You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 30 Oktober 2011

First Contest : Creative Candid With Buddies

assalamualaikum .

sambungan daripada entri INI

tadaa ~ ini lah sesuatu yang linda nak persembahkan kat korang . tiba-tiba gedik nak buat contest kan ? nasib baik ada yang sudi nak jadik partner contest dengan linda .
contest pertama linda dan Shahmin sebenarnya . mula-mula memang terfikir nak buat contest sendiri tapi entah bila kan ? so , dah si Shahmin invite untuk jadik partner , boleh saje .

okayy , mula lah untuk linda membebel macam biasa .

_______________________________________________
tema untuk contest ni ialah korang boleh sesuka hati berposing dengan kawan-kawan korang . yang penting posing lah semaut mana pun . janji kreatif sudah . linda dan Shahmin akan pilih berdasarkan tema ini .

actually takde syarat pun untuk contest ni . sebab kitorang sangat malas nak reka syarat yang menyusahkan korang kan ? cuma korang boleh follow cara-cara untuk join contest ni sebab takut tak faham pulak kan ?

first , korang boleh lah buat satu entri special punyerr yang menandakan korang join contest linda dan Shahmin ni . tak kesah lah tajuk entri tu apa , isi kandungan entri tu macam mana . asalkan ada , sudah :') dan pastikan lah ada gambar yang korang pertaruhkan . kalau tak , macam mana linda dan Shahmin nak pilih pemenang . ye dak ?

lepas dah merepek meraban kat dalam entri tu , link kan entri korang tu sama ada kat blog linda ataupun blog Shahmin . kalau korang jumpa contest ni kat blog linda , letak aje link kat mana-mana tempat yang linda senang nak carik ^ ^

dah buat contest , mesti ada hadiah kan ? linda dan Shahmin masih tergaru-garu kutu kepala nak carik hadiah yang sesuai untuk korang . dalam perancangan macam gini .

pertama : hadiah utama + hadiah misteri
kedua : hadiah utama
ketiga : hadiah utama
saguhati : mungkin ada kot kalau ramai gila yang join .

hadiah tu kita simpan dalam almari dulu . linda dan Shahmin akan struggle untuk carik hadiah yang the best untuk korang . mungkin hadiah utama tu barangan Angry Bird ? dan ada kemungkinan jugak Cik Nazu kita nak sponsor hadiah dari Korea dan Sydney ? hehe , jangan risau . join saje .

sebagai markah bonus , korang boleh lah follow blog linda dan Shahmin untuk memudahkan korang menjejaki kedudukan kitorang berdua . takde paksaan dalam follow mempollow ni . kitorang cuma nak balas jasa korang aje sebab dah banyak sokong kitorang selama ni ;)

tambah lagi markah bonus untuk korang kalau korang terLIKE fanpage linda dan Shahmin .
pun tiada paksaan . siyes , tak paksa pun tau ._.

tarikh tutup untuk contest ni bergantung pada kitorang . bila-bila masa pun kitorang boleh tutup contest ni . taknak lah rush sangat kan ?

okayy , sekian . sudi-sudi lah join ya ! good luck semuanya :')

update terbaru :
tarikh tamat contest ni 20/11/2011 .

p/s : akan diupdate dari semasa ke semasa . jangan risau okayy .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Merancang Sesuatu Buat Kawan-Kawan Blogger

assalamualaikum .

first and foremost , linda nak cakap thanks a lot kat adik Yaya yang lucu , si Kacak yang comel dan miss Ezzattie yang baik hati sebab dah jemput linda join contest mahupun menjawab soalan-soalan cepumas . terima kasih tak terkira . insya-Allah linda akan join kesemuanya ! biar tamak , asalkan terbalas budi diorang menjemput linda ni .
cuma lately , linda agak busy . kalau dulu , busy hal-hal yang berkaitan dengan sekolah . but now , linda busy dengan hal contest . hehe , berangan nak buat contest untuk korang . segmen yang dulu tu pun berapa kerat aje join kan ?

insya-Allah , tak lama lagi linda dan si Shahmin akan buat satu contest untuk semua kawan-kawan blogger kitorang . tujuannya untuk berterima kasih kat korang sebab dah support linda dalam bidang blogging ni . kira sesi membalas jasa lah kan ? =='

contest pasal apa , linda tak boleh kasikk tahu lagi . jeng jeng jeng , suprise ! tapi , insya-Allah semua kawan-kawan blog linda mahupun blog si Shahmin boleh join .

