You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Rabu, 31 Ogos 2011

Happy Birthday Anak Merdeka !

assalamualaikum .

sila laungkan MERDEKA seberapa kali yang korang suka dengan kadar segera ya . jangan lupa juga pasang lagu Tanggal Tigaplohsatu dendangan peti suara masing masing ~ sekian .

okayy , selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke limaplohpat tahun untuk negara kita Malaysia . dah tua kan negara kita ? dah boleh dikategorikan sebagai warga emas ni . tapi , negara kita tetap berdiri teguh dan maju ! I am very proud to be a Malaysians :)

sama juga seperti sahabat linda a.k.a abang yang takkan terangkat sampai bila bila . akhirnya beliau sudah tua satu tahun .

yang ini masa beliau masih berada di tahap kanak kanak hingusan . dalam kata sopannya ialah kanak kanak tak cukup umur ^ ^'

dan kini , beliau sudah berada dalam alam remaja yang berumur lapanblas tahun . kira dah cukup umur lah kan ?

Happy Birthday Khairul Azwan . May Allah bless you . semoga pertambahan umur ini akan menambahkan lagi ketinggian anda . *okayy , sori ambik gambar kau senyap senyap .

p/s : bangga kan bila tarikh lahir kita sama dengan tarikh lahir negara Malaysia ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 30 Ogos 2011

Pagi Raya Yang Sungguh Kekurangan Kerja

assalamualaikum !

aucakk ^ ^'

SELAMAT HARI RAYA korang :)

linda nak mintak maaf dari hujung rambut sampailah hujung kaki if selama linda berblog ni ada yang sakit limpa , sakit jantung ataupon sakit gusi . bukan apa , kadang kadang ayat ayat linda ni over sangat . maybe ada yang tak dapat menerima denagn seikhlas hati . so , maafin linda ya ibu ibu bapak bapak ;)

bila tak balik kampung kan , macam gini lah rupanya . duduk melangut sorang sorang , hadap kuih raya sorang sorang . sambil menaip entri basi ni pon dok mengunyah kuih raya yang keenam jenis . maka khatam lah kesemua kuih raya yang ada . HAHA

tunggu manusia datang rumah , mana pergi lah kan . mentang mentang semua ada kampung , so balik kampung lah kan ? ;)

akibat takde kerja di pagi raya , posing sorang sorang depan rumah :)

p/s : SELAMAT HARI RAYA !


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 23 Ogos 2011

Alahai Cikgu , Tak Sempatlah Nak Raya Sakan !

assalamualaikum .

nasib baik linda teringat lagi kat blog ni . kalau tidak , berlemak tepu lah jadinya blog ni kan ?

pagi pagi lagi linda dah semangat nak pergi sekolah . diketahui umum lah kan , minggu ni last untuk budak budak macam linda ni pergi sekolah sebab sekolah taknak terima kitorang dah selama seminggu *boleh tak kalau nak up sikit jadik dua minggu ? sesuka hati sesedap rasa sehingga menjilat jari kaki aje bunyi nya kan ?

okayy , linda ingat cikgu cikgu tersayang pon nak jugak tengok anak anak muridnya merasakan kenikmatan beraya kan ? tapi , rupa rupanya lain yang jadi . hambek kau ! sekali cuti , macam biasa lah . kerja sekolah pon turut memunculkan diri .

siap kena buat TO-DO LIST . memang kes parah . tengok lah , deretan huruf menghiasi kertas warna bersaiz A4 itu .

SPECIAL CASE pon ada . dah macam nak masuk court lah pulak kan ? ^ ^'

" cuti seminggu je tau cikgu , janganlah kasikk homework banyak sangat . " tak akan cikgu bersimpati . jangan haraplah okayy .

p/s : nak pandai jangan merungut <-- ayat ni yang membuatkan linda terdiam terkelu tiada bahasa :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 20 Ogos 2011

Sesi Semak Dapur ;)

assalamualaikum .

hari hari lambat update . biasa lah , lumrah alam . busy memanjang , nak kata lah linda macam PM kan ? ehh , tak tak . masih jauh tertinggal di belakang . abaikan kata kata yang tak berapa nak berbudi bahasa itu ya .

