You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Rabu, 30 November 2011

Untunglah Muzium Tu Kan?

assalamualaikum.

gigih siapkan assignment BM untuk ujian lisan tahun depan, sampai takde masa langsung nak ngadap tv. tak sangka rupanya budak yang perasan kecikk sepanjang masa ni bakal ambek SPM tahun depan. adakah beliau bersedia? tunggu dan lihat saje :')
walaupun sibuk kemain, dapat jugak jeling-jeling kat tv tu 0.0067 saat sebab ada benda yang menarik perhatian linda. ya, ibu tengok Gala TV kat astro! alaa, berita gosip-gosip tu. wahh ~ ibu linda pun minat gosip artis tau. beliau tahu anak beliau takkan masuk punya dalam Gala TV tu =.=' okayy, cukup.

sebenarnya linda terkejut tengok berita pasal baju pengantin Memey. berjuta juta juta! err, hari tu beliau jemput linda pergi majlis sanding beliau tapi linda tak sempat nak pergi. biasalah, student kan? busy mengalahkan artis *abaikan frasa-frasa yang keterlaluan itu ya =p

sebab tu agak terkejut bila dapat tahu baju pengantin beliau dan artis-artis lain diwakafkan ehh, dipamerkan sebenarnya. hehe, untung muzium tu kan dapat pakai baju-baju mahal. kalau kartun doraemon ada kat sebelah linda sekarang ni, linda nak beliau tukarkan linda jadik muzium tu. ngee ~ mesti best! macam strawberi disaluti cokelat rasanya :D

mula lah linda berangan nak kahwin ni. aiyakk! >,<

p/s : juta juta juta tukar kepada makan makan makan. mesti best kan ? hehe


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 27 November 2011

Rosak Azam Tahun Baru

assalamualaikum.

selamat datang 1433H ! semoga tahun baru ni akan membawa beribu-ribu keberkatan kepada semua umat Islam di seluruh dunia :')

mesti korang ada azam baru kan? ada jugak yang tak tukar azam sebab azam tahun lepas pun tak tercapai lagi. apa-apa pun azam korang, yang penting pastikan ia terlaksana dengan sempurna. kalau tak, korang tetap akan jadik manusia abad ini yang agak annoying pada pandangan orang =p

azam linda tahun ni, taknak marah. kalau boleh nak senyum aje doplohpat jam. umur dah semakin meningkat ni, kena senyum selalu. kalau tak, tua sebelum usia lah. muka jadik macam tar jalan. aiyoo ~ belum ready ke arah itu =.='

dah dua hari tak online Facebook, boleh lah bergumbira seketika. harap-harap dapat cabutan bertuah ke, putera katak masuk meminang ke. tapi, hampeh. buat linda sakit hati giloss! serius, mula-mula tu hampir terkinja-kinja sebab notification 100++ . bangga lah sebab linda terasa jadik retis. ehh, orang hot aje tau notification banyak-banyak ni -,-

rupa-rupanya, notification linda hanya penuh dengan benda ni aje.

ni baru sikit, ada panjang lagi benda macam gini.

wahai Cik Putry Nadyrah, terima kasih lah awak like semua wall post linda. linda tak kenal awak, tapi awak bermurah hati nak like semuanya. baguihh awak ni naa. lain kali, awak tolong promote semua wall post linda kat kawan-kawan awak pulak ye. biar notification linda 5000++ pulak. kasikk linda kembang hidung besar-besar tau. dapat linda jadik retis bajet hot. boleh tulis kat status linda yang linda jadik retis. nak suruh semua orang like lagi status linda. oraitt, linda sayang awak ketat-ketat giloss! -..-

kebanyakan kawan-kawan Facebook linda semua gila menglike status. tapi takde lah sampai penuhkan notification linda sampai macam gini. dah notification yang lain linda tak dapat baca. terpaksa lah check satu persatu. dengan berukband yang masih demam labi-labi ni. aiyoo!

p/s : apa-apa pun senyum aje :D


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 24 November 2011

Banyak Jugak Yang Tak Laku

assalamualaikum.

sengaja linda tinggalkan blog ni dalam keadaan yatim kematu. fed up dengan berukband, nak loading blog pun kena tunggu hampir sejam. kesian korang kena repeat entri kepamm linda tu setiap hari -.-'

nak buat homework, aiyoo ~ tersangatlah malas. macam ni lah tabiat pelajar cemerlang PMR 2010. walaupun 8A tu dah cukup membuatkan linda riak lagi takbur, perangai malas tu tetap terpahat dalam sanubari.

