You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 23 Oktober 2011

Segmen Pun Dah Habis

assalamualaikum .

bersedia untuk membaca entri yang terpanjang abad ini :)

senyap sunyi dari dunia blog akibat mencari pemenang untuk Segmen Sepupu Yang Paling Saya Sayang . kemain susah nak cari pemenangnya . yelah kan , walaupun hanya lima manusia blogger yang join tapi agak susah untuk mencari yang terbaik ._.

terima kasih lah linda ucapkan kepada kelima-lima kawan blogger linda ni haa .. thanks sebab support kerjaya linda dalam bidang berblogging ni *cehh , ayat poyo . sila abaikan =p


semua yang join segmen linda ni dah buat entri yang paling terBAEKK !! linda suka baca semua entri yang korang buat . tapi macam biasa lah , adat sesuatu permainan kan ? mesti ada yang paling terbaik dalam kalangan yang terbaik kan ?

okayy , tanpa membuang saat dan minit yang ada ketika ini .. tanpa membuang secubit tenaga korang untuk baca entri ni panjang lebarnya .. linda akan mengumumkan pemenang untuk segmen linda ni . pemenangnya ialah .... jeng jeng jeng !

lima saat dari sekarang :)




5






4





3




2




1




teeettt !! Pemenangnya akan diumumkan TAHUN HADAPAN ^ ^''

hehe , takdelah . linda main-main saje . okayy-okayy . linda pilih ....

CIK MYZA

mesti bersebab kan , kenapa linda pilih Cik Myza sebagai pemenang segmen sulung linda ni ?
___________________________________________________

untuk pengetahuan korang , Cik Myza menepati kesemua syarat simple as pimple yang linda tetapkan tu . ini syarat-syarat nya .

1 . korang disunatkan untuk follow blog huduh linda ni dan like fanpage linda diSINI . taknak follow ? taknak like ? its okayy , linda buat segmen ni untuk suka-suka saje :)
2 . kalau nak join , mestilah kena buat entri kan ? sila lah buat entri se-kreatif yang mungkin untuk tatapan bijik mata linda .
3. then , korang boleh lah copy banner segera linda kat atas tu dan letakkan dalam entri korang .
4 . bila dah siap semua entri kreatif korang tu , boleh lah link kan ke kotak komen entri linda ni ya !

markah bonus jugak diberi kepada Cik Myza kerana membuat hati linda tertarik dengan ayat-ayat speaking london beliau . mana taknya , linda yang agak bengong dalam bahasa inggeris ni pun terpaksa mencari maksud-maksud perkataan yang linda tak faham kat dalam kamus . kena jihad lebih ni untuk cari pemenang .

yang paling terharu , Cik Myza siap buat pesanan khidmat masyarakat lagi tu untuk linda . meleleh hingus linda membaca nya . daripada pesanan itu lah linda memperbaiki diri linda untuk menjadi seorang blogger yang lebih baik dan hebat untuk masa akan datang -,-

*simpan quote Cik Myza untuk ditayangkan kepada cucu cicit nanti :)
___________________________________________________

so , congrats to Cik Myza . linda takde hadiah untuk diberi kepada pemenang . macam yang linda cakap dulu tu , linda akan review blog pemenang setiap minggu selama sebulan . kalau linda tak busy , insya-Allah linda akan review setiap hari sesudah linda mengupdate entri terbaru untuk blog huduhh linda ni . tapi kalau linda ada jumpa something yang sesuai untuk diberi kepada Cik Myza , linda akan mintak alamat dan pos laju terus hadiah tu okayy :)

untuk keempat-empat kawan blogger linda yang lain tu , terima kasih sangat-sangat sebab korang sudi melenguhkan jari korang untuk join segmen picisan linda ni . walaupun baru lima orang aje yang join , tapi linda rasa sangat dihargai . terima kasih kerana korang sokong linda selama ni .



p/s : maaf jika hari ni linda agak typo ya . faham-faham lah kalau ada yang tersalah eja tu
^ ^'


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

2 ulasan:

cik myza berkata...

HEHE. thank a lot sista ! tak sangka pun menang ^^

Siti Nurazlinda berkata...

hehe , most welcome kakak sayang . tak sangka itu sudah semestinya ! :)