p/s : nanti update lagi , nak makan nasik .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 29 Oktober 2011

Dua Hari Penat Lelah + Happy Birthday Siti Nurazlinda's Official Blog !

assalamualaikum .

and hello all ! ada sesiapa rindu titeww ? titeww tahu titeww perasan . tapi titeww rindu kat you alls tau . HAHA , waterpark betul lah kan ? =='

siyes , rindu kemain kat blog huduhh ni . rindu kemain jugak nak update entri untuk korang . rindu kemain berdoubles jugak nak terbang-terbang kat blog korang *betul , statement wa tak tipu punyerr !

fuhh , jenuh jugak lah kan ? dengan assignment account tak siap-siap . dengan blog menguncikan diri untuk seketika . tambah pulak dengan beberapa manusia abad ini yang tak gheti bahasa bila linda kata linda busy . boleh pulak saat cenggitu nak pancing linda ? ingat I anak ikan ke haa ? ._.

dua hari menghilangkan diri akibat perubahan iklim blog linda . blog linda dah genap satu tahun dua hari tau . Happy Birthday Siti Nurazlinda's Official Blog . *korang wish jugak kat blog linda ni sekarang , tak kira tak kira !! <- nada paksaan ni okayy .
terima kasih untuk korang yang dah banyak support linda selama setahun dua hari linda berblogging ni . halalkan segala ilmu yang korang dah kasikk kat linda untuk linda perbaiki segala kekhilafan linda selama ni . tanpa korang , kawan-kawan blogger linda pasti linda takkan berada di tahap yang agak mengembangkan hidung linda seluas namplohpat sentimeter perbulat . doakan linda terus sukses dalam bidang penulisan ni ya ^ ^

blog linda pun dah berubah sepenuhnya . komentar kalian amat diperlukan.

p/s : lepas ni boleh update banyak-banyak kan ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 26 Oktober 2011

Jangan Pernah Jemu Untuk Jadi Yang Terhebat Di Antara Yang Paling Terhebat

assalamualaikum .

bertemu kita sekali lagi di arena entri yang bertajuk sepanjang jambatan di lorong berliku-liku di taman perumahan linda -,- ayat apakah ini ? berjela-jela panjangnya . saje nak kasikk korang pening langau membacanya .

hentikan itu .

para blogger otai pernah berkata *apehal ayat linda penuh kebungaan ehh ? nak sambung jugak ._. bahawasanya para blogger junior mesti mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kalau nak jadik femes macam blogger otai jugak .

banyak kan peraturan nak jadik blogger yang disegani ? antara yang linda tahu ialah

~ menulis blog dengan disertai niat . sama jugak kalau korang sembahyang kan ? dah confirm kena niat dulu . tapi niatnya mesti lah betul . kalau setakat berblogging untuk tujuan nak mengumpat , mencaci dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya , toksah ada blog lah kan ? walaupun itu blog korang sendiri dan tak suruh linda untuk membayar bil korang yang melambung tinggi tu :')

~ bahasa tulisan korang mesti lah betul dan tepat ejaan nya . jangan lah sampai tersembul bijik mata linda gara-gara nak baca blog korang kan ? gunakan ejaan-ejaan yang telah diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka . kesian budak-budak tahap hingusan kat luar tu , kekeliruan ejaan pulak nanti .

~ semestinya isi blog kita tu menarik tertarik kau memang daboom lah kan ? kalau tidak , manusia abad ini pun boleh tersengguk-sengguk depan lappy gara-gara baca isi entri korang yang agak kureng gempak . seelok-eloknya korang tulis lah isu-isu semasa ke , cerita-cerita yang boleh dijadikkan pengajaran ke takpun korang kencing aje lah cerita-cerita dari mana-mana pun . asalkan best dan boleh buat orang yang membaca itu terngigau-ngigau dengan entri korang *linda pun belum lulus lagi bab yang ni =='

~ yang ni lagi penting . perlu amat untuk korang update blog korang sekerap yang mungkin . tapi update tu biar lah beragak kan ? jangan lah sampai doploh entri sekelepuk satu hari . nanti , kekurangan idea untuk hari yang akan datang . baru nak menyesal . dan awas , jangan gila trafik tau . korang update blog setiap hari dengan harapan pengunjung blog korang akan super duper improve . oh , itu sangat annoying okayy .

cukup , kalau nak lagi korang boleh lah search sendiri lah ya kat Pakcik Google . beliau amat bermurah hati untuk kongsikan semua tips-tips terhebat abad ini .

