You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Rabu, 28 November 2012

Hari Ini Hari Sejarah Hidup Saya !

Assalamualaikum ! Hai korang korang semua. Hihihi, teruk sungguh bahasa jiwa bangsa saya hari ni kan? :) Sesekali tak nampak over sangat. Kan kan kan?

Saya taknak cakap saya dah merdeka. Sangat tak best. Tak best tak best. Semalam kann, students Pure Science semua pakat update status kat fesbuk. Merdeka merdeka merdeka ! Aiyoo, jeles tahu? -.-

Tapi hari ni giliran saya pulak. Hehehe. Tapi bukan nak sebut merdeka lagi. Tapi, alhamdulillah :D Yess, alhamdulillah sebab saya dah tak perlu bela eyebag namblas inci, tanam jerawat patratus hektar. Ohh, tak tau dah apa yang jadik kat muka ni haa.. Teruk teruk.

Alhamdulillah, akhirnya hari ni saya dah habis exam. Habis dah peluru saya untuk berjuang. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bukan milik saya lagi. Tinggal tunggu result aje. Mudah-mudahan kertas-kertas exam saya tu ditanda oleh pemeriksa kertas yang pemurah, baik hati dan ikhlas untuk tanda kertas saya. Semoga keputusan SPM saya nanti tak seteruk trial dulu. Insya-Allah :)

Sebenarnya saya takde lah rasa happy sangat bila dah habis exam tadi. Biasa-biasa je sebab saya rasa macam tak percaya yang saya bukan pelajar sekolah dah. Siap tepuk tampar pipi sendiri, gara-gara memang tak percaya yang saya bukan bebudak sekolah yang diwajibkan bangun setiap pukul 5.30 pagi (kadang-kadang terlambat jugak), masuk bilik air pergi mandi, merempit dengan EX5 merah aumm aumm, belajar kat dalam kelas sampai ternganga-nganga mulut menguap sebab mengantuk, balik sampai pukul 4 baru sampai rumah, makan nasik walaupun memang malas gila nak kunyah, then tidur petang tak sedar diri. Hmm, boring kan life student macam saya ni? Tapi, life macam ni lah yang saya akan rindu serindu rindunya nanti :')

Lepas habis exam tadi, ni lah aktiviti terakhir saya kat sekolah ! Niat tu nak maen hujan, tapi... Dah besar2 kann? Malu malu. Hihihi >,<



I will miss all this moments. I will !  


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

6 ulasan:

nazu berkata...

Aww aww awwwww little kiddo's all grown up now :') Awwwwwwww. Hahaha. Nazu rasa macam Nazu baru je habis paper Bio 3 semalam, but tengok-tengok now Linda pun dah habis dah :P HAHA.

Tahniah la ya dah habis :) Kita doakan yang terbaik untuk results Linda nanti. Nak sambung mana nanti jangan lupa bagitau :)

Nadia Fadil berkata...

oh , seriously conteng bju? oh myyy . kemainn muzamir . bhaha

Siti Nurazlinda berkata...

@nazu, awww awwww jugakk ! Hehehe. Ye ye. Rasa tak sangka sangat sangat sangat Linda dah habis exam. Tula kann, kejap je masa berlalu. Kita dah sama-sama semakin dewasa :)

Btw, terima kasihh Nazu ! Nazu lah kawan Linda yang paling the best Linda pernah jumpa >,< Aminn ! Mudah-mudahan. Linda takkan lupakan Nazu forever and ever.

Siti Nurazlinda berkata...

@Nadia Fadil, yelah. Seriously kitorang conteng baju. Biasa lah kitorang dah habis sekolah ! Yeayyy !! :DD

محمد رازيق berkata...

wah. dah habis spm. nway gud luck. selamat maju jaya.

Siti Nurazlinda berkata...

@محمد رازيق , Mekasihh ye ! :D