You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Sabtu, 21 Mei 2011

Terserempak Dengan Kembar Linda !

assalamualaikum.

entry ditaip saat linda hampir koma akibat melonjak lonjak kegumbiraan selepas menikmati santapan tengahari tadi. *bajet gempakk je ni oke.

punya semangat nak makan ikan bakar kat Restoran Asam Pedas, Taiping ni haa. bodek lahh ayah tercinta, suruh bawak linda pergi mencekik kat sana. tak menyempat nak make up comel comel, terus aje ayah start enjin kereta. so, berangkat lahh kitorang sekeluarga ke restoran mantapp tu.

bila sampai sana, linda sibuk nak jadik polis trafik. cari tempat nak parking En. Wira tersayang. tiba tiba ibu kesayangan buat mengeluarkan suara comel beliau.

' ehh, tu bukan LINDA ke ?'

linda pon rasa pelik jugak. linda dah besar besar duduk kat dalam kereta. bila masa pulak ada linda lain ni ? linda pon tengok lah ke arah yag ditunjukkan oleh ibu kesayangan tu. nak tahu linda mana yang ibu cakap tu ??

..
..
..
..
..
LINDA ONN !! penyampai radio Suria FM yang sememangnya meletop habis tu. wahh ~ terasa jakun gila lahh masa tu. kembar nama linda ada depan mata.

mula lah linda cover comel kan ? sedangkan sememangnya wajah ini tak lah seberapa comel sangat kalau nak dibandingkan dengan Siti Nurhaliza. tapi kira comel jugak lah daripada muka Si Comel belakang rumah linda tu. :p

ayah linda lagi lahh terover. punya laju jalan semata mata nak tegur Linda Onn tu. jeles woo ! ayah mula dulu, ni yang tak aci ni. linda pon apa lagi, menyibuk jugakk lah kan. tapi lagi dahsyat, buat muka tak malu nak tangkap gambar. biasa lahh, pantang jumpa kamera. henset pon jadik..

gabungan LINDA ONN dan LINDA ..... ??

waktu nak balik tu, baru terperasaan Fauziah Latiff. alaa, yang popular dengan lagu Dia tu. *lagu zaman bercinta tu. HAHA. tak lepas peluang jugak. sempat lagi posing dulu. Fauziah Latiff yang tak sihat ni pon masih larat lagi nak melayan kerenah linda yang agak gedik sikit ketika itu. :p

she is pretty right ? ;)

p/s : jom kongsi pengalaman korang jumpa artis mana pulak !!

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

12 ulasan:

ZWAN SABRI berkata...

Aiseyh, apabila Linda bertemu Linda.. HAHA
btw, ramai ek artis yg makan kat situ.. apa nama restoran tuu? nak p makan la nanti kat situ.. HEHE

MySuaraBlog: Jom Lari Pecut..!

Siti Nurazlinda berkata...

Zwan Sabri > Linda bertemu Linda memang kecoh dibuatnya. HAHA> err, bole kata kan ramai jugak lahh artis yang makan kat situ. makanan diorang superbb !! restoran tu nama RESTORAN ASAM PEDAS. kat Taiping. mai lahh. :)

cik kacak berkata...

ARRR , seronok nye dapat jumpe dorang xD

alif haris berkata...

waah .. jumpe linda on .. alif jmpe linda off .. hehehe

Siti Nurazlinda berkata...

cik kacak > seronok lahh sampai linda hampir koma tau. :p

Siti Nurazlinda berkata...

alif haris > wahh ~ linda off ? comel tak ? ;)

abe Celoteh berkata...

comelnya dia..hehe

Siti Nurazlinda berkata...

abe Celoteh > siapa yang comel ? ;)

Zairie Husin berkata...

salam.. thanks sudi komen di blog sy.. pasal iklan nuffnang awk tu, saya rasa ada kaitan dengan kode html.. maybe ada error di situ.. pandangan sy, apa kata awk cuba tukar template baru.. tengok macam mana.. kalau tak nak tukar template, awk letak kat add a gadget. tak perlu letak di edit html.. lagi selamat..

just my opinion sje. :D

Siti Nurazlinda berkata...

Zairie Husin > kalau letak kat add a gadget nanti kedudukan iklan tu kat entry yang bawah sekali. masalahnya nuffnang suruh letak kat bawah entry yang pertama. macam mana ?

Pyka Rahmat berkata...

wuuuu artis wuuuu :P

Siti Nurazlinda berkata...

pyka > wahh ~ HAHA :p