*berusaha untuk terbang walaupun takkan dapat terbang sendiri ;)

seriously , linda pun belum hebat dalam kehidupan alam maya ni . realitinya , linda masih belajar daripada segala kesilapan masa lalu . kalau korang tak percaya , betapa banyaknya improvement yang linda dah buat sepanjang linda berblogging ni .

p/s : yang penting , sila jangan berputus asa kalau nak berjaya dalam dunia yang mencabar ini . sekian :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Mimpi Apakah Ini ?

assalamualaikum .

busy , busy dan busy-body . itu aje yang linda dapat ungkapkan ketika dan saat ini . sampai tak sempat nak wish Happy Deepavali kat dalam blog huduhh ni kan ? *perlu ke ? ._.

tidur pun tak sempat , boleh pulak mimpi ehh ? mestilah , ini kan cerita linda and her wonderland . suka hati linda lah kan nak mimpi tanpa tidur ke tak -,-' *ni lagi sesuka hati seenak rasa kan ? sila abaikan .

gatai jari nak update je sebenarnya . niat di hati nak tayang follower linda yang dah sampai enam ratus . orang lain follower beriban tak kecoh pun kan ? linda lain lah , blogger baru nak up . hikhik .

tadaaa ! ini lah tuan blog punya rupa .

picit SINI untuk ke blog beliau :')

wahh . terima kasih sangat-sangat sebab kasikk linda mimpi indah hari ni . guling-guling atas kerusi ni hampir patblas ratus kali dah . nasib baik lah linda ni kurus orangnya . kalau tak confirm tamatlah riwayat kerusi empuk ni haa .

air jari masin yang ikhlas daripada linda ^^'

p/s : ada cadangan hadiah yang menarik untuk Cik Myza ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 24 Oktober 2011

Rasa Seram Tiba-Tiba

assalamualaikum .

jantung berdegup kencang menandakan ribut keseraman berlaku pada diri linda saat ini di bawah suhu negatif patblas . tutup muka dengan bantal cepat-cepat untuk menghilangkan keseraman itu -,-' * takde kena mengena dengan malam jumaat okayy .

esok , linda akan pergi berjumpa dengan doktor . ya , doktor gigi . kenapa seram ? hehe , saje buat gempak lah . sesekali nak jugak perasan buat entri syok sendiri kan ?

okayy-okayy , sebenarnya memang esok pagi linda nak pergi dating dengan doktor gigi kat klinik ortodontik tu . ehh , bukan laki orang tau . tapi bini orang sebab doktor tu perempuan

* maaf , ini bukan gigi linda =p

serius , tiba-tiba rasa tak sedap hati aje nak pergi esok . selalu cool aje , tak ngeri pun bila jumpa beliau . malam ni , punya laju jantung dup dap dup dap . adoi , apakah ini ? ._.

p/s : dah tiga tahun lapan bulan doplohpat hari linda pakai gigi besi tau . doakan lah gigi besi ni cepat dicabut :')


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 23 Oktober 2011

Segmen Pun Dah Habis

assalamualaikum .

bersedia untuk membaca entri yang terpanjang abad ini :)

senyap sunyi dari dunia blog akibat mencari pemenang untuk Segmen Sepupu Yang Paling Saya Sayang . kemain susah nak cari pemenangnya . yelah kan , walaupun hanya lima manusia blogger yang join tapi agak susah untuk mencari yang terbaik ._.

terima kasih lah linda ucapkan kepada kelima-lima kawan blogger linda ni haa .. thanks sebab support kerjaya linda dalam bidang berblogging ni *cehh , ayat poyo . sila abaikan =p


semua yang join segmen linda ni dah buat entri yang paling terBAEKK !! linda suka baca semua entri yang korang buat . tapi macam biasa lah , adat sesuatu permainan kan ? mesti ada yang paling terbaik dalam kalangan yang terbaik kan ?

okayy , tanpa membuang saat dan minit yang ada ketika ini .. tanpa membuang secubit tenaga korang untuk baca entri ni panjang lebarnya .. linda akan mengumumkan pemenang untuk segmen linda ni . pemenangnya ialah .... jeng jeng jeng !

lima saat dari sekarang :)




5






4





3




2




1




teeettt !! Pemenangnya akan diumumkan TAHUN HADAPAN ^ ^''

hehe , takdelah . linda main-main saje . okayy-okayy . linda pilih ....

CIK MYZA

mesti bersebab kan , kenapa linda pilih Cik Myza sebagai pemenang segmen sulung linda ni ?
___________________________________________________

untuk pengetahuan korang , Cik Myza menepati kesemua syarat simple as pimple yang linda tetapkan tu . ini syarat-syarat nya .

1 . korang disunatkan untuk follow blog huduh linda ni dan like fanpage linda diSINI . taknak follow ? taknak like ? its okayy , linda buat segmen ni untuk suka-suka saje :)
2 . kalau nak join , mestilah kena buat entri kan ? sila lah buat entri se-kreatif yang mungkin untuk tatapan bijik mata linda .
3. then , korang boleh lah copy banner segera linda kat atas tu dan letakkan dalam entri korang .
4 . bila dah siap semua entri kreatif korang tu , boleh lah link kan ke kotak komen entri linda ni ya !

markah bonus jugak diberi kepada Cik Myza kerana membuat hati linda tertarik dengan ayat-ayat speaking london beliau . mana taknya , linda yang agak bengong dalam bahasa inggeris ni pun terpaksa mencari maksud-maksud perkataan yang linda tak faham kat dalam kamus . kena jihad lebih ni untuk cari pemenang .

yang paling terharu , Cik Myza siap buat pesanan khidmat masyarakat lagi tu untuk linda . meleleh hingus linda membaca nya . daripada pesanan itu lah linda memperbaiki diri linda untuk menjadi seorang blogger yang lebih baik dan hebat untuk masa akan datang -,-

*simpan quote Cik Myza untuk ditayangkan kepada cucu cicit nanti :)
___________________________________________________

so , congrats to Cik Myza . linda takde hadiah untuk diberi kepada pemenang . macam yang linda cakap dulu tu , linda akan review blog pemenang setiap minggu selama sebulan . kalau linda tak busy , insya-Allah linda akan review setiap hari sesudah linda mengupdate entri terbaru untuk blog huduhh linda ni . tapi kalau linda ada jumpa something yang sesuai untuk diberi kepada Cik Myza , linda akan mintak alamat dan pos laju terus hadiah tu okayy :)

untuk keempat-empat kawan blogger linda yang lain tu , terima kasih sangat-sangat sebab korang sudi melenguhkan jari korang untuk join segmen picisan linda ni . walaupun baru lima orang aje yang join , tapi linda rasa sangat dihargai . terima kasih kerana korang sokong linda selama ni .



p/s : maaf jika hari ni linda agak typo ya . faham-faham lah kalau ada yang tersalah eja tu
^ ^'


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 20 Oktober 2011

Airmata Hari Ini

assalamualaikum .

pagi tadi linda hanya sempat mengupdate status di Facebook seperti hari-hari yang sebelumnya . walaupun bangun seawal 3.35 pagi seperti yang linda katakan di entri INI , tak sempat nak update blog huduhh ni banyak-banyak sangat . iyelah kan , nak study untuk paper agama kononnya . last-last macam biasa , buku yang baca linda .

actually linda pun tak tahu kenapa linda boleh update status di Facebook macam gini . nampak macam suatu penghinaan bagi seorang lelaki . iyelah , lelaki memang payah nak keluarkan airmata . ye dak ?

serius , linda belum pernah tengok mana-mana lelaki keluarkan airmata depan linda . setakat ni yang linda nampak , adik linda aje lah . beliau pernah menangis gara-gara seorang perempuan . adoi , remaja abad ini ._.

cuba korang fikir , kalau robot pun manusia boleh cipta untuk menangis , apa lagi manusia itu sendiri yang membuat diri mereka menangis ? korang cabar lah linda untuk menangis , tak sampai satu minit doploh saat linda akan mengalirkan airmata .

see , betapa banyak airmata palsu yang linda boleh keluarkan ? linda yakin , korang mesti boleh juga :')

p/s : ada sesiapa nak buat pertandingan mengeluarkan airmata terpantas ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Segmen : Sepupu Yang Paling Saya Sayang

ENTRI MELEKAT ! Sila scroll ke bawah untuk entri seterusnya :)

assalamualaikum .

