You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Selasa, 11 September 2012

Saya 'Gedik' Dengan Cara Saya Sendiri

Nampak, title berani mati hari ni -.-

Assalamualaikum..

Memandangkan petang yang dingin lagi nyaman ni saya tak mampu untuk pejamkan mata kerana terlalu excited nak jawab paper Akaun hari Khamis ni, maka dengan rasa bangga diri dan kembang hidung nya saya nak update blog hari ni -..- 

Takpayah nak intro panjang berjela. Buang tenaga nak menaip je. Okayy dah, sambung...

Perempuan memang tak pernah lari dari sikap gedik kan? Tipu ahh tu kalau ada yang kata diri dia tak gedik. Eh, saya yang sopan santun lagi lemah lembut ni pun mengaku yang saya ada perangai tak senonoh ni tau. Gedik ! :3

Allah dah ciptakan makhlukNya tu semua indah. Walaupun gedik, ada hikmah jugak kenapa Allah lahirkan sifat tu. Eh, jangan misunderstanding. Gedik yang saya maksudkan di sini gedik yang semula jadi, yang original and spicy. Bukan yang dibuat-buat atau dicopypaste sesuka hati ye. Harap ada pengertian di situ >,<

Gedik semula jadi means bukan lahir-lahir je kat dunia ni, terus gedik. Gedik semula jadi mengikut tafsiran dan kefahaman saya ialah gedik... Alaaa, gedik-gedik manja gitu. Hehehe. Saya pun tak tau nak explain gedik tu macam mana. Sebab tu lah saya nak tekankan kat sini yang saya gedik dengan cara saya sendiri. Okayy, dah faham dah?

Lain lah kalau gedik yang memang sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian orang lain. Saya tak kata gedik macam tu salah. Ada sebab jugak kan kenapa ada segelintir perempuan saje-saje buat gedik. Saya tak kaji lagi apa pulak sebabnya :p
*Janganlah SAY NO TO GEDIK !! Saya suka je gedik-gedik ni*

Bagi saya, tak salah kalau saya nak gedik. Kadang-kadang gedik tu mampu untuk hilangkan rasa sedih saya. Takdelah saya asyik melayan perasaan je kan? Tak semua orang dapat hidup bahagia walaupun wajahnya sentiasa mempamerkan senyuman yang indah lagi menawan. Cewahhh ~ ~

So, lepas ni kalau boleh kann.. Saya taknak lah sesiapa pertikaikan tahap kegedikan saya. Insya-Allah, saya tak over acting sangat lah bila nak tunjuk gedik tu pun. Sikit-sikit cukuplah. Tak gedik pun ada orang meluat, lagi lah kalau gedik memanjang je kan? ;)

Okayy guys, thanks for reading ! Saya menulis hanya berdasarkan apa yang saya rasa je. Ikut suka saya :DD Take care and lol = Lots of love ♥ 


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tiada ulasan: