You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Khamis, 9 Jun 2011

Kalau Malaysia Ada Empat Musim

assalamualaikum.

pernah terfikir tak kalau malaysia ni ada empat musim ala ala negara omputih tu ? mesti syok gila kan ? rakyat malaysia termasuk linda sekali akan merasa satu perasaan 'jakun' a.k.a teruja lahh.

musim panas dah sah sah ada. musim bunga pulak dah confirm lahh malaysia takde. tapi musim salji dan musim luruh linda rasa macam ada aje. bila masanya malaysia ada musim salji dan luruh ni ?

* musim salji *

haa, musim salji linda tengok hari tu. real depan mata !! nampak lawa je bila salji tu turun. tapi yang peliknya salji tu turun dari pokok. satu pokok tu aje yag ada salji. dengan jakunnya linda menjerit dengan nada teruja "ehh ehh, ada salji turun dari pokok tu lahhh." ibu linda pon tergelak gelak dengar statement canggih linda tu. mana taknya, kekabu yang turun tapi linda boleh kata salji. memang gelak tak cover lahh lepas tu. nak cover macam mana ? dah maluuu... HEHE

* musim SALJI @ KEKABU *

* musim luruh *

balik kampung hari tu pon best jugak. pakcik linda ajak pergi kebun. katanya nak tengok musim luruh. linda bertambah tambah lahh teruja. musim luruh daun ke ? tengok tengok pakcik linda dok kutip durian. bila linda tanya, mana musim luruhnya ? pakcik linda dengan selamba badaknya menjawab " sekarangkan musim durian luruh, tak pernah dengar ke ?" linda pon mula lah ^%*@#(!#&!$ dalam hati. akhirnya linda jugak TERKONO !!

* musim DURIAN LURUH *

haa, jangan ingat malaysia ni takde musim salji dan musim luruh tau. dari dulu lagi memang dah ada musim musim ni kat malaysia. :p

p/s : dasyat tak malaysia ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

6 ulasan:

e4ezzati berkata...

sangattttt dasat!

Solihahazahar berkata...

haha kalau saye pun jakun gak. teringin sgat2 malaysia ade 4 musim. pehh terbaikk.

Siti Nurazlinda berkata...

e4ezzati > HAHA, dasyat kan ?;)

Siti Nurazlinda berkata...

Solihahazahar > bila lahh malaysia nak ada 4musim betol2 kan ? thnx ya.

sabar berkata...

nak musim sejuk mai la ke ICITY S.ALAM

Siti Nurazlinda berkata...

sabar > ada ke musim sejuk kat situ ? ;)