*budak perasan hot hari ni meroyan nak posing!

okayy, cukup hiperbola untuk hari ini :')

kalau bab menggodek blog orang, linda memang rajin. itupun kalau berukband ni doplohpat jam laju kan? tapi bila bab nak menggodek blog sendiri, alahai T_T malas bebenor. tapi disebabkan linda lagi malas nak buat homework, maka secara rasminya linda pun memulakan sesi menggodek entri-entri lepas.

start dengan bulan November 2011, alhamdulillah. semuanya macam pisang panas! ada aje komen dari korang yang linda terima. seronok dapat approve comments hari-hari =p

sampai pulak kat bulan Oktober 2011, linda jumpa satu entri tak laku. entri ni linda cerita pasal Encik Nuffnang yang baik hati :D kesian Encik Nuffnang sebab korang tak jadikkan beliau femes seketika dalam blog linda ni.

tengoklah SINI, jom lah tengok SINI. please, tengok kejap kat SINI *dah buat muka mintak kaki ni =.='

perancangan linda lepas ni, insya-Allah nak carik balik entri tak laku linda tu. nak buat Big Entry Sale untuk korang. siapa yang tak suka sale hujung-hujung tahun macam gini kan? *sale entri ada orang nak beli ke?

p/s : siapa nak belanja linda shopping? >,<


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 22 November 2011

Boleh Mati Kalau Macam Ni !

assalamualaikum .

niat di hati suci lagi murni nak blogwalking hari-hari tanpa henti gara-gara sekolah pun cuti kan ? tapi , berukband buat hal lagi . so terpaksa lah membiarkan blog ni usang berdebu sepi . aiyoo , ayat sastera lagi ==' gambar langsung takde , korang pun tak perlu menunggu lama untuk entri kali ni .

sebelum tu , mehh nak kasikk korang lep lep ni tetibe jadik murah hati .

ngee ~ tahniah pasukan Bola Sepak Malaysia sebab berjaya buatkan hampir semua rakyat Malaysia jadik bisu seketika hari ni . nasib baik linda tengok perlawanan semalam sambil tutup mulut . kalau tidak , confirm bergegar rumah =p tahniah Harimau Malaya sebab dah buktikan kepada semua manusia abad ini yang korang memang terbaik ! *kemain excited taip ayat ni .

sebenarnya isu bola sepak bukan lah topik yang linda nak gembar-gembur kan *betul ke bahasa ni ? tapi , isu pisau . ya , pisau ! korang kenal kan pisau tu ? alaa , yang mak-mak kita selalu guna bila nak siang ikan , sembelih ayam , potong jari . ehh , potong jari tu linda yang selalu buat -,-

serius , linda pun tak tahu lah kenapa setiap kali linda pegang pisau confirm pisau tu akan carik jari linda . kalau setakat acah-acah aje takpe lah kan ? ini kena betul-betul . aiyoo , lama-lama boleh botak jari . kurang saham nak kahwin nanti >,<

menaip entri untuk korang hari ni pun guna sebelah tangan aje . tak tahu bila pulak nak buat homework yang bersepah-sepah tu . assignment pun bertimbun-timbun ni *asyik mengeluh aje kan ?

p/s : ada tak manusia abad ini nak cipta pisau yang tak carik jari ? ^^'


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 20 November 2011

Creative Candid With Buddies : Keputusan Akhir

assalamualaikum .

kepala bergelek sakan bukan penghalang untuk linda umumkan pemenang bagi Contest Creative Candid With Buddies . alhamdulillah , setelah hampir sebulan contest ni dijalankan oleh Encik Shahmin dan linda akhirnya dapat jugak kita tengok siapa yang bakal menggondol hadiah-hadiah berikut .