semalam buat bendera . hari ni linda buat kuih raya pulak . wahh ~ sangat semangat sebab selalunya ibu tercinta main tunjuk aje kuih raya dekat lorong lorang pasar parit buntar . tapi kali ni , lebih bersemangat daripada biasa .

ibu tercinta ajak buat kuih kacang mazola hari ni . pernah dengar ke nama kuih tu ? alaa , blender kacang tanah sampai lumat . lepas tu gaul dengan minyak mazola dan gula . senang aje buatnya . linda tolong sapu kuning telur kat atas kuih tu aje . yang lain semua ibu dan adik lelaki linda yang buat *nampak sangat linda malas :)

loyang pertama .

loyang kedua ..

loyang ketiga ... besar sikit daripada loyang pertama tadi ye .

loyang petak pulak ....

macam nak bukak kedai kuih lah . suka suka !!

linda pulak memang dah takde kerja , so ini lah kerja nya ye .

budak kecik pon pandai posing maut . HAHA

p/s : esok buat kuih lain pulak okayy .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak

assalamualaikum .

agak kelewatan mengupdate hari ni . ada yang tertunggu tunggu entri daripada linda ke ? *ditimpa perasaan sikit boleh kan ?

tak sangka sebenarnya , ada jugak budak kat sekolah linda rajin menggodek blog huduhh linda ni . siap komen pasal entri semalam lagi . katanya gambar linda comel lagi lagi yang tang mulut itik tu kan ? *haha , sunggu terperasantan ! ^ ^'

okayy , abaikan intro di atas . mari kita terjahh ke chorus pulak :)

actually , linda sedang sibuk menyiapkan lukisan baju pengantin *ehh , apa kah ? hehe , lukisan bendera Malaysia yang sebenarnya . tambah pulak dengan lukisan bendera negeri Perak , tapi tak siap siap lagi gara gara mata dah tak larat nak dibuka .

patblasratus minit buat bendera ni . biasalah kan ? masa zaman hingusan dulu rajin lah buat lukisan . hari ni lukis pokok , esok lukis rumah , lepas tu lukis awan pulak . orang lidi tu wajib lah kan ? nak lukis orang lawa lawa masa tu mana reti . sekarang pon agak cacat lagi .

tangan pon sampai kotor macam gini . betapa teruknya budak tak reti melukis kan ? mesti kanak kanak di luar sana akan ketawa terguling guling tengok linda lukis bendera sampai tangan pon kotor . eeeuuu !!

p/s : punya semangat melukis , sampai abaikan cerita hindustan kat tv hari ni .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 18 Ogos 2011

Okayy , Semoga Doa Kau Termakbul

assalamualaikum .

" pergi mampos lah ! "

okayy , nampak ketidaksopanan di situ ye . kanak kanak yang masih agak hingusan sila jangan tiru ayat di atas .

sumpah ! linda sangat tidak menyangka kata kata itu akan tercicir dari mulut beliau . hampir tigaplohnam bulan linda mengenali beliau , akhirnya baru linda tahu budi pekerti beliau yang sebenarnya .

lelaki kan ? kalau pukul perempuan , dikatanya DAYUS *sorry to say lah ehh . tapi pernah tak korang semua terfikir ? kalau lelaki mengeluarkan kata kata yang agak kurang kesopanan dan kesusilaannya , adakah wajar digelar DAYUS juga ?

nota kaki untuk beliau : kau memang tak pukul aku , tapi kau pukul hati aku . di bulan yang mulia ni , aku doakan kata kata "pergi mampos lah" kau tu akan termakbul , sekian :)

akibat terlampau teruja mendengar kata kata beliau , linda pon mula lah menyiapkan diri untuk menjadi mereng seketika . cara ini aje yang dapat meminimumkan tahap stress gila gaban linda ni . *sila rujuk gambar di bawah untuk mereng bersama sama ^ ^'

ini tak tipu punya . berukband dah merajuk dengan linda .

bila nak edit gambar , siap boleh pergi bazar ramadhan . cari lempeng pisang buat juadah berbuka :p

akhirnya , gambar yang ditunggu tunggu pon siap *maaf , saya tak cantik macam awak ;)

p/s : first time linda tangkap gambar macam gitu . tak mengancam langsung ! HAHA


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 17 Ogos 2011

Sumpah , Saya Rindu !

assalamualaikum .

SALAM NUZUL QURAN *tak terlambat lagi kan ?

okayy , pakai penutup hidung dan mulut sebelum baca entri ni . dikhuatiri terkena penyakit bersin non-stop akibat blog ni banyak sawang . biasalah kan , malas nak mengupdate . *merapu dan merapu lagi . ^ ^'

alhamdulillah , dah masuk hari yang ke tujuhblas kita semua berpuasa . so , macam mana puasa korang ? ada perubahan pastinya .. linda pon ada banyak sangat perubahan .

malam lailatul qadar , tak ramai yang dapat . tak ramai jugak yang betul betul mencari . sebab kita tak tahu bila malam itu akan menjelma . yang hanya dapat diramalkan ialah sepuluh malam malam terakhir yang ganjil kan ? kalau tak silap linda lah , sebab dulu ustazah pernah kasikk tahu .

bulan puasa macam gini lah linda teringat kampung . teringat atuk , nenek , arwah tokbak dan arwah tokki . rindu zaman selekeh dulu , selalu dimanja oleh kedua dua atuk dan nenek . mintak apa aje , confirm dapat . atuk atuk dan nenek nenek linda sangat baik hati .

arwah tokbak dan arwah tokki dah lama pergi . sumpah , linda sangat rindukan mereka . pernah sekali , bulan puasa bila entah . linda ternampak arwah berdua datang kat rumah linda . masa tu linda sekolah rendah . masih hingusan dan tak tahu maksud kedatangan arwah . cuma tahu takut dan mengadu kat ibu tersayang .

tapi sekarang , linda nak sangat arwah tokbak dan arwah tokki datang lagi kat rumah linda . rindu sangat dengan arwah berdua . linda nak ziarah kubur arwah berdua sangatlah jauh . hanya doa yang dapat linda sedekahkan .. :'(

p/s : semoga arwah berdua sentiasa tenang di alam sana . AMIN ..


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 9 Ogos 2011

Nak Yang Mana ? Merdeka Ke Raya ?

assalamualaikum .

blog dibiar terkontang kanting seharian akibat pelajar agak cemerlang ini failed Kimia *sungguh tak tahu malu kan ? ^^' okayy , linda redha .

korang dah terlompat riang gumbira ke belum ? mesti ramai kawan kawan blog linda dapat bonus kan ? tak pun parents korang mesti dapat bonus . PM kan bermurah hati nak beramal jariah di bulan Ramadhan ni . :)

linda juga , hampir terkinja kinja dek kerana ayah tersayang dapat RM500 . tak sempat nak habiskan keterkinjaan tu , ibu tercinta tayang bil elektrik depan mata linda .

*pesanan khidmat masyarakat pakcik Google :)

sumpah , tak pernah ! RM400++ bil elektrik bulan ni . sungguh terkejut beruk . mana taknya , linda nak beli baju raya , kasut raya , handbag raya malahan tudung raya pon linda nak beli jugak tapi apa kan daya ? :(

ayah terpaksa guna duit bonus tu untuk bayar bil elektrik . linda tak tahu lah macam mana boleh melambung sampai macam gitu sekali . banyak main facebook sangat ke ?

so , linda taknak raya . linda nak merdeka aje . sebab merdeka takpayah guna duit . cukup dua hengget , beli mercun pop pop *join budak budak kat taman pon okayy jugak kan ?

p/s : kempunan baju raya pink tahun ni . ada sesiapa nak sedekah ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 7 Ogos 2011

Walaupon Baru 1/2K

assalamualaikum .

err , jemu kan asyik baca entri linda je ? hehe , nak buat macam mana . banyak sangat benda nak story hari ni .
maaf , gambar sangat kecik . tak sempat nak membesar . :p

tuan empunya blog Dunia Gadis Itu . blog beliau sangat cantik . menarik perhatian linda . beliau lah follower ke 500 linda . terima kasih awak !!

