You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Khamis, 30 Jun 2011

Okey Lah Tu Kan ?

assalamualaikum.

entri ni dah diperam seharian dek kerana blogger merajuk seketika. sebal sungguh ! :'(

akhirnya, habes jugak penyeksaan jiwa dan raga linda ni. pertandingan pidato peringkat daerah Larut Matang dan Selama dah tamat hari ni. memang lega tak terkira lah.

lepas ni boleh lah enjoy sakan ! tak payah nak sibuk menghafal teks doplohpat jam. berbaloi baloi jugak lahh penyeksaan selama dua minggu ni.

mana tak nya, dah lah pusingan pertama linda jadik peserta pertama. nervous bukan main lagi. siap sempat menangis sakan kat belakang dewan. nasib baik ada kawan kawan dan cikgu cikgu yang bagi sokongan mental. :p

nak lepas geram punya pasal, linda kasik lah persembahan all out punya ! agak ternganga jugak lahh haa, baru lega. lepas aje present, terus tersenyum sambil menayang gigi yang sentiasa bersinar ni.

p/s : nanti linda bagi korang tengok linda berpidato ya. :p
p/s/s : entri kali ni sangat sakai disebabkan sibuk buat jadual pengawas di samping keyboard lappy agak ngeng !!


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 29 Jun 2011

Aktiviti Pencuci Mata

assalamualaikum.

tatkala dikeheningan pagi, subuh pon belom masuk waktu lagi rasanya. cengkerik yang dok memekak awal awal pagi tadi pon baru sibuk nak tidur. tapi linda dah mengupdate. nak buat macam mana, masa linda cukup berharga. HAHA :p

so, tegangkan urat urat saraf korang sambil gosok gosok bijik mata yang sememangnya ada taik mata kering di situ. lebih afdal jika korang mandi pakai sabun Lifebuoy dulu, baru wangi kan ?

actually, linda ada aktiviti pagi pagi ni. bayangkan beberapa minit aje lagi linda kena pergi sekolah. sadis kan ? biasanya linda confirm dok terguling guling lagi atas katil yang empuk tu. tak dapat lahh berbuat demikian rupa pagi ni. :'(

sebelum nak habeskan entri menggedik pagi ni, linda nak pesan kat korang. mesti ramai yang dah tahu pasal Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia pada 2 Julai 2011 tu kan ? linda nak kembang hidung tahap maksimum dengan 49563 inci besau nya lubang hidung tu.

sebab muka linda yang tak seberapa comel ni akan disumbat masuk ke dalam TV1 dan TV3. pagi pagi buta korang mesti kena tengok linda pegang bunga manggar dengan ayu nya. :p jangan lupa ye, linda bakal jadik artis walaupon untuk 3 minit. nantikan kehadiran linda di kaca tv anda. * macam linda sorang aje yang ada kat dalam siaran tu nanti. HEHE

p/s : doakan linda menang pidato pulak ya !


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 26 Jun 2011

Kononnya Nak Merajuklaa.. GEDIKSS !! :p

assalamualaikum.

mulakan baca entry linda dengan senyuman yang siuman :)

*nak jadikk makcik aauumm lagi*

boleh lagi mengada ngada kan linda ni ? dah berkarat blog ni dengan entry lama, kepala otak pon ikut berkarat jugak. tu yang idea tak keluar keluar.

konon nya nak merajuk lah 3719546 hari. dengan azam yang penuh semangat, linda dah bertekad ni taknak update satu entry walaupon pendek. tak tahu lahh kenapa jiwa raga yang sensitif ni semakin menggedik.

malu dengan korang, blog linda dah semakin comot dan ketinggalan. entry korang dah best best, linda aje masih macam gini. entah bila lahh nak maju. sadiss sungguh. :'(

serius, linda memang dah malas gila dengan blog, fed up dengan fb. boleh katakan memang dah takde mood lah nak online walaupon sekejap. tapi disebabkan rindu yang terlampau sampaikan mandi ingat blog, siapkan kerja sekolah ingat blog, tidur pon sampai mengigau blog, akhirnya linda buang jugak ego linda yang tinggi menggunung tu.

sampaikan ibu tercinta pon dah asyik tanya, '' apa dah jadik dengan blog burukss kau tu ? '' sobbbsobb. ayat memang terhiris gila lah. dihiris sembilu pon masih tak terasa sakitnya tau.