tempat pertama : Byla Pearl
yang netbook kat belakang tu sekadar hiasan ya . kalau nak jugak yang tu , boleh buat muka sposen kat tuan punya netbook tu =p untuk hadiah misteri yang dijanjikan , mungkin lambat sikit sebab Cik Nazu nak sponsor hadiah katanya . insya-Allah , kami akan cuba contact Cik Nazu ya .

tempat kedua : Nurashikin Jasni

tempat ketiga : Cik Misi

dan disebabkan penyertaan melebihi lima puluh peserta , maka Encik Shahmin yang pemurah pun bersetuju untuk kasikk hadiah saguhati untuk pemenang yang terpilih *baikkan beliau :D

saguhati 1 : Cha
saguhati 2 : Tira
saguhati 3 : Cik Nona

ini lah tiga hadiah saguhati tu ^^

tahniah kepada para pemenang ! linda nak ucapkan jutaan terima kasih sebab korang sudi join contest CCWB anjuran Encik Shahmin dan linda . alhamdulillah , first contest kami sangat mendapat sambutan daripada rakan-rakan blogger . kepada yang kurang bernasib baik , insya-Allah linda akan cuba untuk buat contest lagi pada masa akan datang . kena lah simpan duit untuk bajet 2012 pulak :p terima kasih sangat-sangat !

untuk para pemenang , sila email kan alamat korang kat email linda atau Encik Shahmin ya .
  • shahmin28@gmail.com
  • lindabaik04@gmail.com
haa , Encik Shahmin punya entri lagi daaboomm ! beliau ada terangkan bagaimana pemenang-pemenang dipilih . takde lah korang tertanya-tanya kan ? nak tahu , sila ke SINI

p/s : doakan Encik Shahmin success dalam SPM beliau . sempat lagi beliau buat contest untuk korang walaupun beliau nak SPM >,<


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Mengundang Kontroversi

assalamualaikum .

pagi-pagi lagi dah update . aiyoo , perut berdangdut tak dipedulikan lagi . sepatutnya perut kacak ni dah melantak satu keping roti canai , satu bungkus nasi lemak , dua bijik telur rebus dan secawan milo ais <-- tipu :p
semalam , linda jumpa benda ni kat Fanpage linda . nasib baik lah linda takde sakit jantung kan ? kalau tidak , ICU lah jawabnya . nanti tak update blog , confirm ada yang rindu *ceeiitt , perasan ! =.='

agak teruja bila linda ada admire . HAHA . tapi , yang tak bestnya admire tu open sangat . habis satu dunia tahu yang beliau tu admire linda . adoi , parah lah macam ni ! kih kih kih

Uncle Maniam jual capati ,
capati dimakan enak sekali ,
saje menggedik pagi-pagi ni ,
takde benda sangat pun nak di story :D

nampak sangat dah lapar , pantun pun sempat lagi ada capati >,<

p/s : contest Creative Candid With Buddies tamat hari ni tau ! insya-Allah malam nanti linda dan Shahmin akan umukan pemenangnya . harap bersabar ya .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 18 November 2011

Entri Penuh Kecintaan Buat Pembaca Siti Nurazlinda

assalamualaikum .

ehem ehem . awak awak , cuti sekolah dah mula ! kita sebagai budak sekolah , sangat berbangga sebab kita dapat duduk rumah doplohpat jam tanpa henti ngadap netbook kesayangan kita ni . boleh ngadap awak awak semua tanpa henti . itu pun kalau berukband kita tak demam labi-labi lah kan ? XD

tapi kan awak awak , cikgu kita kan kasikk homework banyak giloss ! ngee ~ kita ternganga besar gedabak bila list down balik semua homework kita . aiyoo , cikgu-cikgu tersayang . cuti sekolah patplohtiga hari aje lah . tak sempat kita nak manja-manja dengan katil bushuk kita tau >,<

err , tiba-tiba terasa awak awak dah jadik burung wakwak ._. abaikan .

sebenarnya linda rasa terharu . rata-rata pembaca blog linda ni merupakan kawan-kawan sekolah linda dan kawan-kawan blogger linda yang lain . susah sangat sebenarnya kita nak tarik orang lain untuk masuk dan baca entri picisan kita kalau kita tak bersungguh-sungguh kan ?

alhamdulillah , berkat usaha linda selama ni akhirnya sangat membuahkan hasil . walaupun tak keluar lah buah manggis sebakul yang linda mengidamkan sejak beberapa hari ni tapi linda sangat bersyukur sebab masih ada sebilangan manusia abad ini yang tetap menyokong linda untuk terus berblogging . terima kasih tak terkira *kemain keluar ayat sastera -,-

*iklan sekejap , model tak bertauliah dah terkinja-kinja nak tayang muka =p

komen-komen yang linda terima daripada pembaca blog linda sempat membuatkan linda kembang hidung sebenarnya . antara komen-komen yang membuatkan hidung linda tak berhenti untuk berkembang ialah :
  • blog linda tetap hebatt . mana boleh lawan lah .
  • suka baca ayat kat blog dia tu. tak jemu sebab dia pandai susun ayat.
  • ramai gila follower blog kau . blog aku sikit aje *sambil buat muka sedih =.='
dan banyak lagi lah komen-komen yang boleh buat linda terbang ke awan nano sampai lupa diri .

tak lupa jugak kepada yang dah ''basuh'' linda cukup-cukup selama ni . basuhan kalian sangat berkesan buat diri linda dan basuhan itu lah yang menjadi semangat untuk linda terus bangun dan bangun . siapa yang nak jatuh gedebuk kan ? kaki terkehel depan orang ramai gara-gara high heel over sangat pun dah malu =p

so , pada kesempatan ni linda nak kasikk kata-kata semangat kepada para blogger newbie yang masih tercari-cari arah tuju yang betul dalam dunia blogging ni *kejap lagi mesti kena basuh lagi ni =='

pertama , korang jangan lah terlalu mengejar follower . serius linda cakap , linda jugak pernah tergila-gila kan follower yang berjuta-juta lemen . setiap hari linda akan bukak blog dan chek follower linda . tapi sangatlah hampa . masa tu , linda agak bangang untuk berblogging . malu nya tak terkata kalau korang skodeng balik my first entry . budak tadika pun boleh menulis lebih baik daripada linda . sebab tu takde siapa nak follow blog linda .

kedua , korang jugak jangan abaikan blogger-blogger otai . tanpa mereka , tentu linda takkan berada di mana linda berada sekarang . syukur , berkat sokongan Yuyu Zulaikha comel , Cik Epal gojes , Ku Azhar sempoi , Ben Ashaari dan para blogger otai yang linda tak mampu untuk sebutkan satu persatu . terima kasih sangat-sangat linda ucapkan . tak tahu linda akan berada di mana kalau mereka tak support linda .

dan yang terakhir , jangan sesekali ataupun berkali-kali korang dengki sesama blogger . takmo takmo , mak marah nanti ! :D buat apa lah kita nak dengki mendengki kan ? takde faedah nya . biarlah si blogger A nak bajet femes ke , si blogger B tak balas komen korang ke atau si blogger C sibuk canang perihal peribadi beliau kat dalam blog . si blogger A bajet femes sebab korang yang buatkan beliau femes . si blogger B tak balas komen korang sebab beliau busy . macam korang jugak , bukannya doplohpat jam ngadap blog kan ? dan si blogger C nak canang perihal peribadi beliau tu sebab itu blog beliau . so , ada beliau kesah ?

linda tak tuding satu jari linda kepada sesiapa sebab lagi empat jari linda tu akan kena balik pada linda . hanya korang sendiri yang tahu hati korang sama ada korang ni sejenis manusia abad ini yang macam mana :)

p/s : teruskan menyokong linda . linda sangat menghargai sokongan korang .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 16 November 2011

Bohsia Pun Ada Adik Beradik Jugak

assalamualaikum .

sekarang ni dok heboh kat Facebook pasal news feed diorang penuh dengan gambar lucah dan tidak senonoh untuk dipandang . boleh buta mata tau kalau korang miang nak tengok jugak *sumpahan Jenab kat sekolah tadi =p

info terbaru yang linda dapat , tiga adik beradik bohsia ni dah mati kena sembelih dengan ahli-ahli Facebook . mereka bertiga (Bohsia Murahan 1 , Bohsia Murahan 2 dan Saya Bohsia Paka) dah dihapuskan kurang dari masa doplohpat jam . yelah kan , siapa lah yang nak tengok gambar sendiri tersebar kat page tu dengan di edit keterlaluan ==' aiyoo , linda pun takut tau !

