You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Jumaat, 16 Mac 2012

Bila Stress, Membebel Sorang-Sorang Pun Jadi Kan?

apesal takde salam ni? Islam ke tak? =.='

ah lantak ! aku taknak bagi salam kat sesiapa pun hari ni. Ustaz Azhar Idrus kata bukan wajib pun jawab salam dalam fesbuk, twitter, blog bla bla bla.

takde bahasa sopan untuk aku gunakan hari ni. semua orang tahu yang aku jahat kan, so untuk apa aku berpura-pura baik? hipokrit ! aku benci manusia hipokrit. aku benci diri aku sendiri sebenarnya T__T

dan ya, memang aku je yang terhegeh-hegeh kat kau kan? aku je yang gedik kan? untunglah, semua salah aku. semuanya aku yang keji, aku je yang hina. kau baik, aku tak salah pun lah. so, buat apa kau susah-susah? chill sudah lah.

aku cuba bersabar bersabar dan terus bersabar. tapi mak aku ada kata, kesabaran pun ada had nya tau. bila-bila masa je boleh meletup. tapi aku, jenis cool je. buat apa kalut-kalut nak hot kan? kesian ayah aku pasang air cond sampai dua bijik, tak termasuk lagikk cooler besar gedabak sebijik, kipas angin ada lima, kipas tergantung lagi. eh kejap, korang nak kata aku riak? yes, memang aku tengah riak sekarang ni. takpayah nak sibuk. cukup.

dah rasa meluat? okayy, sila gerakkan anak panah gedik-gedik korang ke button close. dengan segala hormatnya. aku tahu, memang takkan ada sesiapa nak baca entri ganas bercampur brutal yang aku memang sengaja karang ni. tapi, jangan fikir sebrutal-brutal aku, aku takde feeling tau. eh, dalam hati aku ada taman permainan lagikk >,<

aku nak sambung lagi..

untuk kau yang dah rasa diri kau cukup hebat dapat boomm aku hari ni, aku ucapkan berkalung-kalung terima kasih dan penghargaan. siyess, aku terharu gila lah bila kau buat cenggini kat aku. kau lah kawan aku sampai aku mati tersenyum, itupun kalau aku mati tersenyum lah. kalau aku mati terkejut tu, semua sebab kau punya angkara lah kan? syabas syabas !

dah, aku dah penat merepek sorang-sorang. sesiapa yang terjumpa entri sampah ni, jangan baca sampai terkeluar bijik mata. chill aje, aku tak ganas orangnya. aku bukan terrorist :p aku cuma menjajah hati aku sendiri. so, peace ! :))

sekian dari aku, kbai.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tiada ulasan: