You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 9 Julai 2012

Perlu Ke Perasaan Bersalah Wujud?

Assalamualaikum. Hai bloggerians! ;)

Baru saya tersedar, agak lama jugak blog saya sepi tanpa entri baru. Maaf, saya tak mampu untuk menulis sebenarnya. Ngeri jugak kalau ada yang tak menerima hasil tulisan saya.

Sebenarnya hormon saya tak stabil hari ni. Opss, bukan bendera merah okayy. Tapi mood saya je yang berterabur. Sekejap okayy, sekejap nanges. Saya pun tak faham sebenarnya -,-'

Err.. Macam mana saya nak mulakan?

Okayy, macam ni.. Saya rasa semua orang pernah rasa perasaan bersalah kan? Even benda tu tak patut untuk kita rasa bersalah tapi kita tetap nak rasa bersalah jugak. Kenapa eh? Perasaan bersalah tu semula jadi atau hanya sekadar perasaan?

Dalam situasi saya sekarang ni, saya rasa bersalah sebab tak cuba untuk bagi peluang kedua untuk seseorang. Ya, mungkin seseorang yang saya sayang. Ego saya tinggi sangat. Sebab tu saya taknak cuba bagi peluang tu pada dia.

Tapi, orang sekeliling saya kata yang saya patut bagi peluang pada dia. Mana tahu, kali ni dia akan gunakan peluang tu sebaik-baiknya.

Yang jadi masalah sekarang ni, saya kena jaga hati seseorang yang menyayangi saya jugak. Saya taknak sesiapa terluka.  Dalam masa yang sama, saya tak boleh pilih kedua-keduanya. Saya bukan tamak.
Kalau boleh, saya nak cepat-cepat keluar dari masalah ni. Saya nak nikmati masa remaja saya dengan tenang. Tak lama je lagi saya akan menginjak ke alam dewasa. Saya taknak sia-siakan masa remaja saya. Sayang sangat.. T__T

p/s : Masalah kecik bagi sesetengah orang kann..


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tiada ulasan: