mereka kat group tu.sampaikan Kak Yuyu dan Kak Nurulbadiah yang femes tu pon join group tu tau ! :) sukasuka.

Kongsikan perkara - perkara yg korang rasa menjadi satu perkara yg tidak wajar dilakukan dlm blog korang.. cth mcm lagu dgn autoplay ke...
yang tak wajar semestinya widget yang sangat semak ! HAHA, dulu kan masa linda mula mula berblog, punya berat nak loading blog. kena tunggu lapan belas ratus minit, baru done loading. lama kelamaan, semua widget yang semak samun tu linda dah cantas. sampaikan lagu pon, dah takde tau. yela kan, macam mana orang nak tekun baca entry kita kalau lagu yang kita pasang tu punya lah best best.

Korang mahukan blog korang lebih............................
gempakk daripada biasa !! HAHA. semestinya linda nak blog linda ni dihargai ramai. mesti sedih je bila kita terpaksa perah idea banyak banyak untuk post satu entry, tapi akhirnya takde siapa pon nak baca kan ? so, linda nak lah blog linda ni lebih dihargai. dan ramai yang terima apa apa pon penulisan linda yang kadangkalanya agak tak seronok untuk dibaca. terimalah ku seadanya :p

Komuniti blogger.....................
tak tahu nak jawab macam mana untuk soalan ni. actually tak faham sangat apa benda komuniti blogger ni. orang join group sana sini, itu ini, linda pon sibuk jugak nak join tapi tak pernah kesah pon apa functionnya. terukkan ? HAHA

Nasihat atau tips-tips yg ingin dikongsi dgn blogger lain..
wahh ~ suka la ada soalan macam gini. terasa pulak linda dah jadik makcik makcik kan ? :p oke oke, banyak sebenarnya nasihat yang linda nak bagi dalam meningkatkan lagi mutu kualiti blog korang. tulislah apa yang korang rasa tapi jangan menulis apa yang korang fikir sebab apa yang kita rasa itu ikhlas daripada apa yang kita fikir. :) faham tak nasihat linda ? HEHE

Apa yg korang mahukan dari sesuatu blog tu supaya korang akan follow mereka?
linda tak pernah kesah blog korang rupanya cantik atau tidak yang penting korang tak tulis guna tulisan sms. serius linda cakap sekarang ni linda sangat sangat benci bila kawan kawan linda tulis mesej tersangat sangatlah singkat. lagi satu kalau boleh, linda nak sangat follow blog yang simple but nice. thats mean yang senang nak loading tak macam blog linda yang dulu dulu tu. :p

Pendapat korang tentang blog aku...
hijau, ringkas dan gempakk !! tak sampai 2 minit pon tau nak loading. HAHA

tag : Fatma Diyana dan Raima - kakak-kakak yang sangat sempoii !!

nak join jugak ? jom picitt SINI !!

p/s : rasanya hari ni entry terpanjang kot. HAHA

terima kasih sudi baca. :)




Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

6 ulasan:

Fatma Diyana MB. berkata...

thanks linda, sebab tagged. wahh. terharu. kihkih. nanti FD join :))

Nurul Afifah berkata...

thanks join.!

suka part..

tulislah apa yang korang rasa tapi jangan menulis apa yang korang fikir sebab apa yang kita rasa itu ikhlas daripada apa yang kita fikir. :) faham tak nasihat linda ?

>>faham<<

:P

Siti Nurazlinda berkata...

FD > welcome awak ! dah join bagitahu kita tau. nak baca jugak. :p

Siti Nurazlinda berkata...

Nurul Afifah > hehe, suka ehh ? terharu woo ~ HAHA thnx sebab faham nasihat tu. :p

btw, thnx buat segmen ni. membolehkan linda jadi tersangat jujur.

Fatma Diyana MB. berkata...

hee. linda, dah join :D

http://fatmadiyana.blogspot.com/2011/05/segmen-mengenali-kawan-blogger.html

Siti Nurazlinda berkata...

wahh ~ tahniah sebab berjaya buat entry panjang gila ni :)