*bagus betol ada bodyguard kuning ;)*

tunggu lah linda dapat netbook 1 Malaysia tu, hari hari linda update. lepas ni nak guna berukband Digi pulak. boleh lah toyol kuning tu babapp linda kalau linda malas nak update blog kan ? BERSAMAMU... !! hehe :p

p/s : LINDA NAK BLOG LINDA MACAM DULU !! boleh kan ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 18 Jun 2011

Sila Ambil Perhatian, Blog Korang Mungkin Dihack Tak Lama Lagi !

assalamualaikum.

linda pon agak terkejut berukkss bila dapat tahu ramai para blogger yang akan dihack blog nya. nasib baik linda dah cek awal awal, blog linda masih lagi selamat. alhamdulillah...

korang boleh cek tau sama ada blog korang selamat atau tidak. tekan ctrl+f untuk memudahkan kerja pencarian.


p/s : selamatkan blog korang ya.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 17 Jun 2011

Model Kaku Dan Beku

assalamualaikum.

yeahh, akhirnya cuti pon menjelmakan diri. dan linda sebagai pelajar sekolah yang agak kepoyoan pon mula lah mengupdate entri yang sememangnya tah apa apa aje kan ?

*I cover ayu, you ada ? HAHA *

yang pastinya entri kali ni akan menceritakan diri sendiri lagi. tak habis habis anak pakcik Kadir ni mempromote diri kan ? yelahh, siapa lahh daku di matamu. *ceyywahhhh...

* tumpang populariti pokok aje *

cita cita takde pon nak jadik model, sebab agak katikk kan ? dah sah sah lahh kena reject punya. high heels pon takkan membantu lahh. HAHA

tapi berangan dok posing sana sini. dan yang paling ketara nampak 'kukukakikakakkukaku' dalam bahasa melayu nya KAKU.
* ketinggian mereka mengkatikkan daku *

bukan tak reti nak posing tapi takde siapa nak ajar. jadik model pon untuk kamera sendiri aje. banyak bebenor gambar syok sendiri nya.

hasil syok sendiri yang terbaru semua dalam entri ni. pergi tengok orang forum pon menyempat lagi posing. tu pon Ally Zafriez yang beria ria ajak. kalau tidak, memang semua pakat malu lahh sampai ke sudah.

p/s : nak cuba posing tertonggeng pulak lah lepas ni. :p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 15 Jun 2011

Entry Tanpa Tajuk

assalamualaikum.

hari hari quick entry. mana tak nya, tak sempat lahh, busy aje.. lagipon start bulan ni asyik ada latihan sukan. balik rumah dah penat, tak termasuk dengan homework lagi kan ?

so, linda takde cerita nak bagi korang baca. setakat cerita hampehh macam gini aje lahh hari hari. tu pon kalau sempat update. kesian korang ..

tapi takpe. linda selalu online hari jumaat atau sabtu. masa tu linda akan ziarah balik blog korang dan pastinya komen entry korang yang semestinya meletop tu !

p/s : jangan lupa tinggalkan link kat kotak sorok menyorok tu atau kat mana mana entry ye.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 14 Jun 2011

Ketidakcerdikan Kini Terserlah

assalamualaikum.

quick entry today. dah lama kan linda tak update ? walaupon tak sampai seminggu, but i really miss my blog and all my friends.

seriously, keputusan exam baru baru ni yang membuatkan linda terkilan gila nak update. just imagine semua subjek menurun tanpa segan silu. :'( tragis gila lahh.

BM pon susah bebenor nak dapat markah tinggi, BI apa lahh lagi kan ? konon aje speaking lebih lebih dalam blog, tapi result hampehh.

entry yang memang nak malukan diri sendiri...
tak payah cerita lahh berapa markah yang linda dapat, linda cuma boleh cakap setakat ni linda hanya ada 1A+ , 2A- , 1B , 1C+ , 1C dan 1D. nasib baek lahh E dan G takde kan ? kalau tak, confirm 'bangga' gila !

semakin tua, semakin susah pulak nak score exam kan ?

* bila lahh nak dapat result yang warna hijau tu aje ? *

p/s : takkan salahkan FB dan Blog ye ! :'(


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 11 Jun 2011

Macam Mana Nak Siapkan Sketch Book Kalau Takde Idea ?

assalamualaikum.

selamat pagi korang ! sory linda lambat sikit update pagi ni. nak siapkan homework, lusa dah nak sekolah. homework still banyak lagi. mana taknya, asyik mengadap lappy aje. padan muka kan ?

linda nak mintak tolong kat korang sebenarnya. linda kena buat sketch book untuk assignment BI. Madam linda suruh lekat lekat gambar aje. tapi gambar yang linda suka lahh. masalahnya sekarang, linda pon tak tahu apa benda yang linda suka. stakat ni baru ada dalam 10 benda yang linda suka. kalau boleh linda nak lagi 5 atau 6 macam tu lahh.

korang boleh tolong tak ? bagi lahh apa apa benda yang korang rasa korang suka. linda terima aje untuk masukkan dalam sketch book linda ni.

p/s : dengan kadar segera ye. tolong !!


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 10 Jun 2011

Sedekah Daripada Abgteror

assalamualaikum.

di petang jumaat yang serba dingin ni, linda nak kasikk tahu something. dah banyak kali jugak linda dok cerita pasal header linda yang dihasilkan oleh Abangteror ni. kali ni, linda dapat lagi header dari Abangteror.

klik SINI untuk membesar

mula mula linda request kat Abangteror, linda dapat yang ni. masa tu memang seronok tak terkira lahh. first time dapat header sendiri.

tak sempat lagi nak guna header yang pertama tu, Abangteror buatkan lagi header untuk linda. kali ni lagi cun bebehhh ! HAHA. linda suka tulisan nama linda tu. nampak kemas. :)
last last, Abangteror bagi yang ni. beliau kata header yang lama tu nampak kosong. so, beliau tambah lahh rama rama tu sebagai penyeri. memang meletopp ! linda sampai terlalu sayangkan header ni. kalau boleh taknak tukar dah sampai bila bila.

tengok tengok tadi, ada lagi header dari Abangteror ni. memang beliau hebatt kan dalam mereka cipta header ni. linda pon susah nak buat header sebab memang tak reti. yng tak tahan, header baru ni Abangteror siap tangkap cicak semata mata nak letak menatang tu kat header linda. HEHE

p/s : linda naikkan saham Abangteror ni. :p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sis Ana Beri Give Away Gelang Kristal

assalamualaikum.

dok malas malas pon sempat lagi join GA lagi. mentang mentang lahh GA ni senang kan ? sebok jugakk nak join. HEHE

Sis Ana nak bagi gelang kristal ? wahh ~ best nya. dulu linda pon ada bukak perniagaan gelang manik, sama je kan dengan gelang kristal ? sesekali nak jugak merasa gelang yang orang buatkan..


klik SINI untuk penyertaan

baru linda tahu cara nak jual gelang ni kena buat promosi macam blog aksesoriana ni buat. macam macam jenis gelang lahh ada kat situ. cantik !! blink blink mata linda tengok. geram ? confirm lahh. dah terlalu cantik sangat. semua gelang tu linda tak reti buat kecuali satu bentuk aje.

haa, yang ni aje linda reti buat masa kat kampung dulu. cuba baca entry pasal gelang.
linda tag semua yang singgah kat blog huduhh linda ni ye.

p/s : nak merasa jugak gelang kristal tertepek di tangan. :p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Entry Paling Malas

assalamualaikum.