alhamdulillah , walaupon follower linda baru 1/2k , tapi linda bersyukur sangat . tak sampai setahun linda boleh sampai ke tahap ni .

linda bukan Yuyu Zulaikha , linda bukan Hanis Zalikha , linda juga bukan Ben Ashaari . linda hanya Siti Nurazlinda yang mencari pengalaman hidup melalui blog . pertemuan dengan rakan rakan blogger , sangat mematangkan linda . :)

p/s : target yang seterusnya , nak dapat banyak komen pulak . hehe


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Beramal Di Bulan Ramadhan

assalamualaikum .

walaupon sibuk dengan assignment yang berlambak ni *bajet macam duduk universiti je kan ? , linda sempat lagi nak update blog . tak sanggup tengok blog ni semakin huduhh .

okayy , boleh picit SINI kalau nak masuk group ni

apesal tetibe aje linda promote group ni ? err , takde tujuan pon . cuma saje bermurah hati . selama ni linda ingat takde sape nak join group picisan macam gini .. tapi rupa rupa nya , lain daripada yang linda sangka kan .

hari ni saje , banyak ni yang request nak join group ni . alhamdulillah , thnx lah kepada yang promote group ni tanpa pengetahuan linda .

jangan korang tak tahu ye , Cik Kacak yang comel pon admin Blogger Members .

p/s : mehh join mehh . meriahkan lagi group ni . :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kampung Siapa Paling Jauh ?

assalamualaikum .

selamat berpuasa untuk hari yang keenam . tahniah linda ucapkan untuk diri linda sendiri sebab belum ponteng lagi tahun ni ;) *tak lama lagi confirm ponteng kan ?

okayy , serius . belum sampai seminggu berpuasa , linda dah terfikir pasal balik kampung . OMG ! OMG ! sangat bersemangat . iye lah kan , linda punya kampung jauh bebenor . nun jauh di sempadan sana *bukan sempadan siam ye .

linda duduk kat perak , tapi kampung halaman kat johor . ambil masa tujuhplohpatribunamratus saat untuk sampai sana . hampir tercicir semua tulang linda ni kalau balik kampung . tapi , bila dah sampai , keterujaan nya sangat over ye .

even kat kampung linda jadi macam katak bawah tempurung tapi linda suka sangat balik kampung . lagi lagi time raya . meriah nya sangat lain berbanding dengan kat rumah sendiri . *rindu nak tawaf satu kampung ni

ayah dah bagi lampu hijau balik kampung naik bas atau keretapi . menjadi tanda tanya , berani ke linda balik kampung sendiri ?

p/s : korang ada cara nak hilangkan rasa takut balik kampung sorang sorang ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 4 Ogos 2011

Okayy , Salah Linda Jadi Pandai !

assalamualaikum .

entri yang cukup emotional . sila lipat gandakan ketabahan hati korang ye .

aku rasa rendah diri gila bila duduk sebelah kau , aku nak pindah tempat duduk boleh ?

jawapannya , sangat boleh sayang ! linda tak pernah paksa awak untuk duduk sebelah linda . linda juga tak pernah halang awak untuk pindah tempat lain sekiranya itu yang awak inginkan .

cuma alasan awak sangat menerujakan hati linda . awak memang berhak merasa rendah diri sebab kita memang sama sama rendah * okayy , merapu ! ^^'

linda tak pernah minta dilahirkan dengan kepandaian . linda cuma pandai 957489342 saat aje . selebihnya linda kembali kurang pandai . sama aje macam awak dan mereka .

jangan sisihkan linda hanya kerana linda pandai sikit daripada awak . jangan rasa rendah diri bila awak tengok linda agak pandai daripada awak . linda masih kekurangan ilmu , thats why linda tebalkan muka 16 inci pergi sekolah , mintak ilmu berkilo kilo daripada cikgu .

p/s : kalau linda tak pandai , korang nak sisihkan linda jugak ke ? :'(


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 3 Ogos 2011

Cikgu Cakap , Lelaki Sangat Beruntung . Tahu Kenapa ?

assalamualaikum .

