You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Khamis, 22 November 2012

Frust Yang Ni Lagi Parah Sebenarnya...

Assalamualaikum :D

Yeayy, saya dapat update blog lagi hari ni. Cuti empat hari sebelum sambung exam Chemistry, Biology dan Prinsip Akaun. Kena lah manfaat kan cuti ni sebaik yang mungkin kan? Walaupun tak berapa nak bermanfaat sangat aktiviti yang saya buat setiap hari. Hihi.
*Ehsan Pakcik Google*

Actually saya betul-betul baru terperasan. Blog saya dah tua rupanya. Genap dua tahun tiga minggu lima hari, saya dengan blog buruk ni. Happy belated birthday Siti Nurazlinda's Blog ! Doakan blog saya ni mampu bertahan dan insya-Allah boleh kasikk entri yang best-best untuk korang semua. *Hambekk, kan dah terkeluar ayat bajet retis >,< *

Saya bebetul tengah frust ni. Tapi takdela sampai tertonggeng-tonggeng kann. Prinsip kesopanan dan kesusilaan tetap saya amalkan untuk situasi macam ni. Tapi kalau dah tengah frust tu, sesiapa yang berdekatan harap siap sedia la untuk jadik punching bag saya eh. Saya cubit manja je. Hehe.

Macam tak penting je saya nak kena story kat sini. Tapi saya rasa saya kena mintak pendapat reader blog saya kan? Mana lah nak tau, idea-idea korang ni boleh pakai jugak. Nak harapkan kepala hotakk saya sorang je, sel-sel otak ni dah hampir mati. Sel yang hidup pun untuk jawab exam minggu depan je. Haishh.

Lately, rambut saya banyaaakkk gila yang gugur. Sekali sikat je, Tuhan jela yang tahu macam mana frust nya saya bila tengok rambut saya gugur macam tu je. Kalau setakat sehelai dua takpe. Normal sesangat la kan. Tapi ni lebih daripada sepuluh. Saya ulang, lebih daripada sepuluh helai ! Itu baru sekali sikat. Just imagine kalau berkali-kali sikat. Ya Allah, dah boleh cantum-cantum rambut tu buat rambut palsu. Hmm.

Putus cinta pun tak frust macam ni sebenarnya. Saya sayang rambut saya. Even saya pakai tudung, tapi saya pentingkan penjagaan rambut saya. Bila saya skodeng kat Pakcik Google, memang ramai yang buat entri tentang rambut gugur ni. Petua-petua untuk elakkan rambut gugur pun saya dah carik. Cuma tak berkesempatan lagi nak try.
*Yang ni tak sampai sepuluh helai kann?*

So.. Dear rambut, tolonglah jangan gugur bebanyak macam ni lagi. Sikit-sikit tu takpela. Saya frust gila tau tak. Hmm, kalau nak gugur pun tunggu lah saya dah tua kerepot nanti. Sekarang ni saya masih perlukan rambut saya. Bukan untuk tunjuk kat orang. Tapi rambut tu kan sebagai salah satu aset bukan semasa yang saya ada. Penting tu.. -.-

By the way, thanks sesangat kat salah seorang follower Twitter saya ni sebab semalam bila saya tweet pasal rambut saya gugur ni beliau teruihh kasikk saya gelak semula. At least, rasa frust tu agak terubat jugak la :)

Oh ya. Saya takboleh upload gambar rambut saya tu kan sini. Kan aurat.. Hihi. Kalau korang ada idea-idea yang superbb, share lah dengan saya eh.



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

2 ulasan:

Nurulee berkata...

Try lah Dove! hehe.

Siti Nurazlinda berkata...

@Nurulee, amboihhh. Idea yang tersangat bernas tu. Hehehe.