You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Sabtu, 21 Januari 2012

Diri Saya Dilahirkan Memang Untuk Ditipu

assalamualaikum.

seriously, tight face atau pun bahasa kampungnya muka ketat dipamerkan when writing this stupid post. this muka ketat is not good for your healthy. Shila Hamzah nyanyi lagu patah seribu hatiku, korang pulak nyanyi kedut seribu mukaku pulak nanti -,-

tetibe pulak hari ni linda nak jadik pakar motivasi. saje nak habiskan masa lapang sebenarnya. lagipun linda rasa linda patut kongsi tips ni dengan kawan-kawan blog linda supaya korang tak senang ditipu. yeahh, tips hari ni ialah tips untuk kenal si penipu durjana :) credit to kak Nurul sebab buat entri cara-cara nak detect kita sedang dikencing.

entri ni diolah dan diubahsuai supaya tak lah nampak macam copy paste sangat kan? >,<

okayy, firstly masa korang tengah face to face dengan someone yang mungkin akan menipu korang, cuba tengok mata dia. senang cerita, tengok muka dia. iyelah kan, bila seseorang nak menipu tu dia takkan tengok mata kita. takut kantoi lah katanya. lain lah kalau muka kita ni macam hantu pocong, surely lah dia taknak tengok kan?

bila dia menipu, dia memang seboleh-bolehnya taknak tengok muka kita sebab nak elak kena pandang mata kita. menurut kajian yang kak Nurul buat, otak yang nak menipu takkan boleh bekerjasama dengan mata yang melihat. kalau kita tengok mata dia asyik melilau-lilau tu, adalah something yang tak kena tau. tapi, ada jugak si penipu yang sedaya upaya cuba untuk pandang muka kita. itu memang penipu tahap cilake lah namanya.

lepas tu, suara si penipu ni akan berubah-ubah tau. bukan berubah jadik suara alien or whatever suara. tapi, berubah macam dia try untuk slow down kan volume suara dia dan tetibe je volume tu boleh jadik kuat balik. atau pun saje menggatal nak keluarkan bunyi ehem-ehem tu. dan lama-lama dia lebih banyak berdiam diri bila disoal oleh kita.

masa ni, mestilah dia akan rasa gelisah kan? senang je nak detect. bila si penipu ni gelisah, dia akan cuba carik sesuatu untuk dipegang like pegang kepala, pegang kaki dan kadang-kadang tong sampah kat depan rumah kita pun dia nak pegang. in other word, dia nampak sangat tak selesa dan nervous. dan ada jugak si penipu yang cepat berubah muka macam tetibe jadik pucat ke merah ke. haa, tu tandanya dia sedang cuba untuk menipu kita. (muka merah tu bukan sebab sun burst ehh)

dah takut sangat dia akan kantoi tak lama lagi, cepat-cepat lah dia tukar tajuk kan? lagi-lagi kalau tetibe dia tukar tajuk yang takde kena mengena langsung dengan topik yang dibincangkan. dan silap-silap hari bulan, setiap perkataan yang terkeluar dari mulut dia semuanya tipu. so, better watch out.

dan last sekali, si penipu ni akan tetibe jadik gila. maksudnya, dia akan tetibe je nak buat lawak bodoh yang boleh mengaburi mata kita. yelah kan, bila kita dah sakan gelak mesti lah dia berjaya tipu kita sebab kita takkan tanya soalan-soalan yang boleh buat dia gelisah.

so, the moral of this story is kalau nak menipu make sure korang menipu sebaik mungkin. kalau boleh, jangan sampai kantoi. baru best kan? dan sebelum nak menipu tu, list down kan semua point yang korang nak tipu tu. at least tak lah lupa apa yang nak ditipu tu. hihik :p

p/s : baru-baru ni linda ditipu kaw2 punya. sebab tu linda patut untuk tulis entri macam ni =.=


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

2 ulasan:

Cik Tomato berkata...

Hmm, sepatutnya jangan menipu langsung. Sabar ye linda ~

Siti Nurazlinda berkata...

Cik Tomato, memang dah banyak bersabar ni kak. thanks! :)