You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Khamis, 20 Oktober 2011

Segmen : Sepupu Yang Paling Saya Sayang

ENTRI MELEKAT ! Sila scroll ke bawah untuk entri seterusnya :)

assalamualaikum .

wahh ~ hari ni linda menggedik pulak nak buat segmen . adoi , dah bajet femes dah ni . maaf ya kawan-kawan !

linda takde niat langsung sebenarnya nak buat segmen basi ni . linda juga tak pasang target untuk jadi femes gara-gara segmen ini . hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang linda fikirkan . tak salah kan ? ;)

so , hari ni secara rasminya linda nak sangat sangat buat segmen .

maaf lagi , banner segmen linda ialah banner segera :)

so , macam biasa lah . bila buat segmen , linda kena kasikk syarat . jangan risau ya kawan-kawan . syarat linda simple as a pimple =p

syarat-syaratnya ialah :
1 . korang disunatkan untuk follow blog huduh linda ni dan like fanpage linda di SINI . taknak follow ? taknak like ? its okayy , linda buat segmen ni untuk suka-suka saje :)
2 . kalau nak join , mestilah kena buat entri kan ? sila lah buat entri se-kreatif yang mungkin untuk tatapan bijik mata linda .
3. then , korang boleh lah copy banner segera linda kat atas tu dan letakkan dalam entri korang .
4 . bila dah siap semua entri kreatif korang tu , boleh lah link kan ke kotak komen entri linda ni ya !

linda belum mampu nak kasikk hadiah hebat-hebat macam para blogger lain . cuma linda boleh review blog korang setiap minggu . kalau linda tak busy pulak , setiap hari linda akan review blog yang menghasilkan entri paling kreatif pasal sepupu mereka . mudah kan ?

tapi sebelum tu , linda pun nak segmen kan si sepupu kesayangan linda . mehh baca !
___________________________________________________

okayy , ini dia sepupu kesayangan linda ! sila jangan tergoda ya . beliau sudah berpunya .

abang kacak di atas ini ada nama yang comel iaitu Baby . jangan sangka beliau hanya kacak ya , malah comel juga . dan Baby itu bukan nama lagu Justin Bieber . hanya sekadar nama gedik-gedik santai sejak terkeluar dari perut si ibu . konon-kononnya beliau lah anak bongsu kan ? perasan ! =p

nama sebenar beliau ialah Muhammad Farizzuddin bin Abd Mutalib . boleh lah kalau korang nak panggil abang Fariz ke but not abang Baby okayy . geli wehh ! ^ ^'

kenapa linda sayang sangat kat beliau ? sebab beliau kacak ? teeettt ~ semestinya ! sebab beliau comel ? teeettt ~ juga semestinya !

actually , beliau menjadi sepupu kesayangan linda sebab beliau sama umur dengan linda walaupun linda lagi tua sikit aje dari beliau . okayy , linda bukan tak ada sepupu perempuan untuk disayangi , cuma bila dah duduk jauh dari kampung halaman tercinta maka tak kenal lah para sepupu yang lain . hanya si Baby ini aje yang linda sangat rapat .

Baby juga sangat cool dan gila-gila penyu ! otak beliau bergeliga bila nak mengerjakan orang . itu sebahagian daripada hobi beliau mungkin .

si Baby ni pantang nampak DSLR atau kamera murahan . mula lah nak buat menyerlahkan muka comel beliau di khalayak ramai . beliau jugak pantang nampak gadget . sua aje lah gadget macam mana rupa bentuk nya pun , tak tolak dah !

ucapan tangkap leleh untuk sepupu tersayang :
Baby , aku nak kau tahu yang kau lah sepupu the best in the world ! hubungan kau dan aku memang terjadi atas ikatan persaudaraan . aku harap kita takkan lost contact tau , sebab nanti susah lah aku nak datang rumah untuk makan nasi minyak kan ? sila lah kau belajar rajin-rajin untuk capai cita-cita kau yang sekejap nak jadik angkasawan , doktor , model , pelakon even penyanyi walaupun suara kau semerdu suara katak kat kampung kita ~ sekian =p
_________________________________________________

itu ialah contoh entri ikhlas dari hati linda . sila jangan copy entri tu tau . linda tahu korang lagi kreatif daripada linda . mesti korang boleh buat entri lagi power kan ?