bila direnungkan semula , Facebook ni dah semakin keterlaluan . serius , linda gatai jari nak picit button deactivate your account kat Facebook tu . tapi disebabkan sayang kat kawan-kawan dari zaman hingus meleleh , terus abaikan niat suci lagi murni itu . baik tak linda >,< *angkat bakul sendiri . hehe

so , linda nasihatkan pada diri linda dan kawan-kawan linda yang lain supaya terus berhati-hati . simpan lah gambar-gambar korang kat dalam locker dan jangan lupa letak mangga besar-besar *bukan buah mangga yang orang selalu mengidam tu -,- macam-macam boleh jadik kalau keselamatan korang diabaikan .

p/s : page orang beriman pun dapat gambar tak senonoh kan ? =.='


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 13 November 2011

Tergantung, Bergantung atau Digantung ?

assalamualaikum .

siyes , linda tengah buat muka ketat gila sambil taip entri ni untuk korang . actually , linda tak berapa sihat sangat dalam beberapa hari ni . kemain seronok terkinja sana , tergedik sini . sampai tak menyempat nak berehat .

tak perlu mintak simpati kat sini . takde siapa yang peduli -,-

kalau difikirkan , hidup setiap makhluk alam ni saling bergantungan kan ? betapa hebatnya ciptaan yang Maha Esa . bila duduk sorang-sorang , hati dan akal saling menjawab dan memberi soalan *sungguh sayu ayat hari ni .

linda tak suka orang lain cuba copycat linda . tak suka lah bila orang tiru perangai kita , tiru cara kita dan berpura-pura untuk jadik diri kita . salah ke kalau mereka tetap menjadi diri mereka sendiri ?

paling sadis , status picisan linda dalam Facebook pun cuba dicopycat . belum lagi cara linda berblogging kan ? aiyoo , manusia memang macam gitu ke ? =='

linda pernah kasikk tahu korang dalam entri INI , buatlah sesuatu dengan niat . kalau setakat niat nak meniru , nak nampak hebat kat mata semua orang dan taknak dianggap ketinggalan zaman baik tak payah berblogging . tak payah ada Facebook , Twitter , Tagged , Friendster dan yang terbaru OneMalaysian . buang masa aje kan ?

linda berbangga , bila ada orang nak jadikkan linda ni idola mereka . kembang hidung linda patplohnam sentimeter perbulatan -..- tapi tak payah lah sampai nak copy semua benda yang linda buat kat dunia ni . takde untungnya sesiapa yang copy kehidupan linda sebab linda yakin kehidupan korang akan lebih bermakna kalau korang jadik diri sendiri .

p/s : bila dah tergantung pada seseorang , kita akan terus bergantung pada orang itu dan akhirnya nanti mungkin kita yang akan digantung . setuju tak ?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 10 November 2011

Jadikan Facebook Untuk Jadi Pengecut

assalamualaikum .

wa tengah hangat ni der . sehangat-hangat wa pun wa boleh bagi salam kat korang tau tak ? korang pulak tak reti-reti ke nak jawab salam wa tu haa ? =='

aiyoo , hari ni sangat sakit hati ! sakit hati gara-gara Facebook . memang betul orang cakap kan ? Facebook ni tempat menambahkan dosa kalau tak digunakan sebaik-baiknya *dah rasa macam ustazah pilihan pulak -,-'

semata-mata kawan-kawan linda buat satu video sempena merdeka hari tu pun , ada manusia abad ini boleh tak puas hati . siap menghina kaum perempuan . agaknya beliau tu jantina tengah-tengah kot kan ?

setakat menyamar dalam Facebook semua orang boleh buat . itupun untuk try sejauh mana tahap kecutan kita sebagai manusia . yelah , manusia pengecut aje yang jadik faker ni kan ? tak berani nak tunjukkan diri yang sebenarnya .

