You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Selasa, 1 Mei 2012

Terpaksa Menulis Kembali

Assalamualaikum.

Sebenarnya terpaksa update entri bodoh lagi untuk hari ni. Seriously, hati sedang gundah gulana ni. Nama pun remaja kan? Selalu sangat ditimpa dengan masalah yang kadang-kadang masalah tu diri sendiri jugak yang carik.

Actually just want to know. If we close with someone, that's mean we have an affair with him?

Siyess, saya sangat-sangat tak faham bila orang lain sanggup buat fitnah yang bukan-bukan bila saya rapat dengan mana-mana lelaki. Salah ke? Saya rasa saya tak rampas boyfriend orang. Saya dan dia hanya kawan. Seingat saya, dia memang dah takde someone special dalam hidup dia. Itu yang saya tahu. Tak perlu rasanya sampai nak fitnah I have scandal with him. Dan tak perlu jugak kata saya ni perempuan tak guna. Sedih tahu dak? =.='

And now, saya terpaksa jauhkan diri saya daripada si dia. Saya taknak orang lain sedih, sakit sebab saya. Terlalu memikirkan masalah yang dicipta oleh manusia sendiri. Saya terpaksa korbankan persahabatan kami. Sedangkan saya sangat-sangat menghargai erti sebuah persahabatan.

Daripada dia, saya banyak belajar erti kesabaran. Daripada dia jugak, saya banyak belajar erti kehidupan. Dia tak jemu-jemu beri semangat untuk saya. Tapi sekarang, disebabkan fitnah yang datang saya tak kuat nak hadapinya sorang-sorang. Dia sendiri yang mintak saya jauhkan diri daripada dia.

For that person who loves to make toy stories about me, please stop it. Saya tak pernah kacau hidup awak. Saya tak pernah fitnah awak macam-macam sebab saya masih anggap awak kawan saya. Saya diam bukan bermakna saya lemah. Saya diam bukan bermakna saya tak mampu untuk lawan awak. Cuma saya berdiam sebab saya taknak bergaduh dengan awak. Awak pun kawan saya jugak. Berhentilah fitnah saya. Banyak lagi perkara yang awak boleh sembangkan dengan orang lain. Tak perlu bersembang mengenai kisah hidup saya. Hidup saya tak menarik untuk diceritakan. Saya kesian kat awak, terpaksa bagi pahala free kat saya, terpaksa tanggung pulak dosa saya yang banyak ni. Saya taknak bahu kiri awak semakin senget nanti. Ouhh ya, sebelum terlupa. Awak tak perlu kata saya ni perempuan tak guna semata-mata awak rasa saya berkawan dengan dia. Saya tak pasti, siapa sebenarnya perempuan tak guna dalam hal ni. Awak merendahkan maruah awak sebagai perempuan sebenarnya. You deserve that title actually. Perempuan tak guna is for you, not for me. Awak nak rosakkan hubungan saya dan dia? Syabas! Awak dah berjaya sebenarnya :')

Dan untuk awak yang hampir tiga bulan susah senang dengan saya, terima kasih banyak-banyak. Orang lain memang tak tahu apa-apa. Awak mintak saya jauhkan diri daripada awak kan? Baik, saya tunaikan permintaan awak. Dengan rela hati. Walaupun saya tahu semua tu sakit, tapi saya kena buat. Demi awak. Saya taknak awak susah sebab saya. Saya taknak awak difitnah, dipandang rendah sebab saya. Cukuplah awak dah tahu tentang hidup saya. Takkan ada kawan lelaki yang terbaik macam awak akan muncul dalam hidup saya. Terima kasih sebab awak banyak mengubah hidup saya. Maafkan saya sebab persahabatan yang singkat ni membuatkan hidup awak terseksa. Awak tak perlu susah-susah nak jaga hati saya sebab saya masih mampu untuk jaga hati saya sendiri. Buatlah apa-apa yang terbaik untuk hidup awak. Dan awak kena ingat yang saya masih sahabat awak sampai saya tutup mata.

*Pesanan ikhlas kepada lelaki-lelaki di luar sana,
jangan sesekali cuba untuk berkawan dengan saya. Sebab saya taknak awak semua kena fitnah jugak sebab saya.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

4 ulasan:

syaza nazura. berkata...

Assalamualaikum,
Maaf, menyibuk sebentar. Sekadar nak bagi pendapat je. Hmm. Apa yang Linda kena ni, Nazu selalu juga kena dulu. Nazu senang nak rapat dengan lelaki, compared to girls. Selalu je orang cakap Nazu rampas boyfriend orang la, buat skandal sini sana la. Tapi Nazu buat bodoh je. Jangan layan dyorang semua. After a while, dyorang akan senyap sendiri. Kalau kita tak buat salah apa2, tak payah takut dengan fitnah orang lain. Biarkan mulut mereka berkata-kata, tak dapat buat apa-apa pun. Dyorang yang akan bosan sendiri nanti after a while, and they will stop later. So just sabar. Okay? Be strong(:

ascil.punye.lah berkata...

takpe,sabar ek linda.budak perempuan tu dah menunjukkan diri sendiri bodoh buat cerita bukan2 dan bergaduh sebab laki.pelik betul.

pasal kawan laki tu pulak,pandai pandai lah dia pikir sendiri.kalau dia tak salah,dia takkan suruh awak jauhkn diri.kawan je macam biasa.buat rilex je.

eh terpanjang pulak comment.sorry eh.chill! ^^

Siti Nurazlinda berkata...

@syaza nazura, yes. tak semua orang boleh rapat dengan kawan2 perempuan kan? sebab kita tahu, perempuan ni banyak songeh. dah faham sangat dah dengan perangai perempuan. sebab tu linda lagi senang dekat dengan lelaki. tapi, macam2 pulak yang timbul. anyway, thanks kasikk semangat kat linda !

Siti Nurazlinda berkata...

@ascil, memang perempuan tu agak bodoh jugak lah. menjatuhkan maruah kaum perempuan je. aiyoo.

yang lealki tu pulak, linda rasa dah mampu untuk berfikir dengan baik :)

apa2 pun, terima kasih sbb sanggup buat karangan yang agak panjang tu. hihik :p