wahh ~ hari ni linda menggedik pulak nak buat segmen . adoi , dah bajet femes dah ni . maaf ya kawan-kawan !

linda takde niat langsung sebenarnya nak buat segmen basi ni . linda juga tak pasang target untuk jadi femes gara-gara segmen ini . hanya sekadar untuk berkongsi perkara yang linda fikirkan . tak salah kan ? ;)

so , hari ni secara rasminya linda nak sangat sangat buat segmen .

maaf lagi , banner segmen linda ialah banner segera :)

so , macam biasa lah . bila buat segmen , linda kena kasikk syarat . jangan risau ya kawan-kawan . syarat linda simple as a pimple =p

syarat-syaratnya ialah :
1 . korang disunatkan untuk follow blog huduh linda ni dan like fanpage linda di SINI . taknak follow ? taknak like ? its okayy , linda buat segmen ni untuk suka-suka saje :)
2 . kalau nak join , mestilah kena buat entri kan ? sila lah buat entri se-kreatif yang mungkin untuk tatapan bijik mata linda .
3. then , korang boleh lah copy banner segera linda kat atas tu dan letakkan dalam entri korang .
4 . bila dah siap semua entri kreatif korang tu , boleh lah link kan ke kotak komen entri linda ni ya !

linda belum mampu nak kasikk hadiah hebat-hebat macam para blogger lain . cuma linda boleh review blog korang setiap minggu . kalau linda tak busy pulak , setiap hari linda akan review blog yang menghasilkan entri paling kreatif pasal sepupu mereka . mudah kan ?

tapi sebelum tu , linda pun nak segmen kan si sepupu kesayangan linda . mehh baca !
___________________________________________________

okayy , ini dia sepupu kesayangan linda ! sila jangan tergoda ya . beliau sudah berpunya .

abang kacak di atas ini ada nama yang comel iaitu Baby . jangan sangka beliau hanya kacak ya , malah comel juga . dan Baby itu bukan nama lagu Justin Bieber . hanya sekadar nama gedik-gedik santai sejak terkeluar dari perut si ibu . konon-kononnya beliau lah anak bongsu kan ? perasan ! =p

nama sebenar beliau ialah Muhammad Farizzuddin bin Abd Mutalib . boleh lah kalau korang nak panggil abang Fariz ke but not abang Baby okayy . geli wehh ! ^ ^'

kenapa linda sayang sangat kat beliau ? sebab beliau kacak ? teeettt ~ semestinya ! sebab beliau comel ? teeettt ~ juga semestinya !

actually , beliau menjadi sepupu kesayangan linda sebab beliau sama umur dengan linda walaupun linda lagi tua sikit aje dari beliau . okayy , linda bukan tak ada sepupu perempuan untuk disayangi , cuma bila dah duduk jauh dari kampung halaman tercinta maka tak kenal lah para sepupu yang lain . hanya si Baby ini aje yang linda sangat rapat .

Baby juga sangat cool dan gila-gila penyu ! otak beliau bergeliga bila nak mengerjakan orang . itu sebahagian daripada hobi beliau mungkin .

si Baby ni pantang nampak DSLR atau kamera murahan . mula lah nak buat menyerlahkan muka comel beliau di khalayak ramai . beliau jugak pantang nampak gadget . sua aje lah gadget macam mana rupa bentuk nya pun , tak tolak dah !

ucapan tangkap leleh untuk sepupu tersayang :
Baby , aku nak kau tahu yang kau lah sepupu the best in the world ! hubungan kau dan aku memang terjadi atas ikatan persaudaraan . aku harap kita takkan lost contact tau , sebab nanti susah lah aku nak datang rumah untuk makan nasi minyak kan ? sila lah kau belajar rajin-rajin untuk capai cita-cita kau yang sekejap nak jadik angkasawan , doktor , model , pelakon even penyanyi walaupun suara kau semerdu suara katak kat kampung kita ~ sekian =p
_________________________________________________

itu ialah contoh entri ikhlas dari hati linda . sila jangan copy entri tu tau . linda tahu korang lagi kreatif daripada linda . mesti korang boleh buat entri lagi power kan ?

yang sudah join tu , terima kasih daun keladi :')

p/s : good luck kepada sesiapa yang join tu ! jangan lupa untuk buat entri se-kreatif mungkin ya :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jam Tipu Manusia !

assalamualaikum .

tetibe saje linda muncul pagi-pagi buta tatkala manusia alam sedang lena diulit pelbagai mimpi . haisshh , sungguh tak ku suka bila kena bangun seawal ini . ayam kat belakang rumah pun tengah berdengkur lagi ^ ^'

ni semua gara-gara henset adik linda yang bengong ! ohh , boleh pulak beliau set jam seawal pagi macam gini . tapi yang peliknya henset beliau menunjukkan pukul 5.35 pagi . sedangkan waktu yang sebenar ialah 3.35 pagi . kemain awal beliau nak bangun pagi sampai sanggup tukar waktu jam tu .

