You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 24 Jun 2012

Belajar Memahami Sebelum Menilai

I know all of this happened because of me. But that was not my intention to hurt anyone =.='

Oh, hai. Saya betul-betul not in mood hari ni. Sebenarnya tadi ada tapi sekarang macam dah tunggang-langgang. Hormon tak stabil lah kot.

Saya menulis malam ni sekadar nak luahkan perasaan saya. Ni je satu-satunya cara untuk saya kembali tenang. Kalau dulu, mungkin saya boleh menangis untuk kurangkan tekanan perasaan tu. Tapi sekarang, kilang airmata saya dah bankrupt. So, tak dapat nak menghasilkan produk airmata yang berkualiti dan dijamin halal.

Saya teringat kata-kata seorang ustazah...
  • Kita senang je menilai seseorang tu baik atau buruk tanpa kita kenal siapa diri orang tu yang sebenarnya.
  • Kita mudah untuk rasa tak suka pada orang tu sedangkan kita tak kenal ponn siapa orang tu sebenarnya.
  • Hati kita ni mudah sangat terdetik untuk menyimpan perasaan tak suka atau benci pada seseorang yang belum kita kenal hati budi dia.
Malam ni, saya sangat faham tentang perkara yang ustazah ni cuba sampaikan. Ya, kita mudah untuk menilai seseorang. Menilai keburukan seseorang tanpa memahami apa-apa tentangnya. Itu fitrah manusia. Takde siapa dapat mengelaknya. Allah tu Maha Adil. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Sebab tu Allah ciptakan syurga dan neraka. Allah jadikan ada manusia baik dan manusia yang kurang baik. Supaya adil..

Sedangkan kita dah kenal seseorang tu untuk jangka masa yang panjang ponn kita masihh mencari keburukan orang tu tanpa memahami dirinya. Kita selalu nampak kesalahan seseorang tapi kita tak pernah nampak kesalahan diri kita sendiri. Sebabnya kita tak pernah mencuba untuk mencari kekurangan diri sendiri.
Saya rindu zaman kanak-kanak saya. Tak perlu menilai sesiapa. Tak perlu belajar untuk memahami seseorang yang tak pernah memahami saya... :') 


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

2 ulasan:

sue. berkata...

ala....xmau sedih2 sgt ya syg.......inilah kehidupan..Allah bina da ckup lengkap dengan rasa sedih..suka..pilu..gembira semua...enjoy our life ok syg...

Siti Nurazlinda berkata...

@Sue, memang saya sentiasa cuba enjoy life saya. Tapi saya manusia, tak lepas dari masalah yang membawa kepada kesedihan :)) Btw, thanks kasikk semangat!