You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 27 Mac 2011

Cubaan Pertama Buat Doodle. Terima Kasih Cik Bulat !

assalamualaikum

haha, dengan bangganya hari ni linda nak tayang doodle yang linda buat sendiri dari hasil tangan dan jari yang bengkok bengkok ni.
tadaa !! haha, lawak kan ? bengkok bengkok macam jari linda yang membuatnya.

linda belajar buat doodle ni sebab linda geram tengok Cik Bulat yang sangat kreatif buat doodle nya sendiri. kreatif gila ! so, timbul lah niat linda nak mencuba jugak. so, ini la hasilnya. linda tak kreatif macam Cik Bulat ya.

terima kasih linda ucapkan kepada Cik Bulat sebab dah tolong ajar buat doodle guna paint. sila klik sini kalau nak tahu macam mana nak buat doodle guna paint.


p/s: sila gelak dengan sopan nya kalau nak mintak penampar. bhaha. :p

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 26 Mac 2011

Areliff MasterMindz Letak Blog Linda Dalam Bloglist Dia ?

assalamualaikum.

selamat malam sekali lagi. korang nak tahu ? masa linda blogwalking tadi, tetibe je linda ternampak ni haa..
cuba tengok nama blog yang linda highlight kan warna kuning tu. percayakah anda ??

blog linda yang cabuk ni bole masuk bloglist blogger yang agak terkenal ? fuhhh, sungguh tak percaya linda. dah lama ke En. Areliff Mastermindz ni letak blog linda dalam bloglist dia ? sungguh terharu !! :'(

tak percaya sangat sangat sebenarnya. alhamdulillah, harap harap dengan pertolongan En. Areliff Mastermindz ni dapat lah linda jadi femes seketika. :p

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Boleh Pulak Terlupa Malam Ni Earth Hour + Hore Hore Aznil Hj. Nawawi

assalamualaikum.


selamat malam. haa, korang semua join tak earth hour tahun ni ? linda terlupa sehh ! macam mana bole terlupa pon linda tak tahu. serius, linda dengan ibu dah pakat nak tutup semua lampu, elektrik dan sewaktu dengannya dari hari khamis lagi. siap rancang nak tidur selama satu jam berlangsungnya earth hour ni. tapi, bole pulak malam ni terlupa ! haha, dah 9.30malam baru kalut nak tutup lampu. terlambat dehh !

oke la, lupakan bab earth hour. dah lepas kan ? tahun depan confirm linda join. insyaallah, kalau ada lagi la kempen earth hour ni. ;)


now, linda tengah tengok konsert hore hore Aznil Hj. Nawawi kat astro ria. kalau bole nak tengok sampai habis. linda pon salah sorang peminat selebriti nombor satu ni tau ! walaupon tak dapat pergi tengok Aznil buat show depan mata empat linda ni tapi linda tetap support Aznil. Aznil the best !!

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selamat Pagi Sabtu !

assalamualaikum.

hai, selamat pagi ! alhamdulillah., hari ni dapat jugak linda bangun dengan sihatnya untuk menempuh hari hari yang akan menjelma. haha. pagi pagi buat ayat skema kan ?

dengan eyebag menebal kat bawah mata akibat bergayut dengan 'kawan' linda sampai pukul 4 pagi, linda pon terus je online tanpa mandi sebersih bersihnya ! gosok gigi dan cuci muka itu WAJIB la kan ? kalau tak gigi rongak, muka yang hampir licin ni dijangkiti virus jerawat lagi.

hari ni hari sabtu, linda tak tahu nak buat apa kat rumah. rancangnya nak masak soto, tapi bila linda bangun tidur, awal awal lagi ibu dah siap masak. katanya senang, bole terus sarapan pagi dengan soto. linda tak kesah pon, sebab perut linda yang agak buncit siap berlapis dua ni memang dah merengek macam budak kecik mintak penampar ! haha. lepas blogwalking nanti, terus nak serbu soto kegemaran tercinta tu.

kawan kawan linda ramai yang pergi sekolah sebab nak tolong jadi penyambut tetamu untuk majlis PIBG dan Klinik PMR. dasyat diorang, sanggup datang hari sabtu semata mata nak jadik penyambut tetamu je. kalau linda, lepas subuh confirm tergolek tidur kat atas sejadah dengan spontannya.
so, pagi ni linda nak blogwalking kat blog orang seramai ramainya. biar diorang terancam dengan kehadiran linda ke blog diorang ! haha, suka sangat perasan pagi pagi. yela kan, tengahari nanti 'kawan' linda nak msj, so takde masa nak blogwalking dah. lagipon, cerita hindustan hari ni rasa rasanya macam best je, nak layan la jugak ! rindu nak tengok tv. :p

oke la, penat melalut banyak banyak. dengan ini, secara rasminya linda akan pergi blogwalking ke blog korang ! lepas dah blogwalking, linda akan letak link blog yang linda pergi tu kat tepi oke.