' MALAS '
cukup untuk ungkapkan kesemuanya. serius, linda tak tahu kenapa hari ni penyakit malas menyerang linda. sampaikan nak update pon jenuh dok memikir.

time malas ni pon tetap rajin nak menggodek pakcik Google. rupa rupanya penyakit malas ni bolehh dibunuhh dengan kejam tau. caranya kita tak payah lahh fikir kita dah ada di satu tahap yang selesa. mungkin sebelum ni linda fikir, ramai yang dah kenal linda kat dalam blog ni. linda dah rasa terlalu selesa dengan kedudukan linda. sebab tu malas pon datang. macam sekarang ni lahh, malas nak mengupdate sedangkan korang nak jugak kan baca entri terbaru dari linda.

* pakcik Google punya *

untuk keluar dari tahap selesa ni senang aje, linda rasa linda tak patut rasa selesa dengan kedudukan yang linda ada sekarang ni. patutnya linda kena sentiasa berusaha untuk ke depan dan terus ke depan. baru lahh takde sikap malas tu kan ?

p/s : boleh bagi tips tak macam mana nak hilangkan malas ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 9 Jun 2011

Kalau Malaysia Ada Empat Musim

assalamualaikum.

pernah terfikir tak kalau malaysia ni ada empat musim ala ala negara omputih tu ? mesti syok gila kan ? rakyat malaysia termasuk linda sekali akan merasa satu perasaan 'jakun' a.k.a teruja lahh.

musim panas dah sah sah ada. musim bunga pulak dah confirm lahh malaysia takde. tapi musim salji dan musim luruh linda rasa macam ada aje. bila masanya malaysia ada musim salji dan luruh ni ?

* musim salji *

haa, musim salji linda tengok hari tu. real depan mata !! nampak lawa je bila salji tu turun. tapi yang peliknya salji tu turun dari pokok. satu pokok tu aje yag ada salji. dengan jakunnya linda menjerit dengan nada teruja "ehh ehh, ada salji turun dari pokok tu lahhh." ibu linda pon tergelak gelak dengar statement canggih linda tu. mana taknya, kekabu yang turun tapi linda boleh kata salji. memang gelak tak cover lahh lepas tu. nak cover macam mana ? dah maluuu... HEHE

* musim SALJI @ KEKABU *

* musim luruh *

balik kampung hari tu pon best jugak. pakcik linda ajak pergi kebun. katanya nak tengok musim luruh. linda bertambah tambah lahh teruja. musim luruh daun ke ? tengok tengok pakcik linda dok kutip durian. bila linda tanya, mana musim luruhnya ? pakcik linda dengan selamba badaknya menjawab " sekarangkan musim durian luruh, tak pernah dengar ke ?" linda pon mula lah ^%*@#(!#&!$ dalam hati. akhirnya linda jugak TERKONO !!

* musim DURIAN LURUH *

haa, jangan ingat malaysia ni takde musim salji dan musim luruh tau. dari dulu lagi memang dah ada musim musim ni kat malaysia. :p

p/s : dasyat tak malaysia ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Lamakah Kita Di Kubur ?

assalamualaikum.

linda terbaca satu artikel yang adik linda carikk ni. memang tersentap gila lahh. lagi lagi linda tak lahh banyak amalan kan ? jom baca ..

Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.

Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;

Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965

"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "

Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.

Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" Mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.

"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?" Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.

"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "

Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.

"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?" Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."

Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"

Berulang kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.

