You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 15 Julai 2012

The Beginning Is Always The Hardest

Saya cakap kat si Senget, saya taknak update blog. Kesian hati dia kalau baca entri merapu dari blog saya ni. Tapi saya dah terkinja-kinja rindu kat blog ni sebenarnya. Kena update jugak la nampak gayanya. Sorry Senget >,<

Tapi kali ni, saya taknak update entri yang boleh buatkan si Senget saya terasa. Nampak gedik je guna nickname Senget tu kann. Semua pengaruh movie HACKS lah ni -__- Hehehehe.

Eh, assalamualaikum. Diharapkan pembaca-pembaca setia blog saya ni sehat sejahtera lah ye. Cewahh, bajet retis tetibe. Hihikk.

Okayy, tak lama je lagi, saya dan seangkatan pelajar Tingkatan 5 seluruh Malaysia ni akan menghadapi exam SPM. Trial pulak lebih kurang sebulan je dari sekarang. Err.. Actually tak sampai sebulan pon. Tolak makan tidur makan tidur, ada lah lagi beberapa minggu. Weee.. Tak ngeri ke nak exam besar? Opkos ngeri wehh! Tapi, watlek watpis sudahlah. Hehehe.

Macam tajuk entri saya yang ala-ala minah salleh celop hari ni, The Beginning Is Always The Hardest. Bagi saya memang betul sesangat. Iyela, contoh yang paling afdhal kat sini ialah diri saya sendiri. Nak tahu kenapa?

Memula kita masuk bab study. Masa Form4 dulu, semuanya baru. Terutamanya, subjek-subjek baru. Memang susah sangat saya nak catch up apa yang cikgu ajar. Tambah pulak dengan penyakit malas dalam diri saya ni besar sangat. Saya bela dari akhir tahun Form3 lagi. Biasala, merdeka la katakan :p Tapi alhamdulillah, tahun ni saya jadik sedikit rajin sebab saya sedar yang saya ada tanggungjawab yang besar tahun ni. Walaupun susah, saya kena cuba yang terbaik. See, nampak tak yang the beginning is always the hardest?
Lepas tu, kita masuk pulak bab puasa. Al maklum jela, tak lama lagi kann nak masuk bulan Ramadan dah. Masing-masing sibuk update tentang puasa ni. Saya punn nak jugak. Hehehe. Okayy, mula-mula saya nak ganti puasa yang berderet-deret saya tinggal tu teramatlah susah. Mana taknya, bulan Ramadan dah nak dekat. Puasa yang tak terganti lagi masa tu ada lah dalam sebelas hari. Gila banyak kann? Tula, siapa suruh malas ganti masa tahun lepas. Kerjanya bayar fidyah je. Dengan harapan taknak ganti. Tapi, mana boleh kann? Saya fikir saya memang tak mampu nak ganti sebelas hari tu sebab rasa susah sangat. Dengan jadual sekolah yang padat. Tapi alhamdulillah akhirnya.. Jumaat lepas saya berjaya habiskan kesebelas-sebelas hari tu tanpa ada halangan. Syukur sangat. Walaupun permulaan yang susah kann.. :D
Yang saya nak tekankan kat sini, hidup ni takde yang senang. Nak berak punn kena tunggu perut sakit dulu kan? Eeeuuu, macam takde contoh lain je -,-' Hahaha. Okayy, tukar-tukar. Kita fikir, macam mana susahnya kita berjuang untuk hidup dalam perut ibu kita kann? Permulaan hidup yang sangat susah. Tapi dengan kebijaksanaan kita lah yang akan menjadikan hidup kita tu sesenang yang mungkin. Insya-Allah :)

#Okayy, boleh buat motto untuk letak dalam majalah sekolah tahun ni. Kawan-kawan sekelas saya, jangan tiru okayy. Hehehehe.




Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

2 ulasan:

*zafirah* berkata...

Ha,tahu takpe,time form 4 memg struggle gile nak catch up,lame2 ok la:)

http://xiexiepinky.blogspot.com/2012/07/semarakkan-ramadhan-kita.html

Siti Nurazlinda berkata...

@zafirah, actually masa Form4 banyak main je. Hehehe.