You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 28 Februari 2011

Pencarian Blog Paling hensem Dan Cantik 2011

assalamualaikum semua. linda kembali !!
haa, kali ni linda kembali dengan hajat yang besar woo ! hehe, nak menang la pencarian En. Sharm a.k.a Sein Ruffedge. :) serius kot, linda ingat En. Sharm kita ni Sein yang artis tu. tengok sekali pandang memang sejibik wehh ! ni bukan nak bodek ye. ikhlas dari hati yang suci lagi murni. * macam tagline minyak masak la pulak. :D

cuba korang semua klik banner blog En. Sharm ni.

jom la join ramai ramai. :)

syarat syarat nya senang aje.
1.Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011
[ DONE ]
2.Letak Header Hikayat Si Luncai [ DONE ]
3.Jadi follower blog ni. (taknak follow pun takpe..tiada paksaan) [ WAJIB FOLLOW, DONE ]
4.Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.)
[ NAK TAG SEMUA BOLE ? ]
5.Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri ni
[ DONE, CUBA CEK KAT RUANGAN KOMEN EN. SHARM YE ? ]
6.Blog-blog yang join segmen ni luncai akan masukkan dalam bloglist dekat sidebar
7.Pemenang akan luncai promote blog dalam sticky post selama 1 minggu
8.Tarikh tutup 28 Feb 2011 / 11:59 PM

oke, itu saje. senang kan ? hehe. hopefully linda menang award dari En. Sharm ni. :p

p/s : rasa rasa bole menang ke haa ?
terima kasih yang tak terhingga linda ucapkan kepada apexogamy sebab tag linda.
nak tengok blog gempak dia ?

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 27 Februari 2011

Saya Nak Join Bloglist Siti Manis.

assalamualaikum semua. selamat pagi !
dah mandi ke belom ? kalau tak mandi lagi tu, pegi la mandi cepat cepat auu. sebelum hidung linda tersumbat akibat kebauan korang yang melampau tu. hehe. oke oke. pagi pagi ni linda pegi la blogwalking kat blog Cik Siti Manis ni. then terjumpa pulak dia buat bloglist. hehe. apa lagi, linda pon nak join jugak !! sebab tu pagi pagi ni ponteng tolong ibu linda masak. :p gara gara nak join bloglist cik Siti ni la.

Cik Siti Manis, linda nak join bloglist kategori PELAJAR tau ! bole kan ? :)

kalau korang nak join jugak, klik je banner cik Siti yang cumill ni oke.

tamat : 28 Februari 2011.

cepat ! sementara peluang masih cerah. :p

p/s : terima kasih Cik Siti yang Manis. :D

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 26 Februari 2011

Contest Aku Dan Pink.

assalamualaikum.
haa, tengok title entry linda kali ni. geli tak ? of course la korang tak geli. sebab korang kan gila pink. hehe. linda ? 200% tak minat pink. ntah kenapa la. rasa geli je bila tengok orang pakai baju kaler pink, aksesori warna pink, sampaikan skrg ni pon ada jugak jual pakaian dalam warna pink ! *mengarut + mencarut je kan sejak sejak ni ? :p tapi, tetibe je linda teringin pulak nak join contest Aku dan Pink ni. tak tahu la kenapa la linda terlebih gedik sangat. dah tahu tak suka kaler pink, sebok sebok nak join jugak. haha. suka hati linda la kan ? linda punya blog. :)

oke, sila klik banner kat bawah ni kalau korang nak mengepink kan diri korang.


semua syarat syarat penyertaan ada kat blog cik Miera Aziz kita ni oke.

ni lah gambar pink geli geli linda ! :p

ni la satu satunya gambar kaler pink yang linda ada. tak percaya kan ?

oke, linda dah join. korang bila pulak ?
apa tunggu lagi ? jom la buat muka tak malu korang semua untuk join contest ni.

p/s : cik Miera, bagi saya menang bole ? teringin teringin teringin !!

terima kasih sudi baca. :)



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Alhamdulillah, Gembira Tidak Terkata.