yang sudah join tu , terima kasih daun keladi :')

p/s : good luck kepada sesiapa yang join tu ! jangan lupa untuk buat entri se-kreatif mungkin ya :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

24 ulasan:

tomatokering :) berkata...

alaaaa baru nak ngorat .. :P

hope lastly ever after ;)

cayokk linda ! ^^

Siti Nurazlinda berkata...

haha , beliau kecik benor untuk kak erika :)

btw , thnx a lot kakak sayang ! I love you .

sarah hanafiah berkata...

boleh join ka ?hehe

Eyda Dania berkata...

seriusly trpikat ngn kecomelan bdak 2...hehehe....kirim slm die erk..

cik myza berkata...

here lil sista. i got invitation from you. and here is mine :)
http://cikmyza.blogspot.com/2011/10/invitation-sepupu-yang-paling-saya.html

Siti Nurazlinda berkata...

@sarah hanafiah , mestilah boleh . jemput join :)

Siti Nurazlinda berkata...

@Eyda Dania , hehe . beliau lah sepupu linda paling comel abad ini . insya-Allah nanti linda sampaikan :)
jemputlah join segmen ni ya .

Siti Nurazlinda berkata...

@cik myza , terharunya linda :) kita tunggu penyertaan dari para blogger yang lain ya ! insya-Allah .

fae jamal berkata...

comel kezen kamu! :D

Siti Nurazlinda berkata...

@fae jamal , beliau memang comel . :)

sarah hanafiah berkata...

dahh join .sorik lambat banyak sepupu yang tersayang nih haha ^^

http://sarahanafiah.blogspot.com/2011/10/segmen-sepupu-yang-paling-saya-sayang.html

Siti Nurazlinda berkata...

@sarah hanafiah , hehe . takpe lah . terharu linda ada orang nak join jugak . thanks a lot ya ! good luck .

didi oren ♥ berkata...

didi da join da. nah, http://daniaorensweet16.blogspot.com/2011/10/sepupu-yang-paling-saya-sayang.html :) thank you, Azlinda. btw, sepupu awak awesome. HAHA. perempuan pown tak gyla DSLR macam dia kan?

Siti Nurazlinda berkata...

@didi oren , thanks a lot ya ! hehe , beliau memang macam gitu . thats why linda love him very much :)

FarhanahAdzlan berkata...

gud lak=)

Siti Nurazlinda berkata...

good luck ? okayy thanks :)

ee_blabby berkata...

cik Linda , ee takda sepupu yg rapat sbb jrang cgt balk kmpug . hmm , nak join tapi x tau nak buh sapa , kgkawan boleh ? HHIK

Siti Nurazlinda berkata...

haha , ee anggap aje kawan-kawan ee tu macam cousin ee sendiri . boleh saje ^_^

ee_blabby berkata...

HHE , finally ni ja yang ee mampu sayang -

jom skodeng ;
http://cokolatmerahjambu.blogspot.com/2011/10/kepupu-blogger-cik-kacak-semua-comel.html

aimie berkata...

nkk joiin hee :)

http://dalilamimi-mimiepotpet.blogspot.com/2011/10/segmen-sepupu-yang-palingg-aku-sayang.html

syada berkata...

Alaa , hemsem tu baru nak ngorat , Hihi .

Siti Nurazlinda berkata...

@ee_blabby , alaa laa ... susah-susah aje ee join segmen picisan linda . btw , thanks ya !

Siti Nurazlinda berkata...

@aimie , dari blog cik ee ya ? btw , thanks join ! :)

Siti Nurazlinda berkata...

@syada , haha . dah ramai bebenor manusia nak ngorat cousin linda ^^'