You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Jumaat, 27 Januari 2012

Orang Lain Putus Cinta Boleh Cool Je, Tapi Kenapa Saya Tak Boleh?

assalamualaikum.

''saya nak cakap sesuatu yang penting dengan awak ni''

tetibe aje si Senah dapat surat layang daripada boypren beliau. jantung si Senah rasa macam nak tercabut dah ni. tapi, nasib baik beliau selalu melantak Quaker Oats tiap-tiap pagi. dan hasilnya, jantung beliau masih kuat dan sihat! ;)

dan ini fakta, hampir separuh manusia kat bumi ni akan terima ayat dramatis cenggini daripada sang boypren/girlpren dan sewaktu dengannya bila gaduh kan? masa ni, ada yang dah standby nak tarik lagu menghitung hari, beli tisu berkotak-kotak, letak besen depan mata sebab takut rumah banjir gara-gara kilang airmata tengah kaya dengan airmata.

chill lah, putus cinta bukan satu pengalaman yang mengerikan, menyedihkan atau pengalaman yang paling tak gempak dalam hidup korang. ehh, berak sembelit lagi ngeri tau! tak caye, try lah makan chewing gum banyak-banyak then telan terus dengan gelojohnya. confirm, korang akan sokong statement linda yang berak sembelit lagi ngeri :p

dan chill lagi, korang bukan keseorangan bila korang putus cinta. elehh, bersepah lagi manusia alam kat dunia ni yang ada dengan korang. mak, ayah, pakcik, makcik, nenek, atuk bah kan onyang korang pun boleh teman korang tau. kalau dah takde sangat manusia, carik lah katak sekor. ajak sembang dengan korang. untung-untung katak tu boleh bertukar jadik putera raja yang kachak lagi bergaya ke. paling hodoh pun ada lah macam muka anney kat depan rumah linda ni. hihik.

korang berhak untuk rasa kecewa, hati hancur berkecai atau rasa disakiti. tapi, tak semestinya korang kena layan perasaan tu kan? cuba korang fikir, kalau korang bercinta doplohpat kali dalam hidup korang so korang terpaksa lah frust tertonggeng-tonggeng sebanyak doplohpat kali? aiyoo, kalau linda memang tak sanggup!
kalau budak ni tonggeng cenggini, comel lah. tapi kalau korang? =.='

banyak cara nak kasikk hati korang yang dah hancur berkecai tu sembuh semula. gam lah kuat-kuat dengan gam gajah. insya-Allah, tak hancur dah kot. kalau cara tu tak gempak, korang boleh pergi kedai jahit Mat Tailor yang ohsem tu then jahit hati korang. setakat bayar berapa hengget je, berbaloi-baloi kot daripada korang kena nangis sepanjang minggu.

mehh nak kasikk tahu sikit. manusia sebenarnya tak boleh hidup tanpa oksigen, bukan tak boleh hidup tanpa cinta. so, fikir-fikir kan lah dan lihat hasilnya :))

p/s : linda putus cinta pun masih boleh tersenyum tau. hebatt tak? -..- kembang hidong dah ni.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

19 ulasan:

Aini Azman berkata...

putus cinta tu sgt sgt sakit ooo...=p

♥ Cik Zack's ♥ berkata...

sama ah kite :) putus cinta pun boleh gelak smpi x hengat :D kih3 stuju sgt dgn ape yg linda ckp ni :))

xHuJaNx berkata...

Waalaikummusalam. Yup betul tu, putus cinta hari nih, esok kita cari lagi. Hehehe

Siti Nurazlinda berkata...

@Aini Azman, mula-mula je sakit yunk. lepas tu kita akan rasa kemanisannya :))

Siti Nurazlinda berkata...

@Cik Zack's, tu terapi untuk diri kita sebenarnya. kalau kita tak buat diri kita happy, siapa lagi kan? ;)

Siti Nurazlinda berkata...

@Hujan, bak kata pepatah kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. kan kan? insya-Allah kita akan jumpa jugak dengan jodoh kita yang sebenarnya :D

ascil.punye.lah berkata...

Alhamdulillah kita tak pernah sedih sebab lelaki.bukan dah sah jadi suami pon.yakin je jodoh akan tiba satu hari nnti.kan kan kannn.

nollyfyenee berkata...

sokong,kita tak boleh hidup tanpa oksigen, bukan tak boleh hidup tanpa cinta.

Siti Nurazlinda berkata...

@ascil, alhamdulillah jugak :) dulu mungkin linda belum boleh berfikir dengan rasional. sebab tu ternangis jugak sebab lelaki :p sekarang tak lagi. hihik.

Siti Nurazlinda berkata...

@nollyfyenee, oksigen lagi penting kan yunk? ;)

Eyda Dania berkata...

due kali eyda cinta..due kali gk..eyda yg mnx ptus..lbh bek kite yg mnx ptus...dri die...tp rsenye..eyda ok je kot..klu da ptus..ala..sdgkan kawen pon leh cerai kan..ni kan pula..bru couple..leks r..haha

Siti Nurazlinda berkata...

@eyda dania, nasib baik awak baru dua kali. linda ni, dah empat kali tau :p hihik. watlek, watpis je kan kan?

IdaRaida berkata...

ihikk..kita pernah putus cinta tau :) time final exam plak tuh..study smbil nangis2..hehehe..klakar sgt bila ingat... hihihi tapi best la kenangan tuh boley mematangkan diri...:)

tuh last la tuh putus cinta.. then dan bahagia dah bersama fmly & dia yg baru.hahaha..opss

i luv froggy!

HeNRieTTa JoSe berkata...

tiba tiba jew mod sedey bertukau ceria pas tgk baby cute tonggeng seksis....

Ahmad Sabree berkata...

i follow you... follow me back okey...
nice entry n blog yg superb!
rajin2 kan lah tgk tuk singgah blog sabry oppa n ahmad sabree... n ringan2 kan untuk komen entry okey gurlz.. good luck dalam berblogging... sabry oppa always support !
shaberry92.blogspot.com (blog kpop)
sabryoppa.blogspot.com (blog remaja)

Ahmad Sabree berkata...

i follow you... follow me back okey...
nice entry n blog yg superb!
rajin2 kan lah tgk tuk singgah blog sabry oppa n ahmad sabree... n ringan2 kan untuk komen entry okey gurlz.. good luck dalam berblogging... sabry oppa always support !
shaberry92.blogspot.com (blog kpop)
sabryoppa.blogspot.com (blog remaja)

Siti Nurazlinda berkata...

@IdaRaira, mula-mula je kan kita rasa sedih? then, we'll happy forever :)

Siti Nurazlinda berkata...

@HenRieTTa Jose, tak payah sedih-sedih dah ye :')

Siti Nurazlinda berkata...

@Ahmad Sabree, thanks for the support!