assalamualaikum sayang sayang sekalian. :p
hari ni linda rasa nak menggedik lebih la. bole tak ? *cakap bole cepat !! haha. oke oke. hari ni linda nak story something. tadi, linda cek la nuffnang. earnings linda wajib tak banyak ! ada la RM0.?? haa, tengok ! betapa sikit nya earnings yang linda dapat. tapi tak kesah la. linda bukan tamak sangat pon nak banyak2. hehe. kalau nak bagi, linda confirm ambek. bak kata pepatah yang femes tu, REZEKI JANGAN DITOLAK. kan kan ? :) then, linda cek pulak pengunjung minggu ni. wahh, terkezzuut berukkss tau ! macam tak percaya je. korang percaya tak ? kalau tak percaya, tengok sendiri la..



haha, dengan bangga nya linda menayang benda alah ni.
*ceeett ! sikit pon nak tunjuk kan ? ntah apa apa je.
memang la sikit tapi dengan jumlah ni linda gembira sangat. dalam seminggu bole sampai 100 lebih pengunjung. ni yang buat linda semakin semakin dan semakin sayang kat korang korang semua. terima ksaih yang tak terhingga la ! :D dengan peningkatan ni, linda dah berjaya buktikan yang blog linda ni masih ada orang nak baca, nak tengok, nak kutuk kutuk ke. masih ada ! setiap kekurangan tu, linda yang buat. sebab linda masih dalam proses belajar. tak dapat la kalau nak dibandingkan dengan blog Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Ben Ashaari dan banyak lagi blogger blogger terkenal yang tak kenal linda. kan ? tapi, linda still bersyukur sangat sangat. korang korang semua dah bagi kegembiraan yang tak ternilai tau kat linda. terima kasih sekali sekali sekali dan sekali lagi. :)

p/s : rasa bangga sampai ke telinga.

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 22 Februari 2011

Saya Juga Join FaceBlog.

assalamualaikum semua.
mengupdate saje kan sejak sejak ni ? terlebih rajen suda. err, actually tadi linda pegi la blogwalking kat blog Mr. F. alaa, Mr. F yang pernah buat contest FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI tu. takkan la cepat sangat lupa kan ? haa, dah ingat ? bagus bagus. oke, kembali ke story asal. bila dah jumpa je entry pasal Faceblog ni, linda pon mula la menggedik nak cuba something yang baru. syarat syarat nak daftar Faceblog ni senang je. simple like pimple ! haha. :p rajen rajen kan lah jari korang semua untuk ke laman web rasmi Faceblog ni.

sebelum terlupa, Faceblog pon ada buat kata alu aluan untuk korang tau. baca kat bawah ni oke.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


p/s : banyak sangat link untuk entry kali ni kan ? rasa rimas tak ? :D

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 21 Februari 2011

Saya Suka Bergaya !

assalamualaikum semua.
alhamdulillah, hari ni linda dengan berbesar hatinya merasa gembira + terharu ! *ceett, ayat skema la pulak. haha, lupakan oke. actually tu intro je untuk entry ni. yela kan, asyik asyik intro yang sama je bila dah lama tak update. sesekali teringin jugak nak tukar selera. kan kan ?

oke, jom baca kesah selanjutnya.
most ladies in the world like fashion right ? from the fashion, they feel more confident to see many people. * ehh, berterabur tak BI linda ? sambung balik :) err, sekarang ni macam macam jenis fesyen yang linda jumpa. terutama sekali bila linda start join blog ni dan jadi blogger yang semi-aktif (sekejap aktif sekejap tak aktif).

first style yang linda jumpa ialah dari blog kak Syarafina Hamidun. linda memang terpukau dengan gaya dia. even dia bertudung tapi still bergaya. kena dengan gayanya. suka suka !

sama jugak dengan kak Nurul Badiah. style yang ayu je. sedap mata memandang.
start daripada situ la linda cuba belajar nak bergaya. bukan selama ni tak bergaya cuma tak brape confident bila pakai baju pelik pelik sikit.


nampak macam pelik tak ?

