You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 3 Disember 2012

Pemikiran Kita Sekarang

Assalamualaikum. Selamat tengahari korang ! :D Macam mana hari ni? Okayy ke tak okayy? Hurmm, hopefully everything is fine.

So, hari ni saya sangat sangat free. Opss, actually setiap hari pun free. Takde benda langsung nak buat kat rumah sepanjang cuti ni. Budak lepas SPM lah katakan, so memang macam ni lah jadiknya. Pagi pagi dah terbiasa bangun awal. Then mandi, tolong ibu pergi beli lauk kat kedai. Tolong masak? Hihihi, belum terbukak lagi pintu hati ni sebenarnya. Bukan tak reti masak langsung cuma tak minat. Yup, tak minat masak tapi minat sangat sangat makan ! :p Err, tak kesah lah semua tu. Nanti dah sampai seru nak kahwin, pandai pandai lah belajar masak kan? Belum terlambat lagi *Gatal*

Okay. Back to topic. Saya agak musykil sejak sejak ni. Eh, saya still boleh berfikir dengan baek lagi okayy walaupun otak saya ni agak karat jugak lah lepas habis exam hari tu. Emm, saya cuma terfikir. Kenapa ada je sesetengah manusia kat muka bumi ni takboleh nak berfikiran terbuka? Okayy, saya tahu setiap manusia tu memang diciptakan berlainan gaya, cara, ragam and so on.. Tapi, kadang kadang macam tak masuk akal je dengan apa yang difikirkan tu.

Let me explain. Cuba korang tengok kat sekeliling korang. Lelaki ramai sangat kawan perempuan, dan perempuan pulak ramai sangat kawan lelaki. Dan korang... Mesti ada yang terfikir "Playboy gila lelaki tu. Perempuan keliling pinggang". Takpun "Tu pondan kot, kawan dengan perempuan je. Macam takde lelaki kat dunia ni nak dibuat kawan". Kalau perempuan pulak pandai pandai lah korang terbalikkan sendiri ye.
Come on la. Tak semestinya bila lelaki tu ada ramai sangat kawan perempuan, means dia playboy or pondan. Atau tak semestinya jugak bila perempuan ada ramai sangat kawan lelaki, means dia playgirl or tomboy. Sorry to say. But this is reality. Kadang kadang saya pun tak faham. Kenapa ada je pemikiran macam ni kann?

Takde yang salah pun sama ada kita nak ramai kawan lelaki ataupun ramai kawan perempuan. Yang penting kita tahu jaga hati kita sendiri dan pastikan hati kita ta terpesong daripada niat kita yang sepatutnya. Mungkin bila ada ramai kawan berlawanan jantina ni, diorang akan lebih memahami antara satu sama lain. Tu je prinsip saya pegang. Kalau betul pun nak jadik playboy atau playgirl atau whatever it is, make sure khatamkan dulu buku buku yang berkaitan dengan bidang yang kita nak sangat tu. Baru lah kita jadik playboy atau playgirl yang kuat  >,< Hahaha.

Kita tak patut sempitkan otak kita yang sangat sangat berharga ni. Kita bukan hidup untuk sentiasa berseorangan kat dunia ni :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!