korang mesti ada Facebook kan ? so , linda nak mintak tolong korang report aje manusia alam ni . buat tambah dosa kita-kita aje -..-

klik SINI tanda protes . demn !

p/s : banyak makan punggung ayam kot masa kecik-kecik . kerja nak menghina orang aje bila dah besar .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 9 November 2011

Bila Terlalu Obses Dengan Cinta Pertama

assalamualaikum .

kemain hebat tajuk entri linda hari ni . konon-kononnya nak jadik Doktor Cinta . padahal pakwe pun tak ada kan ?
*borang banyak kosong lagi ni <-- promote diri =='

macam-macam kerenah bila tengok orang bercinta . okayy , tak dinafikan . linda jugak pernah bercinta . bohong kemain lah kalau linda kata linda tak pernah jatuh hati tergolek-golek kat lelaki kan ?

cinta pertama linda , masa hingus dok sakan bergayut lagi . masa tu linda baru sekolah rendah . kalau tak silap , darjah empat rasanya . mula-mula suka macam gitu aje , lepas tu mintak biodata . iyelah kan , budak hingusan masa tu mana pakai henset lagi . tak macam sekarang . budak tadika pun dah maju -,-

tapi , cinta pertama tu tak kesampaian . akhirnya beliau jadik abang angkat linda sampai ke hari ini . syukur , beliau bahagia dengan pilihan hati beliau . mungkin beliau takkan pernah tahu yang linda simpan perasaan pada beliau hampir enam tahun . biarkan semua itu menjadi rahsia *dah tersebar kat dalam blog ni pun dikira rahsia ehh ? =p

yang membuatkan linda kagum pada diri linda ialah linda tak pernah obses dengan cinta pertama tu . tak pernah pun terfikir yang cinta pertama akan terus ke jinjang pelamin . kemain lagi siap design baju pengantin , pelamin , barang-barang hantaran dan sewaktu dengannya . linda tak sampai ke tahap ditimpa perasaan lagi . alhamdulillah .

yang peliknya , kenapa segelintir manusia abad ini sanggup menunggu cinta pertama mereka yang belum tentu akan tercapai ? adakah mereka tidak percaya dengan jodoh yang Allah dah tentukan ? masing-masing tahu jawapannya :')

p/s : tersenyum bukan bermakna hati bahagia


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 8 November 2011

Tak Best Lah Macam Gini Kan ?

assalamualaikum .

alhamdulillah , hari ni linda masih dapat bernafas seperti hari-hari yang sebelumnya . alhamdulillah , dapat berblogging macam selalu . alhamdulillah , dapat taip entri merapu lagi untuk korang semua . alhamdulillah :')

dan alhamdulillah juga , follower linda dah cecah 666 . ni semua berkat contest Creative Candid With Buddies yang linda dengan Shahmin anjurkan . kalau tidak , ada ke manusia alam ni nak follow blog huduhh linda ni kan ? lagi-lagi linda bukan jenis blogger yang gila follower . linda tak pernah amalkan I follow you , you follow me back . blogger-blogger otai kata itu sangat annoying okayy ! =='

sebenarnya linda bermurah hati nak review blog follower ke-666 linda ni . sadisnya , jadik macam gini .

klik SINI untuk tumbesaran .

p/s : ingatkan abah sorang aje yang jadik macam gini kan ? -,-'


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 7 November 2011

Pengalaman Sentiasa Dijadikan Pengajaran

assalamualaikum .

hilang ingatan seketika akibat terlalu teruja nak ikut kawan linda balik kampung beliau . sangat teruja nak tengok lembu-lembu kena sembelih . padahal tengok darah pun takut kan ? =='

oh , lupa lagi ! Salam Aidiladha linda ucapkan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia . belum lambat lagi , baru raya kedua kan ? cuti sekolah pun masih berbaki satu hari . memang ohsem lah cikgu !

