You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Sabtu, 7 Januari 2012

Tabahlah Wahai Hati

assalamualaikum.

takpayah nak intro sangat. homework masih bersepah-sepah. buku fizik dengan english dah merengek mintak dibaca. hari ni seharian tidur, tak ingat yang dunia ni masih memerlukan linda :p

nak cerita pasal fakta. hampir sembilanplohpat peratus manusia abad ini pernah merasai detik-detik ditinggalkan sang kekasih hati. ehh, taknak ngaku pulok! ngaku lah cepat. tak baik tipu tau, mak marah... >,<

okayy, detik-detik perpisahan tu merupakan detik yang paling menyeksakan hati kita. masa tu kita hanya fikir untuk menangis, menangis dan terus menangis. serius linda cakap, muka kita waktu tu dah macam pontianak hilang anak. ehh, pontianak harum sundal malam je yang hilang anak kan?

takde siapa yang dapat rasa apa yang kita rasa waktu tu. sedih, hiba pilu, kecewa dan kalau tak kuat iman, mesti rasa nak bunuh diri =.= ehh, tak tak.

actually, ada hikmah atas perpisahan tu. kita memang tak pernah mintak. tapi kalau Tuhan nak jadikan perpisahan tu, ada sesiapa berani nak halang? kita sebagai hambaNya, sangat tak kuat. kita pasti rasa berat sangat nak hadapi perpisahan ni.

tapi, kita masih boleh berusaha untuk bangkit dari sebuah perpisahan. tak susah kalau kita cari sisa-sisa kekuatan dalam diri kita. mula-mula memang sangat susah. tapi, pada akhirnya kita akan rasa bebas dari rasa kecewa. kita pasti akan biarkan detik perpisahan tu berlalu ditiup angin laut china selatan :')

teringat kata-kata ibu tercinta..
''yang berlalu, biarkanlah ia berlalu. jodoh kamu berdua mungkin tak panjang tapi bukan bermakna hidup kamu berakhir di sini. jangan fikir sia-sia berikan kasih sayang kepada si dia kerana kamu pasti akan rasa kasihan pada diri kamu dan pasti kamu takkan pernah belajar untuk bangkit dari perpisahan itu. jadilah seorang perempuan yang kuat kerana ibu yakin orang lain pasti akan menghormati kekuatan yang ada pada diri kamu.''
teringin nak jadi seorang manusia yang bebas terbang di awangan.

p/s : okayy, kilang airmata dah bankrap :p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

3 ulasan:

ascil.punye.lah berkata...

betul apa yg ibu linda cakap tuh.tak guna pon menangisi org yg tak pernah hargai kita.

V berkata...

KAT MANA NAK MENONTON TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv,Astro Ria ,Astro Warna ,Astro Arena ,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie YA OK KINI ANDA TAK PERLU RISAU ANDA BOLEH MENONTON SEMUA CHANNEL TERSEBUT FREE DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh

Siti Nurazlinda berkata...

@ascil, beria-ria kita menghargai orang kan? :'(