You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 28 Mei 2012

Cara-Cara Nak Jadik Perempuan Yang Jahat Tapi Bermaruah

Assalamualaikum.

Hari ni kan, saya rasa saya patut abadikan peristiwa yang paling superb dalam hidup saya. Mana lah tahu kan, kot-kot umur saya tak panjang. Boleh lah anak cucu saya buat tribute untuk saya kan? ;)

Actually saya cuma nak mengajar diri saya macam mana nak jadik perempuan yang jahat tapi tetap bermaruah. Sebab saya mengaku saya jahat tapi sejahat-jahat saya, saya tetap cuba untuk jaga maruah saya. Maruah tu bukan dari segi kehormatan dan harga diri je. Tapi maruah yang lebih terbuka iaitu nama baik dan personaliti kita sendiri.

Okay, lets go direct to the point.
Cara-cara nak jadik perempuan yang jahat tapi bermaruah :

1. Mulut tu takpayah beli insurans mahal-mahal. Cukuplah setakat insurans RM 1.50 kat sekolah tu. Dah memadai. Tapi, tak perlu lah sampai nak heboh kat Facebook, tempek kat wall yang kita ada insurans sehengget setengah tu kan? Jaga sikit lah maruah kita tu. Orang lain pun ada insurans jugak. Lagi berhengget-hengget daripada kita.

2. Tetibe pulak kita kenal sorang mamat ni. Dia punya gaya, walaupun tak kaya. Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja *cehh, pengaruh lagu Najwa Latif banyak sangat ni :p Nak kata mamat sorang ni ada girlfriend, memang tak lah. Sebab tu boleh tersangkut tu. Dah chantek punya adjust. Tapi tetibe lagikk ada sorang minah mana tah sibuk jugak nak kat mamat tak kaya ni. So, chill. Lepaskan je mamat tu. Sebab nak berebut buat apa? Sembur je minah tu untuk kali terakhir, then bla. End of story right? Walaupun jahat, tapi tetap bermaruah. Sebab takde lah berlaku adegan smackdown sesama kaum. Buat malu je.

3. Nak mencarut? Silakan.. Tapi tulis dalam kertas sudah lah. Mencarut lah kau sepuas-puasnya kat atas kertas tu. Lukis gambar orang yang kita tak suka sangat-sangat tu seburuk-buruknya, then mencarut lah kat lukisan yang kita dah hasilkan. Bukan senang nak melukis seburuk yang mungkin kan? Inilah masanya. Daripada kita mencarut dalam Facebook, Twitter.. Apa lagi depan-depan. Nampak sangat tak bermaruah. Penat mak ayah daddy mummy kita hantar pergi sekolah agama masa kecik-kecik, then bila dah besar segala mak nenek binatang keluar dari mulut kita. Kalau pergi zoo tu lain cerita la kot nak sebut-sebut nama binatang tu semua.


Ada banyak lagi sebenarnya tapi saya rasa cukuplah tu perbuatan paling jahat saya pernah buat. Tapi tetap bermaruah kan? Memang lah tak baik, tapi nak buat acaner. Manusia macam saya ni ada had kesabaran. Kadang-kadang boleh meletup jugak kalau dah terlebih darjah celcius nya.

Nasihat saya, kalau korang rasa diri korang baik janganlah sesekali buat macam mana yang saya dah buat ni. Sebab nanti, saya yakin seyakin-yakinnya.. Sekelip mata je semua orang akan benci korang. Percayalah..

I stop here now. Take care uolls. Nite.

p/s : Saya hanya belajar melalui pengalaman. Maaf kalau ada yang tak setuju :))


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

6 ulasan:

Niesa berkata...

hahaha..mmg cantik la..terbaeekk entry ni.. :)

ascil.punye.lah berkata...

kita kalau marah senang je,makan banyak banyak,tidur banyak bnyak.senang!
perut pun happy.

Siti Nurazlinda berkata...

@Niesa, saya belajar melalui pengalaman aje. hehe. btw, thanks!

Siti Nurazlinda berkata...

@ascil, itu pun satu cara jugak. saya selalu amalkan, lagi-lagi masa saya tengah marah tahap nak bertukar jadik hulk :p

Nurulee berkata...

Wuuuu, tips berguna ni. Hihik =D

Siti Nurazlinda berkata...

@Nurulee, weee... berguna ke? haha. amalkan selalu ye :p