balik kampung orang memang agak jakun . sumpahh , jakun gila ! kampung orang kemain meriah waktu raya macam gini . kampung linda pulak kemain jauh ke selatan . sebab tu bila masuk kampung orang rasa macam nak terkinja-kinja . nasib baik pandai cover ^^'
dapat lah merasa jugak nak sembahyang raya tahun ni . kalau duduk kat rumah sendiri , memang takkan pergi sembahyang raya punya . golek-golek atas tilam yang empuk , setan pun tumpang sebadan lah kan ?

tengok orang sembelih kerbau , lapah-lapah daging kerbau , nak kasikk kat semua orang . serius , geli ! banyak gila darah Encik Kerbau tu . hampir terkeluar isi perut linda . aiyoo , failed jadik doktor ! -,-'

macam mana sekali pun , tetap nak balik rumah sendiri . itu lebih afdhal . kononnya linda hebat baca peta , padahal Geografi dulu pun hampir aje tak dapat A kan ? taknak ibu tercinta jemput linda , gatal nak merempit dengan EX5 cabuk tu .

last-last terlajak sampai ke kampung mana entah . rasa macam alien jatuh gedebuk ke bumi . jalan sunyi sepi , tambah pulak dengan hujan mengganas . tangki minyak semakin turun dan turun . sangat ngeri . nak meraung kuat-kuat , nak nangis tanpa henti . tapi tak guna kan ?

carik semula jalan yang betul , jalan yang sempurna untuk sampai ke destinasi pilihan . masa tu , lagu Najwa Latif hilang dari ingatan . hanya Ayatul Kursi aje yang meniti di bibir linda . takut sangat kalau tak sampai , tak jumpa ibu , ayah , adik-adik . Allah aje yang tahu keadaan linda masa tu .

alhamdulillah , masih berpeluang untuk berkumpul dengan orang yang dicintai . baru linda tahu erti berdikari , berdiri atas kaki sendiri . jangan selalu sangat nak mengharapkan bantuan orang lain .

p/s : God does not comfort us to make us comfortable but to make us comforters :')


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 2 November 2011

Itu Untungnya Kalau Banyak Membaca

assalamualaikum .

baru hari ni linda sempat nak update entri baru untuk korang baca . iyelah , asyik entri contest linda dengan shahmin aje kan ? nak promote pun beragak-agak lah sikit bhai . kan kan ? -,-

hari ni linda ada terbaca satu artikel yang agak menarik perhatian linda . korang percaya tak , linda seorang manusia abad ini yang kemain malas untuk membaca ? tapi baca status kat Facebook hari-hari tersangatlah rajin . sila pelik dengan kadar denyutan nadi patploh peratus =='

dan linda juga seorang manusia abad ini yang kemain baik hati nak kongsi artikel yang linda baca tu dengan korang . sila terbeliakkan bijik mata korang namblas ratus sentimeter perbulatan ya !

* kadar pertumbuhan wanita bermula lebih awal daripada lelaki . ketika di sekolah rendah , pelajar perempuan akan nampak lebih tinggi daripada lelaki . tapi buktinya sekarang , linda tersangatlah rendah daripada budak-budak kelas linda ._.

* selalunya lelaki matang semasa mereka berada di sekolah menengah . kematangan mereka berlaku dengan drastik . masa ni lah lelaki jadik lagi tinggi daripada perempuan , suara lagi kuat daripada speaker box dan markah bonus lebih kacak daripada sebelumnya . yang bestnya , lelaki ada badan ketul-ketul . kalau perempuan ? fikir-fikirkan lah =p HAHA

* masa kecik , lelaki memang tak reti duduk diam . ada aje benda yang mereka nak buat . perempuan pulak suka membebel tak tentu pasal . cakap dan gosip aje doplohpat jam . mengaku aje lah wahai perempuan-perempuan sekalian .

* otak lelaki lebih kepada simbol , gambaran abstrak dan imej . mereka mudah untuk menguasai ilmu matematik berbanding perempuan . so , perempuan kena struggle lebih lah untuk kalah kan lelaki *patutlah cikgu linda kata lelaki kena pandai imagine kalau nak pandai Add Math ;)

tiba-tiba aje linda mereng nak update benda alah ni kat korang . even korang dah tahu , linda still nak kasikk tahu . ada sesiapa kesah ?

p/s : teruskan join contest Creative Candid With Buddies ya ! terima kasih .


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!