*teringin nak baling henset beliau ke dalam lubang jamban sampai jahanam -,-

kalau beliau tidur style ayam tidur tertonggeng , takpelah kan . bila jam bunyi , terus dengar dan bangun . ini linda dulu yang bangun . punya semangat siap pergi mandi ! ._.

ada hikmah jugak kan bila bangun awal-awal pagi ni . linda pun belum sempat study untuk paper agama hari ni .

p/s : pagi yang indah dan tenang :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 18 Oktober 2011

Asal Tengok Aje , Jahat !

assalamualaikum .

sungguh malas nak baca buku hari ni . mengalahkan budak PMR pulak kan ? tak sedar yang diri ini masih menduduki peperiksaan akhir tahun ._. inilah yang terjadi saat penyakit malas kembali menyerang linda . oh , sungguh memenatkan !

rutin harian , tengok cerita indon . kemain banyak cerita indon kat tv sekarang ni kan ? dah sama banyak jugak dengan cerita hantu . sampaikan hantu kat dalam tv tu pun dah naik takut nak tengok muka linda ni haa *okayy , linda tipu .

dah lah hari ni malas nak baca buku yang boleh menyebabkan linda tidur tak sedarkan diri iaitu Sejarah . kononnya nak tengok tv untuk hilangkan penyakit kemalasan ni . tapi bila linda carik cerita best sikit , mesti ada adegan jahat ! haisshh , perlu ke ?

macam mana lah manusia abad ini tak jadik jahat ? culik sana , rogol sini , bunuh situ .. macam-macam jenayah yang ada kan ? mudah sangat cerita macam gini ditayangkan .

p/s : hari ni semua serba tak kena ^^' maaf .




Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 16 Oktober 2011

Orang Tua-Tua Yang Kata Mimpi Mainan Tidur

assalamualaikum .

lately , linda sangat malas nak update blog huduhh ni . bukan sebab takde semangat nak menaip . tapi kotak idea linda kering kontang akibat cuaca yang sangat tak menentu akhir abad ini .

ditambah pulak dengan kemain busy linda sejak final exam ni . banyak gila buku nak kena baca , sampaikan tiap-tiap hari buku itu yang baca linda ._. *budak sekolah memang macam gitu .

elok lah linda pendek kan cerita kan , nanti lebih-lebih melalut meluat pulak korang nak baca . ye dak ?

biasa kita dengar , bila mimpi menjelma semuanya dikatakan mainan tidur . okayy , linda kureng setuju lah dengan pendapat sesetengah manusia alam tu .

lets say lah kan , korang mimpi orang yang paling korang sayang mati atau bahasa kesopanan dan kesusilaannya ialah meninggal . korang mesti rasa sedih kan dengan mimpi tu ? dibuatnya pulak , ibu atau ayah korang yang jadik watak utama dalam mimpi korang . tak ke haru lagi biru jadi nya ?

p/s : mimpi apa lagi yang boleh jadik kenyataan ?

Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 13 Oktober 2011

Facebook Menjadi Sesuatu Yang Mengerikan ?

assalamualaikum .

memang tak sedar diri sungguh linda ni kan ? soalan chemistry paper 3 tadi punya lah susah pun , tak reti-reti nak bukak buku untuk study paper 1 dan 2 esok ._. sempat lagi mengupdate blog huduhh ni .

actually linda tak tahu kenapa . kemain melonjak-lonjak nafsu serakah nak membebel kat blog ni . walaupun kadang-kadang apa yang linda tulis tu tak penting langsung untuk santapan bijik mata korang kan ?

nowadays , Facebook menjadi sesuatu yang menakutkan bagi linda . mungkin bagi korang juga . entah kenapa , semakin banyak gejala-gejala kurang sopan abad ini sering didedahkan di Facebook . trend masa kini kot ^ ^'

isu hack Facebook orang , antara isu yang paling meletop lah kat sekolah linda . hari ni Facebook si Melah kena hack . esok Facebook si Dolah kena hack pulak . lusa tengok si Jenab pulak menangis terguling-guling mintak simpati gara-gara Facebook beliau kena hack juga .

pusing sekolah doplohnam kali pun , isu Facebook kena hack ni takkan habis . seronok bebenor bila dapat hack Facebook orang kan ? iyelah , sekurang-kurangnya dendam kesumat yang membara dalam hati tu terbalas jugak . ye dak ?

sebenarnya linda pun sangat takut kalau isu hack Facebook ni jadik kat Facebook linda . mana nak tahu kan , ada manusia abad ini dengki dengan linda . tak semua orang suka kita , kan ?

p/s : bila dah kena hack , ada cara ke nak betulkan semuanya ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 10 Oktober 2011

Kita Pernah Berkongsi Lelaki Yang Sama , Tentulah Saya Faham Awak

assalamualaikum .

kemain over tajuk entri linda hari ni kan ? biasalah , bila lagi dapat buat entri macam gini . ye dak ? ._.

"susah bebenor aku nak lupakan dia . aku dah cuba , tapi tetap tak boleh . aku still sayang dia . dia pakai guna-guna ehh kat aku sampai aku tak boleh lupakan dia ? kenangan-kenangan dia semua ada dalam hati aku ."

lebih kurang macam gini lah yang awak cakap pada linda tadi kan ? okayy , mehh linda nak kasikk tahu sesuatu pasal isu semasa ni .

sebenarnya , lumrah manusia alam abad ini . lepas putus cinta , mesti kita susah nak lupakan si dia kan ? don't make your feeling so trouble lah dear . kita go on with our feeling slowly , and I'm sure you can forget him one day .

linda sangat faham perasaan awak . as I said , kita pernah berkongsi lelaki yang sama . kita masing-masing faham behave sang lelaki itu kan ? so , takpayah susah-susahkan diri awak untuk fikir sang lelaki itu kerana diri awak lebih bermakna untuk difikirkan ^_^

linda pun tak pernah terfikir untuk kembali dengan sang lelaki itu kerana linda sangat menghargai diri linda . kalau sang lelaki itu bukan yang terbaik untuk kita , mungkin yang lebih baik untuk perempuan lain kan ?

kan suweett bila macam gini ^ ^' *gatal !

p/s : linda tahu awak akan baca entri linda . be strong girl , don't toy your feeling just because a boy :) <-- Ustazah Pilihan

Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 8 Oktober 2011

Susahlah Kalau Ramai Sangat Yang Dengki

assalamualaikum .

maaf maaf maaf ! dah lama sangat kan linda tak update apa-apa ? tinggalkan blog huduhh ni macam gitu aje . dah lah buat segmen bagai kan ! sorry sangat ..

actually , bukan senang-senang aje linda nak biarkan blog huduhh ni jadik yatim kematu walaupun seketika . tapi disebabkan final exam yang akan menjelma minggu depan , linda terpaksa biarkan blog linda ni *bajet macam retis kan ? ;)

asyik-asyik entri tak puas hati kan ? lama-lama mesti ada yang bosan bila baca blog linda ni .

''apa kelaaasss kau buat entri style budak hingusan ? ada ke orang nak baca blog kau tu ?"

okayy fine . tak dinafikan , linda suka sangat buat entri yang tak menarik perhatian orang untuk baca kan . tapi at least linda try the best untuk kasikk pembaca-pembaca blog linda yang tegar untuk menikmati hasil penulisan linda . linda bukannya Ayyatul Husna dalam cerita indon Ketika Cinta Bertasbih tu yang suka menulis novel . takde bakat nak tulis ayat berangkai-rangkai ni *pengaruh TV lagi kan ? ^ ^'

cita-cita linda nak jadi akauntan , bukan artis blog . jauh kan perbezaannya ? artis blog takpayah keluarkan modal yang banyak . cuma genius dalam bidang penulisan , buat ayat grand-grand , bayar bil berukband yang sentiasa macam siput sedut tu dan bil elektik yang sememangnya melambung tinggi .

