You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 23 Januari 2012

Kronologi Zaman IT Linda

assalamualaikum.

waktu cuti sekolah ni lah yang paling ohsem bagi linda. sebab utamanya ialah kenduri kawen bersepah-sepah sana sini. dapat lah linda penuhkan perut comel linda ni dengan makanan-makanan yang super duper lazat. dapat jugak usha pengantin lelaki yang kachak belaka. oh, indahnya dunia! hihik.

okayy, linda dah mula menggatal -,-'


zaman sekarang kan dah maju. walhal, wawasan 2020 tak sampai lagi. tapi, manusia abad ini boleh jadik genius. budak-budak kecik pun dah ada blog. atuk nenek pun dah pandai skodeng cucu-cucu mereka kat fesbuk. takut terkena kejutan budaya katanya.
linda mula kenal komputer pun masa darjah empat. masa tu pun sebab cikgu linda hantar linda pergi Cyberkidz Camp kat Johor. siyes, terkial-kial belajar komputer. tekan keyboard pun guna satu jari aje. dapat dengar lagu starting untuk komputer pun masa tu sempat melompat-lompat kegembiraan.

lepas balik je daripada kem tu, terus mintak ayah beli komputer sebijik. dulu, mana ada duit nak beli laptop. masa tu harga laptop mahal tak terhingga. so, terpaksa lah guna komputer yang besar gedabak. dah sama saiz dengan tv tau.

tapi tetap tak best. sebab main komputer sorang-sorang je dalam bilik. adik-adik kecik lagi waktu tu. satu hari, kawan pun hasut pergi kafe siber. bukan senang nak pergi kafe siber tu. mintak duit kat ibu, confirm kena ketil. lebam kat peha. tapi, linda berusaha jugak untuk pergi kafe siber tu. simpan duit sikit-sikit kat tabung doraemon. bila dah penuh, korek lah. hihik. haa, masa ni lah linda mula kenal internet. ehh, fesbuk linda belum wujud lagi waktu tu. yang ada yahoo messenger aje. email pertama pun linda_baik04@yahoo.com. nampak sangat skema kan? =.=' biasalah, budak baru darjah lima.

nak maju sikit, linda try lah pulak myspace. masa zaman kegemilangan myspace, linda dapat jumpa ramai kawan-kawan yang sebaya dengan linda. kawan-kawan sekolah pun ada jugak. masa ni jugak, linda dah pandai posing. iyelah kan, nak letak gambar posing sakan tu kat myspace. suruh orang komen. bajet comel giloss masa tu.

masuk je tingkatan dua, linda dah pandai buat fesbuk. linda tahu pasal fesbuk ni pun sebab tengok artis-artis kat tv tu suruh peminat carik diorang kat fesbuk. masa tu linda terfikir, kalau linda buat fesbuk mesti ramai orang akan carik linda. dapatlah merasa jadik retis kan? hihik :p

tak lama lepas tu, linda cipta pulak satu blog. ni lah blog linda since 27 November 2010. alhamdulillah, linda naik perlahan-lahan untuk sampai ke tahap ni. bukan senang tau linda nak cipta nama dalam dunia blogging ni. kena ada high level kesabaran.

untunglah budak-budak yang dah ada fesbuk, blog, twitter dan segala jenis laman sosial kat dunia ni. korang tak merasa kesusahan linda masa kecik-kecik dulu :))

p/s : macam mana pulak pengalaman korang?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

6 ulasan:

myra azraff berkata...

budak2 sekarang dah advanced kan bab2 internet ni..x payah diajar..kuang kuang:D

Siti Nurazlinda berkata...

@myra azraff, itulah. budak-budak sekarang memang dahsyat! hihik.

Azreen Zunairah berkata...

dik..awak kira alright tau buat fesbuk time form2..akak x silap wat fesbuk time tahun 2008 kot..time tuh akak baru 18 tau..gile sedih kan..huhuhu..

Siti Nurazlinda berkata...

@Azreen Zunairah, ye ke kak? hihik. kiranya linda lagi beruntung kan? syukur alhamdulillah :)

Halimatun Sa'adiah berkata...

mmg kelakar kalo kenang balik zaman dulu kn..

Siti Nurazlinda berkata...

@Halimatun Sa'adiah, zaman macam gitu lah yang indah ♥