You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Sabtu, 3 Disember 2011

Siti Nurazlinda Tak Pernah Sombong

assalamualaikum.

kesejukan bergolek-golek di atas katil menyebabkan linda bangun awal hari ni. rajin pulak nak jengah bilik air dan mandi. kalau tidak, sampai ke petang lah linda tak mandi jawapnya. hihik

pagi pagi ni makan nasi lemak dengan sambal ikan bilis, hirup teh o BOH sambil kelip-kelip mata. rasa indah pagi ni. kemain semangat on lappy hari ni. godek fesbuk, check semua benda yang penting kat dalam tu. tapi selalunya notification penuh sebab benda alah ni. sadis sungguh =.='

teringat kata-kata kawan linda semalam.

''aku ada hantar family request kat fesbuk kau hari tu. tapi kau tak approve pun. aku ingat kau tak sudi. takpelah, takpayah approve pun takpe. aku tak kesah....''

damn! ni semua gara-gara fesbuk. seriously, linda tak dapat langsung request tu. yang ada, friend request 111 manusia. memang linda abaikan friend request tu sebab manusia abad ini yang linda tak kenal, linda takkan approve. bahaya lah kalau approve orang sembarangan ni. berhati-hati sebelum bertindak kan lebih afdhal?

tapi, family request memang linda takkan tolak. sebab linda kenal manusia-manusia yang jadikkan linda sebagai adik, kakak, makcik, nenek dan lain-lain gelaran yang ada kat fesbuk tu. linda wajib approve mereka kalau mereka request.
dan linda pun bangga sebab Kak Acha Mahfar, Kak Yeen Maizurin, Kak Yuyu Johanna dan Kak Yuyu Zulaikha sudi terima family request dari linda. terharu lol. bukan senang kita nak rapat dengan orang yang sangat dikenali ramai. this is lucky for me :)

tadi, linda dok tekun berangan tak tentu hala tiba-tiba chatbox fesbuk bunyikk. manusia mana yang hantar IM pagi-pagi kan? biasanya ada hal penting, baru carikk linda. terkejut jugak bila abang blogger sorang ni yang hantar IM pagi-pagi. kemain excited nak balas >,<

walaupun hanya ucap selamat pagi, beliau masih dapat membuatkan linda tersenyum kambing ;)

mungkin wajah linda mencerminkan kesombongan, tapi hati linda hanya linda sorang yang tahu. linda takkan sombong dengan mana-mana manusia abad ini. cuma kadang-kadang tu agak susah nak jadik peramah dengan orang yang kita baru kenal.

p/s : ada sesiapa nak isi borang jadik musuh linda? =p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

12 ulasan:

ascil.punye.lah berkata...

isi borg jadi musuh?hahaha.

cik mashmello ^^ berkata...

kak linda sombong? hahahaha. mne ad. ;)

FarhanahAdzlan berkata...

hahaha~Kadang2 terlepas pandang klau dah terlalu ramai hantar request=)

ee_blabby berkata...

cik linda memang tak sombong :)

http://cokolatmerahjambu.blogspot.com/2011/12/bagai-seribu-tahun-tak-update.html

Siti Nurazlinda berkata...

@ascil, nak ke? haha. iyelah kan, dah ramai bebenor cakap linda sombong. kot-kot nak jadik musuh ke =p

Siti Nurazlinda berkata...

@cik mashmello, awak kenal kak linda. sebab tu awak tak tahu kesombongan kak linda ;)

Siti Nurazlinda berkata...

@ FarhanahAdzlan, orang perasan retis memang selalu banyak friend request sampai tak perasan *linda makan cili ni. hihik

Siti Nurazlinda berkata...

@ee, awak pun tak pernah sombong dengan kita :')

Diyana berkata...

Saya pon selalu orang yg tak kenal kata saya sombong

cik mashmello ^^ berkata...

kak linda peramah yee kawan2. :)

Siti Nurazlinda berkata...

@Diyana, tak kenal maka tak cinta. hehe

Siti Nurazlinda berkata...

@cik mashmello, err... awak pandai bodek kak linda awak ni ya :')