You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 1 Ogos 2011

Lebih Indah Mengenali Hati Budi Masing Masing

assalamualaikum .

sementara menguji kesabaran di bulan puasa ni , sementara mengembang kempis kan hidung dek kerana masakan ibu tercinta yang terlalu asyik bau nya . linda nak merapu dulu kat sini .

bukan menaip benda yang tak berfaedah . setelah dipersetujui oleh kanak kanak rebina di sekeliling linda , akhirnya tercetus jugak entri sebegini .

sejujurnya , linda tak percaya dengan perkataan couple . atau istilah yang lebih tepat lagi , berpasangan . mungkin kerana masa silam yang banyak mengajar linda erti kematangan sebuah kehidupan . linda lebih fokus terhadap pembelajaran di sekolah * macam budak rajin aje kan ?

couple menjadi trend masa kini . setuju ? if tak setuju pon , linda tak paksa . ni sekadar pendapat linda . kebanyakan mereka sering merasa rendah diri ( bukan pendek macam linda ye ) sebab takde pasangan . ayat yang selalu berkumandang di telinga kecik molek ni ialah :

1 . takde sape nak kat aku , aku bukan cantik pon . *ayat hampeh
2 . seronoknya tengok korang couple , aku teringin tapi takde jodoh . * lagi cam haremm
3 . tak sampai seru lagi kot * konon bajet artis kan ?

sebenarnya , ayat ayat tu jugak linda selalu guna bila linda rasa diri linda tak laku . tapi , bila difikir fikir semula , untuk apa kita rasa rendah diri ? suatu saat nanti kita akan bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah . masing masing akan ada pasangan sendiri . tak perlu berebut kan ?

jadi , mari kita tukarkan istilah couple kepada proses mengenali hati budi . kan lebih indah bunyinya . lebih menarik hati , sampai angau tau ! :p

selamat berbuka puasa semua .

p/s : entri ni dah jadi ceramah cinta . maaf ! ;)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

2 ulasan:

Nyamuk Terbang berkata...

saya nak mengenali hati budi awak boleh??
tukar ayat
hehe

Siti Nurazlinda berkata...

haha , boleh boleh . dipersilakan :)