*usaha tangga kejayaan kan ?

tapi linda , nak jadi akauntan . kena belajar berbelas-belas tahun untuk capai semua tu . kena perah otak , hafal sifir , formula berjela-jela .. susah kan ? so , linda rasa tak perlu lah asyik nak dengki aje . linda manusia biasa saje . takde apa-apa yang hebat pun .

p/s : wish me luck for the final exam ! :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 2 Oktober 2011

Ada Jugak Manusia Alam Yang Cari 'Linda Gatal' Dalam Blog Ni

assalamualaikum .

ini bukan entri kontroversi sehebat Cik Maizurin kita ya . linda takde bakat untuk buat entri sehebat beliau . kagum dengan idea-idea yang melompat-lompat keluar dari kotak minda beliau :)

ini cuma entri realiti yang linda tak sengaja nak buat tatkala membelek Encik Nuffnang linda . dengan nama blog yang tak bertukar-tukar sekian lama , linda pun dengan bangga nya mencari keywords untuk hari ini .

klik SINI untuk tumbesaran yang maksima .

ada nampak tak keywords 'lindagatal' dalam gambar tu ? okayy , copp !! nak kasik soalan cepumas untuk korang . korang rasa , linda segatal itu ke ?

sampaikan perlu mencari keywords sedemikian . amboi , linda gatal pun linda masih boleh garu sendiri lah . tak perlu lah sampai nak kena cari kegatalan linda dan tolong garukan ^ ^'

dah , daripada baca panjang-panjang baik korang join segmen linda *sempat lagi promote kan ? ;)

p/s : lepas ni tolonglah cari keywords yang lebih sopan .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Baguslah Bila Nuffnang Buat Macam Gini

assalamualaikum .

printscreen dari Encik Nuffnang :)

agak lama jugak lah kan linda tak story pasal Encik Nuffnang ni . patutlah beliau merajuk taknak kasikk linda BE lagi .

actually , linda suka cara pihak Encik Nuffnang ni mempromosikan blog seseorang . setiap bulan ada aje blog baru yang ditempek di halaman utama Encik Nuffnang .

dengan cara ni lah kita dapat mengenali blog seseorang kan ? lebih-lebih lagi blog yang dipilih oleh Encik Nuffnang ni bukan calang-calang orang tau . para blogger yang sangat berbakat juga :)

nak tunggu linda punya blog masuk kat laman utama Encik Nuffnang ni , entah bila lah kan ?

p.s : boleh tak korang beramah mesra sikit dengan Encik Nuffnang linda yang ada kat dalam blog huduh ni ?
p.s.s : siapa lagi yang nak mengikuti jejak langkah Cik Myza yang dah join segmen linda ?

Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 1 Oktober 2011

Saya Buat Muka Singa , Bukan Bermakna Saya Sombong

assalamualaikum .

ni lah jadi ehh , bila tidur awal sangat . mula lah pagi-pagi buta nak terjaga . tapi bagus jugak , boleh tolong jaga rumah kan ? ;)

kalau rasa ter-RABUN seketika , mehh picit SINI .

amboi soalan ! sangat cepumas kan ? terima kasih lah linda ucapkan kepada Zulhelmi Mohd Isa atas soalan itu yang sudah sekian lama ditanya . maaf juga kerana baru sekarang linda nak balas . iyelah kan , actually linda tak teringat langsung yang linda ada Formspring . teruk kan ?

mehh linda nak tolong jawab soalan beliau ni .

sebenarnya linda takkan buat 'muka singa' tu tanpa sebab . mungkin tekaan Zulhelmi ni agak betul . iyelah kan , bila kita stress ada ke kita tersengeh-sengeh macam kerang busuk ? takde kan ? so , muncul lah 'muka singa' yang tak sengaja terkeluar dari memek muka ni .

dan linda pernah juga terdengar , yang mereka-mereka yang tak suka linda di luar sana kata muka linda macam singa nak makan orang . sombong sangat ! nak senyum pun susah .

okayy , actually linda tak pernah sombong dengan sesiapa . cuma kadang-kadang itu lumrah manusia kan ? dengan orang yang kita tak kenal , kita tak berapa nak senyum sangat . kang bila senyum , dikata gila sebab senyum sorang-sorang .

sesiapa yang kenal linda , sangat tahu yang linda tak sombong . linda akan sombong ikut keadaan . dah nama pun perempuan kan ? mesti lah kena sombong sikit . takkan nak buat lelongan senyuman pulak ^ ^'

p/s : nak tanya apa-apa soalan cepumas lagi ? boleh tanya kat Formspring linda . dialu-alukan ya ! :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!