* okayy , juadah yang istimewa hari ini :)

alhamdulillah , sangat bersyukur sebab dah tiga hari kita semua berpuasa . macam macam dugaan kan dalam bulan puasa ni ? nasib baik boleh bertahan .

pagi tadi , cikgu linda cerita pasal bidadari . korang semua mesti tahu kan bidadari tu macam mana ? wanita yang sangat cantik , menanti kaum adam yang beriman di syurga .

cikgu linda cakap , kalau seseorang lelaki itu beriman confirm dapat bidadari . kawan kawan lelaki dalam kelas linda semua tersenyum bahagia aje . berimaginasi dengan diri sendiri , konon konon nya dapat bidadari lah kan ?

bidadari yang paling terkenal , bidadari Ainatul Mardiah * boleh letak nama anak untuk masa depan :p . takkan dapat dibayangkan , betapa cantiknya beliau . tapi , cikgu linda jugak ada cakap .. isteri akan jadik ketua bidadari kalau dia beriman , taat pada perintah suami nya . tetapi akan menjadi orang bawahan bidadari kalau ingkar pada suami .

so, para wanita di luar sana . korang nak jadik bidadari yang macam mana ?

selamat berbuka puasa !

p/s : linda nak jadi bidadari yang sentiasa mengharapkan sinar cahaya daripada sang pujangga . * mudah mudahan , insyaALLAH . :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 1 Ogos 2011

Rasa Sangat Sakit Bila Kehilangan :'( Tolong Memahami Ya

assalamualaikum .

terasa entri ini macam hareemmm !! maaf .

waaaa ~ !!!! :'(

gara gara mengenali hati budi seorang lelaki , linda diceraikan . sangat sadis . kini linda dah jadi janda . rasa terpukul gila . kawan yang sangat linda sayang , ceraikan linda macam gitu aje .

linda sayangkan beliau . sangat sayang . tapi , beliau dah tak sayang linda . okayy , fine . tak tahu nak pujuk macam mana dah .

thanks for being a friend with whom I can , share my troubles , express my happiness and smile always every moment of my life . :'(

p/s : kami bukan less okayy ! cuma saling menyayangi . * itu dulu lah , tak tahu sekarang beliau sayang linda lagi ke tak :(


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Lebih Indah Mengenali Hati Budi Masing Masing

assalamualaikum .

sementara menguji kesabaran di bulan puasa ni , sementara mengembang kempis kan hidung dek kerana masakan ibu tercinta yang terlalu asyik bau nya . linda nak merapu dulu kat sini .

bukan menaip benda yang tak berfaedah . setelah dipersetujui oleh kanak kanak rebina di sekeliling linda , akhirnya tercetus jugak entri sebegini .

sejujurnya , linda tak percaya dengan perkataan couple . atau istilah yang lebih tepat lagi , berpasangan . mungkin kerana masa silam yang banyak mengajar linda erti kematangan sebuah kehidupan . linda lebih fokus terhadap pembelajaran di sekolah * macam budak rajin aje kan ?

couple menjadi trend masa kini . setuju ? if tak setuju pon , linda tak paksa . ni sekadar pendapat linda . kebanyakan mereka sering merasa rendah diri ( bukan pendek macam linda ye ) sebab takde pasangan . ayat yang selalu berkumandang di telinga kecik molek ni ialah :

1 . takde sape nak kat aku , aku bukan cantik pon . *ayat hampeh
2 . seronoknya tengok korang couple , aku teringin tapi takde jodoh . * lagi cam haremm
3 . tak sampai seru lagi kot * konon bajet artis kan ?

sebenarnya , ayat ayat tu jugak linda selalu guna bila linda rasa diri linda tak laku . tapi , bila difikir fikir semula , untuk apa kita rasa rendah diri ? suatu saat nanti kita akan bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah . masing masing akan ada pasangan sendiri . tak perlu berebut kan ?

jadi , mari kita tukarkan istilah couple kepada proses mengenali hati budi . kan lebih indah bunyinya . lebih menarik hati , sampai angau tau ! :p

selamat berbuka puasa semua .

p/s : entri ni dah jadi ceramah cinta . maaf ! ;)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!