err, bab make up pulak ! lagi la jarang. student macam linda, masih terikat dengan peraturan sekolah. lagipon, masalah kulit la yang membuatkan linda tak berani nak pakai make up sesuka hati. nanti, mula la virus jerawat datang menyerang. nak hilangkan virus tu ? punya la susah + sakit. memang seksa la. thats why la bila linda nak bergaya, rasa macam tak kena. tapi, bila dah meningkat remaja ni macam macam yang linda cuba buat untuk meyakinkan diri linda. baru la terkedek kedek cari petua hilangkan jerawat, jeragat dan macam macam lagi la. baru la rasa segan, malu. susah nak digambarkan. actually, linda rasa masalah kulit linda tak seteruk orang lain di luar sana.

nampak tak virus virus tu menular kat muka linda ?

cuma linda still rasa tak selesa bila tengok orang cantik. dalam kata yang sebenar benarnya ialah JELES ! haa, serius sangat sangat linda jeles tengok orang cantik. bukan bermakna linda tak bersyukur dengan anugerah ALLAH, tapi linda cuba untuk perbaiki sebaiknya.

so, bermula dari tahun ni linda harap linda dapat ubah penampilan linda ke arah yang lebih baik macam yang linda impikan. kepada kakak kakak diluar sana yang sudi berkongsi tips dengan linda, linda amat alu alukan. selalunya linda blogwalking kat blog orang je untuk dapatkan tips tips ni semua. nak jugak tambahkan tips yang sedia ada.

terima kasih yang tak terhingga juga kepada :
&

Lyana Hisham bersama sama Milqynway Fashion nya itu. anda semua inspirasi dunia fesyen saya ! :D

p/s : azam tahun baru ni, belom terlambat lagi kan ?

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 13 Februari 2011

Nak Buat Tutorial Jugak. Salah Ke ?

assalamualaikum semua !
* eceyy, macam ramai sangat je yang nak baca entry linda kan ? merendah diri suda ! oke oke, lets check it out my stupid entry. :p masa tengah syok syok berangan tadi, linda ada terfikir something. linda ingat nak buat blog linda ni sebagai blog yang bole dijadikkan panduan untuk kawan kawan yang baru nak start berblogging ni. biasa lah kan, kawan kawan linda dah semakin maju. masing masing dah ada blog sendiri. ada yang lagi cute miut tau blog diorang. jeles suda !

err, then kadang kadang uhh ada jugak lah yang bertanya kat linda. macam mana nak buat itu, macam mana nak buat ini. linda pon kadang kadang bukan ingat sangat macam mana linda buat widget yang bersepah sepah uhh. linda pon ikut tutorial kat blog kawan kawan blogger linda jugak. yelah kan, linda pon baru je lagi dalam dunia blog ni. mana la reti apa sangat. so, dengan ada nya tutorial kat blog diorang maka dengan secara rasminya blog linda pon jadik chantek pada pandangan mata linda.

tapi kan, bila timbul niat linda nak buat tutorial kat blog linda ni, ada je yang down kan semangat linda. kenapa ehh ? linda cuma nak buat tutorial je. bukan nak buat apa pon. yess, linda tahu dah terlalu ramai orang buat tutorial kat blog diorang. bukan niat linda nak menindas diorang. bukan niat linda nak sebok sebok tiru diorang. tapi, sekadar ihsan linda kat kawan kawan linda. kesian kat diorang sebab linda tak dapat nak bagitahu diorang cara yang betol nak buat widget widget ni semua. linda kena carik dulu satu satu kat dashboard blog linda. blog sape yang ada buat tutorial. banyak woo ! linda rajen follow blog orang, thats why la tak jumpa mana satu blog yang buat tutorial ni. sory sesangat kat korang yang linda tak dapat nak tolong uhh.

