You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Rabu, 26 Oktober 2011

Jangan Pernah Jemu Untuk Jadi Yang Terhebat Di Antara Yang Paling Terhebat

assalamualaikum .

bertemu kita sekali lagi di arena entri yang bertajuk sepanjang jambatan di lorong berliku-liku di taman perumahan linda -,- ayat apakah ini ? berjela-jela panjangnya . saje nak kasikk korang pening langau membacanya .

hentikan itu .

para blogger otai pernah berkata *apehal ayat linda penuh kebungaan ehh ? nak sambung jugak ._. bahawasanya para blogger junior mesti mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kalau nak jadik femes macam blogger otai jugak .

banyak kan peraturan nak jadik blogger yang disegani ? antara yang linda tahu ialah

~ menulis blog dengan disertai niat . sama jugak kalau korang sembahyang kan ? dah confirm kena niat dulu . tapi niatnya mesti lah betul . kalau setakat berblogging untuk tujuan nak mengumpat , mencaci dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya , toksah ada blog lah kan ? walaupun itu blog korang sendiri dan tak suruh linda untuk membayar bil korang yang melambung tinggi tu :')

~ bahasa tulisan korang mesti lah betul dan tepat ejaan nya . jangan lah sampai tersembul bijik mata linda gara-gara nak baca blog korang kan ? gunakan ejaan-ejaan yang telah diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka . kesian budak-budak tahap hingusan kat luar tu , kekeliruan ejaan pulak nanti .

~ semestinya isi blog kita tu menarik tertarik kau memang daboom lah kan ? kalau tidak , manusia abad ini pun boleh tersengguk-sengguk depan lappy gara-gara baca isi entri korang yang agak kureng gempak . seelok-eloknya korang tulis lah isu-isu semasa ke , cerita-cerita yang boleh dijadikkan pengajaran ke takpun korang kencing aje lah cerita-cerita dari mana-mana pun . asalkan best dan boleh buat orang yang membaca itu terngigau-ngigau dengan entri korang *linda pun belum lulus lagi bab yang ni =='

~ yang ni lagi penting . perlu amat untuk korang update blog korang sekerap yang mungkin . tapi update tu biar lah beragak kan ? jangan lah sampai doploh entri sekelepuk satu hari . nanti , kekurangan idea untuk hari yang akan datang . baru nak menyesal . dan awas , jangan gila trafik tau . korang update blog setiap hari dengan harapan pengunjung blog korang akan super duper improve . oh , itu sangat annoying okayy .

cukup , kalau nak lagi korang boleh lah search sendiri lah ya kat Pakcik Google . beliau amat bermurah hati untuk kongsikan semua tips-tips terhebat abad ini .

*berusaha untuk terbang walaupun takkan dapat terbang sendiri ;)

seriously , linda pun belum hebat dalam kehidupan alam maya ni . realitinya , linda masih belajar daripada segala kesilapan masa lalu . kalau korang tak percaya , betapa banyaknya improvement yang linda dah buat sepanjang linda berblogging ni .

p/s : yang penting , sila jangan berputus asa kalau nak berjaya dalam dunia yang mencabar ini . sekian :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

4 ulasan:

fadh leyanie berkata...

ya betul,,jangan berputus asa kalau nak berjaya :P

FarhanahAdzlan berkata...

yeah yg pasti harini lbeyh baik dari semalam kan?

and nak tmbah lagi satu..Takde lagu autoplay..xsuka~~hehe^_^

Siti Nurazlinda berkata...

@fadh leyanie , kunci kejayaan yang mujarab :)

Siti Nurazlinda berkata...

@FarhanahAdzlan ,ha'ah . yang tu pun annoying jugak . niat di hati nak hiburkan orang tapi lagu yang diletak tu macam tak sesuai ^^'