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 24 Mac 2011

'Kawan' Saya Cakap, Saya Kena Jadi Matang Sikit, Baru Orang Tak Naik Atas Kepala

assalamualaikum, hai !

gila lama tak update kan ? korang yang BW sini mesti boring + jeles sebab kena tengok entry linda yang asyik asyik puji Nadzli Azlan tu tak habes habes. naik jemu kot. kan kan ? haha, dengki sungguh linda kan ?

err, hari ni tak tahu nak update apa sebenarnya. tapi, kuat kan semangat jugak la nak menaip. dah malas gila nak mengupdate sejak sejak ni. dok BW blog Cik Yuyu Zulaikha, Kak Nurulbadiah, Kak Syarafina dan semua blog kawan kawan blogger linda. baca la entry terkini diorang. penat penat mengupdate kan ?

so, nak dijadikan cerita.. linda ada 'kawan'. dah lama gila kitorang jadi geng. tapi sejak sejak ni tak tahu kenapa 'kawan' tu nak jadik 'kawen'. haha, gatai gatai ! takde la, actually 'kawan' linda ada nasihatkan linda dalam banyak perkara. terutamanya seperti tajuk entry linda hari ni.

linda ni umur dah berapa ? cuba korang tengok kat profile linda yang kat tepi tu. jelas jelas linda tulis linda 16 tahun. dah besar panjang kan ? tapi, macam mana pulak dengan perangai ? haa !! gedik ? sudah pasti la. sebab terlalu ramai yang cakap linda macam tu. * buat ayat tacink la pulak. :D

bila umur dah 16 tahun, sepatutnya jadi la matang sikit kan ? tapi linda, sampai kena sound dengan 'kawan' linda, baru nak terfikir. hey 'kawan', i bukan taknak berubah la. u pon tahu kan i mcm mana. cieeettt ! piiiigggiiii daaaa.. sembang serupa hindu mabuk saja. haha. linda memang mcm gini la korang. serius, linda sebenarnya bukan seorang yang serius. ada je benda nak main main. :p itu kan hobi linda.
jadi serius sangat tak best sebenarnya. bole gila tau ! yela, tanpa hiburan untuk hati kita, mesti kita rasa tensyen kan ? pernah tak korang tak buat lawak sehari ? mesti tak pernah kan ?? lawak yang cukup, akan membantu kita jadi ceria, hidup tanpa stress dan dapat hilangkan penyakit depresi. linda dah buat kajian tau ! haha.

so, sebagai 'kawan', terima la linda yang sebenarnya. saya sayang awak sangat sangat. terima kasih 'kawan' sebab bagi nasihat yang cukup membina untuk linda. :D

p/s : 'kawan' saya cakap jangan sangka buruk dengan orang lain, 'kawan' tetap 'kawan'. :)

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 19 Mac 2011

Tak Boleh Tengok Nadzli Azlan Jadi Femes Gara-Gara DSLR Yang Terlampau Canggih

assalamualaikum.
hai korang. ambek !! sekali berjela jela linda punya title entry. serius, setiap perkataan kat title tu adalah ciptaan secara spontan. tanpa memerlukan perahan idea dari otak linda yang agak slow sikit ni. haha, merapu kan ? banyak makan ikan kerapu la ni. * salahkan ikan jugak..

oke, back to story. sejak sejak ni, Nadzli Azlan sangat popular kat wall linda. bila tengok berita utama kat facebook, confirm ada dia. linda sangat sangat jeles ! dia over kreatif. bagaimana kah ? ;)

first gambar yang linda sangat admire ! bila lah linda dapat posing puas puas kat tempat macam gini ?

teringin nak DOMO ni ! bole ? ;)


DSLR can do anything. like ! :)

linda takut kucing, tapi kucing ni sangat meeeooowww. haha.

seperti mencurah air ke daun .... ? tak tahu la pulak nama daun ni.

Nadzli Azlan cakap, burung ni pandai bagi salam. betol ke ? Subhanallah ! sangat terharu.

the latest. ingatkan Nadzli Azlan berdiri depan api. dasyat !

Nak tahu siapa Nadzli Azlan yang sangat linda admire ? cari je kat sini.


linda hanya mampu berkata bahawasanya NADZLI AZLAN sangat sangat sangat kreatif. semoga berjaya, abang ali ! :) i'll always support you. nanti linda nak menuntut ilmu la dari abang. tau tau ?
oke, that's all for now.