so, sekarang ni linda serba salah. nak buat ke tak tutorial kat blog linda ? kalau tak buat pon, linda tak kesah sangat. cuma kesian la kat kawan kawan yang ternanti nanti pertolongan daripada linda. kadang kadang uhh, mintak tolong hari ni tapi esok baru linda nak tolong. tragis kan ? kesian korang. sory auu. oke, now linda nak mintak la pendapat korang semua. sama ada bole ke tak linda buat tutorial kat blog linda ni. kita sama sama belajar untuk perbaiki diri. tak salah kan ? kalau korang ada apa apa cadangan atau kutukan ke, dipersilakan la tinggalkan komen kat post linda ni ehh.


p/s : entry kali ni rasa panjang gila. tak sedar dah pukul 12 lebey.

terima kasih sudi membaca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 12 Februari 2011

Hilang Personaliti.

assalamualaikum korang !
dah lama sangat linda tak update belog ni kan ? sory, takde story best pon nak crite kat korang semua. lagipon, linda takde mood sejak sejak ni. perubahan cuaca ? takde kena mengena pon. ;) perubahan dalam diri linda sendiri la kot. personaliti linda yang dulu hilang. melayang pegi mana ntah. tercarik carik balek personaliti yang dulu tu, tapi tak jumpa. tak tahu apa yang tak kena.

err, pelik kan ? kadang kadang punca nya sikit je tapi sampai bole hilang personaliti diri. nasib baek tak hilang ingatan. sekarang pon, asyik layan lagu Disaat Aku Mencintaimu - Dadali. lagu yang linda rasa liriknya mendalam. hati linda sampai banjir sebab nanges. tapi, mata oke je. tak beria ria nanges pon. hipokrit kan ? control nanges ! benci. tapi, kena control jugak. linda taknak jadik macam dulu. nampak macam ego tinggi kan sekarang ni ? err, entah la. really2 not in mood now. :(

p/s : takde mood sebok nak update kan ? ni la hasilnya. merapu lebey. sory you all !

terima kasih sudi membaca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 6 Februari 2011

Cuti suda habes, FB & BLOG tidak beroperasi

assalamualaikum readers.
hari ni, linda buat entry pendek je. nak bagitahu, yang linda tak bole online fb dan blog untuk seminggu ni except sabtu dan ahad. biasa la, sebagai pelajar sekolah yang berwawasan tinggi, kena la study betol-betol kan ? so, linda takde masa nak online dah. sory kepada kawan-kawan blogger yang dah menjengukkan diri korang dan memfollowkan diri korang ke blog linda ya. linda berterima kaseh sangat-sangat kat korang. sabtu dan ahad nanti, linda pasti pergi jenguk dan follow blog korang balek. :D tu je linda nak bagitahu buat masa ni. jumpa lagi korang ! nyte & sweet dream. take care ! :)

p/s : jaga diri tau kawan-kawan linda yang pegi asrama. kelas 4SC1 nanti mesti sunyi tanpa korang. :'(


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 3 Februari 2011

100 followers.? ambek award cepadd.!!

assalamualaikum readers tersayang.! *tak penah-penah panggil sayang ni.
yeaa.! dengan bangganya hari ni linda umumkan yang belog buruk linda ni dah dapat 100 followers tau. tak sangka nya. of course la kan.? belog baru 3 bulan lebey, dah punya ramai followers. * jangan bangga sangat la wehh. belom tentu semua followers linda baca entry-entry linda kan.? :p oke oke, tak kesah la. yang penting, linda memang suka sebab linda berblogging ni pon semata-mata nak carik kawan baru, pengalaman baru dan nak share cerita sesama dengan korang semua. sebagai tanda penghargaan, linda nak bagi la award ni kat semua followers belog linda ni. dengan ucapan terima kaseh yang tak terhingga kat korang sebab sudi la memfollowkan diri anda ke belog linda, support apa-apa pon yang linda buat. diharapkan korang bole bagi tunjuk ajar kat linda macam mana nak memantapkan diri lagi untuk berblogging. tak kesah lah dari segi penulisan ke, cara nak chantekkan blog ke. terima kaseh banyak-banyak. sayang korang semua.!

nah.! ambek lah award yang tak seberapa dari linda ni. takde la chantek sangat pon. yang penting linda ikhlas sebab linda sayang korang semua.! thnx a lot. :D

p/s : award ni untuk semua followers linda. jangan malu-malu ehh kalau nak ambek !


