You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Selasa, 7 Jun 2011

Fakta Menarik Di Malaysia

assalamualaikum.

dah melantak sekenyang kenyang nya, baru sibuk nak update blog. homework tetap jugak menimbun tu haa. rasa terlampau "rajin" pulak nak menyiapkan nya.

* takde kena mengena dengan entry, saje nak tayang muka perasan candid. HAHA *

linda search kat pakcik Google tadi. terjumpa satu entry mengenai fakta pelik tapi benar kat Malaysia ni. lida suka dengan fakta fakta beliau. banyak mengisahkan tentang ragam manusia. jom baca !

  • Kita mempunyai modem internet tercanggih dan termahal tetapi masih menunggu lama untuk melihat gambar di blog rakan sedikit demi sedikit
  • Iklan telekomunikasi yang gempak di televisyen tetapi di kawasan kita masih berlaku gangguan liputan
  • Had laju di lebuh raya ialah 110 km/j tetapi kenderaan yang mempunyai had laju melebihi 110 km/j masih dijual
  • Laluan motosikal disediakan tetapi masih ramai penunggang motosikal melalui lebuhraya utama
  • Kemalangan di jalan raya masih meningkat walaupun pelbagai kempen dilaksanakan oleh kerajaan
  • Masih ramai yang membuang sampah di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Membuang Sampah Di Sini'.
  • Masih berebut-rebut menaiki bas walaupun terpampang di pintu bas tersebut 'Sila Beratur'.
  • Masih ramai yang merokok di kawasan larangan merokok
  • Jualan rokok semakin laris walaupun harga rokok dinaikkan dan pelbagai kempen dilaksanakan
  • Lebih ramai orang memakai jersi pasukan kelab luar negara berbanding kelab-kelab tempatan
  • Lebih ramai orang mengenali pemain bola luar negara berbanding pemain tempatan
  • Perlu membayar 20 sen untuk masuk ke tandas awam yang sangat kotor
  • Masih ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Meletakkan Kenderaan Di Sini'
  • Masih ramai yang tak silent fon dalam wayang walaupun orang lain dah menyumpah-nyumpah dalam hati.
haa, best tak fakta ni ? macam tu lahh manusia kan ? linda pon terasa jugak tau dengan fakta fakta ni. :p


p/s : ada fakta lagi ? sila tambah lahh ye.


                      Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

                      8 ulasan:

                      cik kacak berkata...

                      yang numbe 2 tu betol2 punye fakta . HHI ;D

                      Siti Nurazlinda berkata...

                      cik Kacak > haha, kacak cakap fakta tu betol sebab line kita selalu sewel kan ? :p

                      e4ezzati berkata...

                      Perlu membayar 20 sen untuk masuk ke tandas awam yang sangat kotor! SUKAAA <3,SGT BETUL (:

                      hudahassan ^^ berkata...

                      best ar fakta uw . :)

                      Siti Nurazlinda berkata...

                      e4ezzati > haha, sekarang tandas awam pon dah 30sen lahh. :p

                      Siti Nurazlinda berkata...

                      hudahassan > fakta yang menarik kan ? ;)

                      zureen berkata...

                      NICE! suka entri ni!

                      Siti Nurazlinda berkata...

                      zureen > linda pon sampai tergoda dengan hasil penulisan en. hazwan ni. cuba lahh pergi blog beliau. :)