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Andainya Awak Tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki
itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!
”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 17 Mac 2011

Seronok Dapat Belajar Buat Gelang Manik Sendiri

assalamualaikum.

selamat pagi semua ! dah sarapan ? linda baru je lepas melantak nasi lemak + ayam goreng tadi. tu yang rasa semangat nak update blog kan ? biasa la tu, linda ni nampak je kecik tapi kuat makan tau. hehe.

oke, kat entry ni kat linda ada tulis yang linda nak belajar buat gelang manik dari makcik sedara linda kan ? so, pagi ni linda nak share la dengan korang semua apa hasil yang linda dapat daripada pembelajaran malam tadi.

sambil tengok filem kembar siang tu, linda pon start la belajar buat benda alah ni. excited gila mula mula tengok manik manik tu. yela kan, dah banyak sangat warnanya. confirm excited. macam macam warna linda nak gabungkan. orang tak kreatif memang macam ni. hentam keromo je. :p

lama jugak la, akhirnya siap jugak 3 utas gelang manik. makcik linda cakap, gelang ni harga biasa dia RM15. tapi linda rasa macam mahal je. kalau nak jual, linda fikir dalam RM5 - RM10 je kot. ada macam macam bentuk sebenarnya, tapi linda ada tangkap gambar sejenis je. cuba tengok gambar bawah ni..

dua dua gambar gelang ni jenis yang sama je tau. ada lagi satu bentuk, nanti linda tunjukkan oke.

actually, linda tak rancang pon nak jual. tapi kot kot ada yang berminat, linda bole tolong buatkan dan jualkan kepada korang yang berminat. tinggalkan komen korang kat entry ni atau klik gambar awan hijau kat sebelah kiri blog linda ni. insyaAllah, kalau korang tempah, linda akan buat.

p/s : linda jual tak mahal rasanya, harga bole tawar menawar.

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 16 Mac 2011

Ada Juga Orang Sudi Nak Buat Entry Untuk Kita

assalamualaikum.

selamat tengah malam ! hehe, orang duk sibuk dibuai mimpi mimpi yang indah, linda pulak menggatal nak update blog. err, bukan apa. selagi tak bukak blog ni rasa macam mana ntah. rindu semacam ! dah rasa blog ni macam pakwe je kan ? lebih bagus macam ni. :p

actually, saje je online blog ni. tengok tengok ada pulak komen kat shoutbox tepi tu. tertulis begini...
mula mula, confirm tak percaya. sape la yang baik hati sangat nak buat entry pasal linda. blink blink blink je mata. terkebil kebil. jari pon apa lagi, terus je klik untuk masuk ke blog sri rahayu mamat. dengan line broadband yang tetap maintain lembab, linda pon menunggu dengan penuh kesabaran. haha, ayat skema gila je.

bila dah masuk, tengok tengok linda dapat first award giveaway dari kak nini ni. err, mesti la terkejut. tak percaya je, follow blog orang yang ke 100 boleh dapat award. nampak sangat linda jakun kan ? haha, tak kesah la. yang penting happy !

min ho tu ! terbaek sehh.

apa apa pon, terima kasih sangat sangat linda ucapkan kepada tuan punya blog LOVING LIFE sebab buatkan award ni untuk linda. tak sangka. terima kasih, ada lagi bagitahu tau ? hehe.

p/s : seronok tak terhingga.

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Kampung Dah Maju Tapi Broadband Tetap Lembab

assalamualaikum.

hello semua ! alhamdulillah, linda dah selamat sampai kat kampung halaman tercinta petang semalam. punya tahan nafsu tak online blog + facebook semalam. memang dah tahu yang kat kampung ni takkan ada line punya. dijamin 101% sebab dulu pon penah balik kampung seminggu tak dapat online. tapi, hari ni gagah jugak online walaupon agak lembab.

ingatkan kampung dah maju, line broadband pon maju la. tengok tengok sama je macam dulu. apa ni, kata felda dah maju. tapi apesal broadband linda lembab jugak ehh ? tolong story sikit. :D err, memang menguji kesabaran kan ? bayangkan lah nak search gambar kat google pon kena tunggu sampai 10minit. gila lama wehh !

ni pon linda ikutkan jari linda yang gatal nak update blog. kalau tak confirm tak online punya la. dah la dengan tak sarapan lagi, tidur tak cukup tambah pulak dengan virus jerawat yang dah mula menempek kat muka dengan sesuka hatinya. sabar linda sabar !

apa apa pon, hari ni linda nak belajar buat gelang. makcik linda yang sangat baik hati nak tolong ajarkan. best kot wehh ! haha. excited sebab linda dah rembat gelang makcik linda satu. kejam kan ?

nanti, bila dah genius belajar buat gelang, confirm linda tunjuk kat korang oke. nak beli ? tunggu la dulu, dalam proses perancangan nak berniaga kecil kecilan. haha, berangan !

terima kasih sudi baca. :)

p/s : entry ni takde gambar real. tak sempat nak tangkap.

Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 15 Mac 2011

Nak Balik Kampung.

assalamualaikum.

short entry je ni. sebelum linda berangkat ke kampung halaman tercinta, linda nak bagitahu kat semua pengunjung blog linda ni. kalau korang komen kat mana mana entry, linda terpaksa lambatkan sikit untuk approve komen komen tu. dan kepada yang singgah blog linda ni, jangan lupa tau tinggalkan link kat shoutbox kat tepi tu. insyaAllah kalau line broadband kat kampung oke, linda blogwalking & follow blog korang balik oke. komen komen pon akan linda balas.


terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Contest Gambar Paling Comel.

assalamualaikum.
sekali lagi ! hehe. malam ni seperti biasa, join contest lagi. best la. kali ni ditag oleh cik Kacak yang sangat comel. :) thnx ya.


walaupon linda tak secomel mana, tapi dengan ada nya gambar gambar ni linda terasa la linda comel seketika. haha.

gambar 1

gambar 2

gambar gambar ni linda tk edit sangat. cuma letak nama & blur kan yang belakang tu je.

kena tag 5 orang ehh ? serius, linda pening nak tag sape. bole tak nak tag semua ?? bole la bole la. :)

p/s : cik Kacak, thnx ya !!

terima kasih sudi baca. :)



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 14 Mac 2011

Show Me Your BFF Contest By Nurulbadiah Lai.

assalamualaikum.
hari ni excited terlebih sikit sebab dah lama gila tunggu peluang nak join contest kak Nurul ni. biasa la, busy sikit. rasa kelam kabut je. tapi, alhamdulillah, dapat jugak linda join contest dari orang yang linda admire sangat sangat ! thnx jugak kepada shira sebab tag linda.

ni la contest dari kak Nurul :)

jangan malu malu join sama sama. klik je banner contest atau sini.

sekarang tiba masanya linda beraksi !!

...

...

...


suka gambar ni sebab mulut tak bole bla. haha, oke now..

__________________________________

Dear Nurulbadiah Lai, ini best friend forever linda tau.
comel kan ? sama macam kak Nurul. nama dia Nursyazwani bt. Rozali. tapi linda suka panggil dia wanie atau cyunk ! of course la linda sayang wanie sangat sangat & sangat. kitorang tak selalu bersama sebab wanie kelas lain. tapi, bila dah jumpa confirm takkan berpisah. macam macam benda nak story mory dengan dia. otak wanie ? sama gila gila macam linda. itu yang penting ! :p

linda nak bagitahu satu dunia yang linda
sangat sangat sangat sayang
cyunk linda ni !!
muaahh !!
__________________________________

now dengan baik hatinya linda nak tag 4 orang blogger yang aktif. yang tak aktif pon bole join jugak tau ! :)

* Cik Kacak
* Budak Ais
* Fasihah Supian
* Nur Syafiqah

siap ! thnx ya.

p/s : tarikh tutup contest kak Nurul ni betol betol sama dengan birthday ibu linda yang tersayang. :D

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 12 Mac 2011

Balasan Atas Perangai Pelik + Buruk Manusia Di Bumi.

assalamualaikum.
dah lama tak dapat update blog kan ? bukan sebab takde idea, cuma takut je sejak sejak ni. yelah kan, berita sana sini tentang tsunami dan gempa bumi. kesian rakyat yang merasai bencana ni kan ? tapi, pernah ke diorang terfikir ? kenapa terjadinya bencana macam ni ?

pernah tak korang terfikir ? bak kata ustazah linda, muhasabah diri. apa yang terjadi pada dunia kita sekarang ni disebabkan oleh perangai kita sendiri. kita tumpang je kat dunia ni, tapi kita tak tahu gunakan nikmat yang diberi. istilah yang senang, tak bersyukur.

lepas banjir, datang pulak tsunami dan gempa bumi. teringat kata kata adik linda. tsunami = tuhan sudah uji namun ada manusia ingkar. betol ke ? atau sekadar kata kata yang direka cipta ? bila fikir fikir balik, kenapa terjadinya bencana bencana macam ni ? manusia buat apa sampai Allah SWT balas macam ni ? fikirkan la. hanya diri kita sendiri sahaja yang mengetahuinya.

alangkah amannya dunia kalau tiada manusia jahat. tapi, pasti tidak lengkap kehidupan kalau tiada yang jahat. sebab tu neraka dicipta..

p/s : sekadar mengingati.

terima kasih sudi baca. :)



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!