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

[Contest] Jejaka Terhangat Nak Bagi Henpon Free !

assalamualaikum readers !
hari ni linda nak join contest lagi. tengok tajuk entry macam best je kan ? mesti la, en. Jejaka Terhangat bermurah hati nak bagi henpon free kat kita semua tau. tapi, kena la join contest dia dulu. then, dia akan pilih siapa yang layak. :)

klik saje kat banner besar ni tau ! syarat-syaratnya complete di sana.

oke, en. Jejaka Terhangat nak sebab kenapa linda nak sangat join contest ni. err, alasan yang paling munasabah la. sebabnya linda nak henpon tu la ! sape la yang nak bagi henpon free macam tu je ? lagipon, henpon en. Jejaka Terhangat ni gempak sangat. tengok sekali, terus tergoda. warna henpon tu pon, warna feveret linda tau ! teringin teringin teringin !! :D

now, time to tag blogger laen pulak.
done ! hopefully en. Jejaka Terhangat sudi bagi henpon tu kat linda.
* gedik je kan mintak-mintak ? tak malu ke ? :p
oke, tata !


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 2 Februari 2011

Study Group ke Posing Group ?

assalamualaikum readers !
sehat tak ? sila la sehat ye. bole baca entry linda yang merapu ni. hehe. lets reading my story today. hari ni lepas balek je dari kedai ikan kat taman linda tu, terserempak dengan Muzzamir & Arizal. ingatkan ada apa la diorang datang ruma carik linda. takut jugak diorang buat rombongan datang meminang ! haha. * gatai tak ? takde la, actually diorang datang sebab nak ajak linda pegi study group sesama kat sekolah. agak ramai jugak la. nak kata la kitorang pelajar cemerlang kan ? cuti-cuti pon rajin bebenorr pegi study. yang sebenar-benarnya masing-masing bosan duduk kat ruma. ye la kan ? kitorang ni style tak reti duduk diam. ada je benda nak buat. lagi-lagi linda ni haa. minah yang paling riuh dalam kelas tu. * riuh kah ? err, lepas slow talk dengan my mom, akhirnya dapat jugak keluar merayap ke sekolah terchenta. bangga la wehh ! dapat pegi sekolah. semangat gila tau. punya banyak linda bawak buku hari ni. konon la nak buat homework yang bersepah-sepah tu. then, bila sampai je sekolah terjumpa pulak Shahrul *scandal olok-olok je tau ! apa lagi, study group yang kekonon rajen tadi tu dah bertukar jadik chit-chat bersama linda. haha. macam-macam soalan linda tanya kat shahrul ni. biasa la kan, orang duduk MTD. banyak gila pengalaman best. linda rasa nak apply je masuk sana. bole tak ? tak payah bagi jawapan la, linda dah tahu memang tak bole. hehe. lepas shahrul dah balek tu, linda pon sambung la balek buat homework sikit. tapi, kejapp je la. selebihnya ? apa lagi, posing time la. walaupon tak bawak kamera, guna henset pon jadik tau. thnx to Fatin Hidayah la sebab bagi idea suruh posing. haha. thnx jugak to Huzaifah sebab kau bagi pinjam henset untuk tangkap gambar kitorang. layan la ehh gambar-gambar yang tak berapa cumel ini. :p

nampak sangat kependekkan linda terserlah kan ?

rasa meremang pulak bulu roma bila muzzamir kata " tak baek buat peace, tu tanda kemenangan yahudi ". betol ke ?

yang ni sure gambar tak ready ! lain macam je rasa. :p


duduk pulak. :D




haa ! jangan misunderstanding ya ? kami cuma berlakon oke ! * suka gambar ni.

thats all for now. tata !

p/s : naseb baek tak terkantoi dengan pengetua baru tau. :p thnx jugak untuk student 5SC1 sebab bagi pinjam kelas korang. walaupon tak sempat mintak kebenaran. sory..


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!