"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

apa perasaan korang bila kita terpaksa diseksa sehingga hari kiamat ? betapa sakitnya seksa kubur..

sumber : I Luv Islam

p/s : sekadar renungan bersama.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selamat Pagi Dunia !

assalamualaikum.

update kejap lahh sebelum nak siapkan homework Sejarah. subjek paling bosan yang linda pernah belajar. cuma tahun lepas aje best sebab pengetua sekolah linda yang ajar. :p memilih cikgu ni. HEHE

hari ni hari khamis. korang selalunya buat apa ehh ? lagi lagi tengah cuti sekolah ni kan.. kalau yang kerja tu, mesti lahh pergi kerja. cari rezeki di pagi yang indah. pagi pagi ni kena ceria baru awet muda. kan kan ? senyum aje, confirm nampak berseri seri lahh.

p/s : mulakan pagi anda dengan senyuman yang paling manis tanpa perlu tambah gula. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 8 Jun 2011

Baru 1/4 Blog Yang Dicerobohi

assalamualaikum.

pergghh ~ penat gila blogwalking kat blog orang malam ni. nak tebus kesalahan lahh katakan. takde lahh korang kata linda reti follow tapi tak reti nak komen kan ? HEHE


actually, memang dah lama niat linda nak blogwalking kat blog blog yang linda dah follow tapi tak tercapai hajat. kadang kadang tu berebut berukkband dengan adik linda, takpon masalah berukkband lembap. macam biasa lahh kan ?
tapi alhamdulillah, malam ni dapat lahh linda blogwalking. walaupon baru 1/4 kot blog yang linda ceroboh. berbaloi jugakk lahh sebab dapat ceroboh blog orang. :D

nanti kalau linda ada masa lagi, linda sambung blogwalking ye. linda kann STUDENT, busy lahh kata kan. PM pon tak sebusybody macam linda kot. :p

p/s : masa untuk tidur ! good night semua.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Best Ke Bila Diri Jadi Ikutan ?

assalamualaikum.

agak lambat mengupdate ni. petang tadi kilat sabung menyabung. takut pulakk nak online. kang tak pasal pasal lappy kesayangan ni kena panah petir. dah lahh nak tunggu netbook 1 Malaysia lambat lagi. punya dah mengharap ni. :p

actually linda baru lepas blogwalking. macam biasa lahh, siapa yang tinggalkan jejak kat blog linda, confirm linda ceroboh balik blog diorang. macam macam bentuk blog linda jumpa time blogwalking ni.

bila tengok blog orang, ramai bebenorr follower. padahal baru berapa minggu aje berblogging. wahh ~ dasyat kan ? linda pon susah nak dapatkan follower. jeles jeles.

tapi kan ? bila korang follow blog seseorang, korang sempat ke baca semua blog yang korang follow tu ? mesti tak kan ? alasan yang paling biasa kedengaran, busy lahhh... mana sempat nak baca semua. kan kan ?

macam linda lahh, linda memang tak sempat nak baca semua blog yang linda follow. bila korang datang blog linda, tinggalkan jejak, baru linda sempat nak baca. nampak macam kejam aje. follow rajin tapi komen tak rajin. HEHE. adat orang berblog memang macam gitu.
* pinjam kat pakcik Google lagi *

kadang kadang, linda terfikir. best ke bila diri kita jadik ikutan ? linda nak rasa jugak bila orang ikut apa yang linda buat. tapi tak lahh tiru seratus peratus. kan ?

kadang kadang tu jugak, linda rasa tak suka ikut orang lain sebab linda lagi suka jadik diri sendiri. tak lahh nampak macam hipokrit kan ?

kesimpulannya, linda tak suka ikut orang lain tapi linda suka orang ikut cara linda. ayat pon dah berbelit belit ni. jahat tak ? ;)

p/s : korang pulak suka yang mana ? jadik diri sendiri ke ikut orang lain ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Game Yang Menghina Islam ( Wajib Baca !! )

assalamualaikum.

entry terkejut sebab baru bangun tidur lepas mimpi kawen dengan laki masa depan. HAHA dah dah, jangan lengahkan entry ni..

