You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Jumaat, 16 November 2012

Sebenarnya, Bukan Lupa Diri...

Sangat lama saya tak menulis. Bukan tunjuk perasaan. Cuma kekangan masa yang teramat dahsyat. Kesian saya.

Assalamualaikum penghuni blog saya ! Seriously, saya rindu blog saya. Rindu kawan-kawan yang selalu mengikuti perkembangan blog ni. Rindu serindunya. Percayalah.. Hmm.

Medula oblongata saya dah merembeskan sejenis hormon yang tak dapat dikawal oleh diri saya sendiri *cehh, keluar pulak istilah Biology hari ni* :p Nafsu menghapdate !! Yang ni memang saya tak boleh tahan langsung. Maaf untuk itu.

Lagi-lagi lepas tengok si Nadia Nesbit ni punya blog. Oh my.. Memang lagi terkinja-kinja saya nak menghapdate. Tapi, saya kawal. Tahan. Sampai la ke hari ni.

Junior-junior kat sekolah, kengkawan sekolah dan ramai lagi. Masing-masing ada bertanyakan tentang blog ni. Ya Allah, terharu je rasa. Memang saya tak sangka sebenarnya. *lambai tangan macam retis*

Terima kasih sesangat saya ucapkan kat korang yang kekadang tu jadik stalker kat blog saya. Even dah lama gegila saya tak update apa-apa, tapi ada jugak yang still melawat blog saya. Alhamdulillah, syukur.

Insya-Allah, doakan saya dapat meneruskan kerja menulis dan merapu kat blog ni untuk korang. Doakan saya dapat hasilkan satu entri yang berguna untuk pembaca blog saya. Doakan saya untuk itu. Mudah-mudahan.
 

Saya masih ada dua paper Agama, dua paper Addmath, tiga paper Physics, Chemistry, Biology dan dua paper Akaun. Doakan saya untuk yang ini jugak ye. Killer paper je yang tinggal untuk saya akhir-akhir ni.

Perancangan lepas SPM? Insya-Allah, entri yang seterusnya lahh.. :D


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

4 ulasan:

Pangeran Chenta berkata...

gudluck...wat yg tbaik...mna tahu leh jd junior aku

Siti Nurazlinda berkata...

@Pangeran Chenta, insya-Allah ! Doakan aku tau tau :DD

Fendy berkata...

good luck n all da best...

Siti Nurazlinda berkata...

@Fendy, thanks a lot ya :D