You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Selasa, 7 Jun 2011

Kejayaan Linda Milik Anda

assalamualaikum.

naik letih kepala otak ni memikir, apa lahh tajuk entry malam ni pulak. mesti frust gilakk sebab tak dapat buat entry yang best best untuk korang semua.

* suka sangat tepekk muka sendiri sejak sejak ni *

linda mula merapu rapu kat blog ni sejak tahun lepas lagi. entry yang paling memalukan lahh bila linda baca balik ada kat SINI. serius, linda memang tak reti langsung apa itu blog. tak tahu menahu macam mana nak tarik orang supaya baca blog linda.

semua orang macam gitu kan ? first time berblog, dah pasang angan angan mat jenin. nak jadik macam Hanis Zalikha lahh, tak pon macam Fatin Liyana. masa tu jugakk lahh, tercari cari idea nak menaip entry.

follower pulak, sebulan naik sorang dua aje. memang tragis gila laa.. kadang kadang tu, nak mengupdate pon dah malas. yelahh kan, rasa macam diri ni tak dihargai pulak. buat entry, takde siapa nak baca. singgah pon entah ada ke tidak kan ?

tapi, takkan nak biar macam gitu aje. mesti lahh nak buat perubahan. sejak dari tu, linda cuba untuk promote diri sendiri. nampak macam tak malu kan ? tapi, tu lahh yang linda terpaksa buat untuk menaikkan nama blog linda ni. walaupon tak seberapa, tapi hasilnya lebih baik dari mula mula linda berblog.

dan hari demi hari bulan ke bulan sampai bintang pon turut serta jugakk, akhirnya blog linda mula dikenali ramai. walaupon tak banyak yang kenal, at least perubahan yang sangat ketara linda alami. memang gumbira tak terkata lahh. bila dah agak fofulerr, linda baru tersedar. semua ni bukan hasil kerja keras linda sorang. kalau takde support dari korang, mesti linda dah give up awal awal. kan kan ?

* kawan kawan sangat berharga untuk linda *

so, the moral of this story ialah kita janganlah lupa kat kawan kawan kita sebab kalau takde diorang, mesti kita tak berjaya kan dalam dunia blog ni ? siapa nak follow blog kita kalau takde kawan kawan lain kan ?

p/s : linda berjaya sebab sokongan korang !! :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

2 ulasan:

e4ezzati berkata...

semoga akan berjaya macam linda :)

Siti Nurazlinda berkata...

e4ezzati > linda akan doakan awak ye ! :)