You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 2 Januari 2012

Pengakuan Ikhlas

assalamualaikum.

Alhamdulillah, linda masih tidak lupa cara untuk menulis untuk korang semua. maafkan linda kerana abaikan pembaca-pembaca blog linda. actually bukan abaikan, tapi linda sangat perlukan ketenangan untuk memperbaiki diri linda supaya menjadi insan yang lebih baik. semua orang nak kan yang terbaik untuk diri mereka kan?

okayy, takpayah nak skema sangat. apa-apa pun hidup kita mesti selalu kena happy ! baru lah kita enjoy hidup kita dengan sempurna. ye dak?

mula-mula dalam dunia blogging, rasa sangat tak dihargai. iyelah kan, kita buat entri panjang berjela then kita sendiri yang baca entri tu. masa tu memang tak patah semangat. tetap jugak nak keluarkan idea yang terkepam dalam kepala hotak ni. biar merapu, asalkan dapat menulis. sangat seronok bila kita dapat merapu dalam blog sorang-sorang kan?

tapi setelah setahun lebih linda dalam dunia blogging ni, linda rasa sangat bertuah. ya, bertuah sebab linda dapat kenal blogger-blogger lain serata dunia ! sumpahh, best sangat. dan yang paling linda terharu, linda rasa sangat sangat dan sangat dihargai. walaupun linda hanya seorang penulis blog yang kudus, tapi linda sangat bangga sebab masih ada yang sudi terbeliakkan bijik mata kat blog linda *ehh, dah lama tak makan penampar kot ! ;)

linda sangat bersyukur dan terharu, sampai menangis sorang-sorang bawah bantal busuk linda tau. yelah kan, linda tak update blog hampir sebulan. ada jugak yang cari linda dalam blog ni. dan linda nak buat pengakuan yang linda takkan berhenti berblogging. sungguh ni, korang percaya ke tak? linda takkan berhenti berblogging.

walaupun linda jarang update blog, tapi bukan bermakna linda akan tutup blog ni untuk selamanya. sebagai insan yang bergelar pelajar, korang mesti tahu kan jadual linda macam mana? lagi-lagi tahun ni linda akan berperang dengan SPM. dan tolong doakan kejayaan linda ya :')
pakcik Google sentiasa kreatif ! :D

insya-Allah, tahun ni akan jadik tahun yang bermakna untuk kita semua. btw, selamat tahun baru 2012 ! tanpa korang, mesti linda takkan update blog untuk pagi ni. oppss ! linda terlupa lagi. dah masuk tahun baru ni, linda nak mintak maaf if selama linda menulis dalam blog huduhh ni linda tersakitkan hati sesiapa atau ada yang terasa dengan ayat-ayat bajet hot linda :p Insya-Allah I'll be a new Siti Nurazlinda.

p/s : take care guys, spread love *trademark Najwa Latif >,<


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

2 ulasan:

Pangeran Chenta berkata...

Selamat Kembali...buat sahabat ku linda...pedulikan apa org nk kata..yg penting kita kena jga perasaan diri kita dlu...k...

Siti Nurazlinda berkata...

@Pangeran Chenta, hahaha! thanks sangat2 kawan :') yup, insya-Allah lepas ni nak update blog lah. walaupun bukan hari-hari update ;)