adik linda ada tunjuk something, ingatkan beliau menang Myvi Pink ke, best lahh jugakk kan ? sebab kereta idaman linda tu. rupa rupa nya beliau tunjuk benda ni haa...

game game yang sesetengah daripada korang suka sangat main. sanggup celik bijik mata sampai pagi buta, semata mata untuk game aje. tapi korang sedar tak sesetengah game yang korang main tu sebenarnya menghina Islam ?

sebagai contoh, game yang agak popular dalam kalangan remaja sekarang ni. sampai ketagih lahh..

Devil May Cry


semua gambar gambar yang linda tunjuk ni sumber daripada SINI. actually ada banyak lagi contoh contoh game yang menghina Islam. linda tak sanggup lahh nak penuhkan gambar gambar tu kat blog linda ni. yelahh, geram kan ? game pon bolehh menghina Islam. padahal Islam kan agama yang paling suci. tak faham betol bila dunia dah akhir zaman ni.

p/s : nasib baik linda tak ketagih game.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Cik E 1st Giveaway

assalamualaikum.

tak pernah pernah linda join GA kan ? first time jugakk lahh linda join sempena 1st Giveaway Cik E ni. tanda sokongan. lagipon OnitsukaHana dah penat penat tag linda kan ? takkan nak biar aje. :)

oke, GA ni senang aje. tepekk gambar dan siap !!

klik SINI untuk join ye

nak tag 3 orang sebab Cik E suruh :p


haa, kan dah siap !!

p/s : GA lahh yang paling senang kan ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 7 Jun 2011

Kejayaan Linda Milik Anda

assalamualaikum.

naik letih kepala otak ni memikir, apa lahh tajuk entry malam ni pulak. mesti frust gilakk sebab tak dapat buat entry yang best best untuk korang semua.

* suka sangat tepekk muka sendiri sejak sejak ni *

linda mula merapu rapu kat blog ni sejak tahun lepas lagi. entry yang paling memalukan lahh bila linda baca balik ada kat SINI. serius, linda memang tak reti langsung apa itu blog. tak tahu menahu macam mana nak tarik orang supaya baca blog linda.

semua orang macam gitu kan ? first time berblog, dah pasang angan angan mat jenin. nak jadik macam Hanis Zalikha lahh, tak pon macam Fatin Liyana. masa tu jugakk lahh, tercari cari idea nak menaip entry.

follower pulak, sebulan naik sorang dua aje. memang tragis gila laa.. kadang kadang tu, nak mengupdate pon dah malas. yelahh kan, rasa macam diri ni tak dihargai pulak. buat entry, takde siapa nak baca. singgah pon entah ada ke tidak kan ?

tapi, takkan nak biar macam gitu aje. mesti lahh nak buat perubahan. sejak dari tu, linda cuba untuk promote diri sendiri. nampak macam tak malu kan ? tapi, tu lahh yang linda terpaksa buat untuk menaikkan nama blog linda ni. walaupon tak seberapa, tapi hasilnya lebih baik dari mula mula linda berblog.

dan hari demi hari bulan ke bulan sampai bintang pon turut serta jugakk, akhirnya blog linda mula dikenali ramai. walaupon tak banyak yang kenal, at least perubahan yang sangat ketara linda alami. memang gumbira tak terkata lahh. bila dah agak fofulerr, linda baru tersedar. semua ni bukan hasil kerja keras linda sorang. kalau takde support dari korang, mesti linda dah give up awal awal. kan kan ?

* kawan kawan sangat berharga untuk linda *

so, the moral of this story ialah kita janganlah lupa kat kawan kawan kita sebab kalau takde diorang, mesti kita tak berjaya kan dalam dunia blog ni ? siapa nak follow blog kita kalau takde kawan kawan lain kan ?

p/s : linda berjaya sebab sokongan korang !! :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!