You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Rabu, 5 Disember 2012

Susahlah Kalau Tak Diberi Peluang

Assalamualaikum. Oppss, saya lagi update blog. Macam takde orang lain je nak mengupdate. Elehh, tak kesah pun semua tu. Saya tak kesah pun orang nak fikir saya ni gila follower, gila trafik, gila hot, gila gila remaja. Eh? Lari topik. Hehehe. Yang penting saya ikhlas nak kasikk semua reader blog saya baca apa yang saya rasa saya patut share dengan korang semua :)

Sekarang ni semuanya senang. Nak makan, fast food ada. Nak mandi, terjun je kat dalam swimming pool. Facebook, Twitter semua kat hujung jari je. Bebudak kecikk yang tak sunat lagi pun boleh dapat Ipad, Iphone. Alahai, I tak kesah sangat semua tu. Cukuplah apa adanya. Syukur syukur.

Kalau kita tengok jugak sekarang ni, ramai blogger blogger muda kann? Eh, bukan muda. Tapi cilik. Yela, budak budak kecikk pun dah ada blog tau. Saya tak nafikan yang saya pun kecik jugak tapi saya tetap nampak tua kat mana mana. Ada jugak yang bertanya "Dah kahwin ke?" Errr.. Agak sentap di situ. Itu matured lah bukan tua okayy. See, lari topik lagi. Hahaha.

Bila bebudak pun dah ada blog, bukan nak kata saya tergugat ke takut jatuh populariti ke. Tak tak. Bukan macam tu. Cuma saya sedih, sebenarnya bebudak ni faham ke tujuan diorang berblogging? Sedih sangat bila buat blog semata mata nak kutuk kawan tu, maki caci kawan ni. Hmm, sedihh sedihh.

Tak salah sebenarnya kalau bebudak ni semua create blog cantik cantik, update entri best best, tarik semua orang baca blog diorang. Memang bagus sangat tu. Eh, blog pun boleh jadik platform untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa kita tau. Kalau kita tahu gunakan blog sebaik mungkin, mesti semuanya jadik best. Percayalah..
Dan blogger blogger yang lebih berpengalaman pun takdelah teragak agak kan nak hebahkan blog kita kat orang lain kalau entri kita best. Susah jugak kalau tak dapat kerjasama daripada blogger blogger lain kan? Saya dapat bertapak dalam dunia blogging ni pun sebab adanya sokongan dan dorongan daripada blogger blogger lain. Alhamdulillah, syukur dengan kedudukan sekarang ni. So, jangan sajikan pembaca kita dengan entri yang berunsur kutukan dan makian tu ye adik adik. Saya jadik teringat pesan sorang blogger ni, blog bukan tempat coretan makian. Yup, betul betul.

Saya pun masih merangkak rangkak lagi. Belajar melalui pengalaman. Dan alhamdulillah, dua tahun merangkak saya sudah mampu untuk bertatih pula. Terima kasih korang semua ! :D


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

4 ulasan:

Chaa (: berkata...

setuju pendapat hang.. like you say before this.. superb alasan utk diberi peluang.. yg penting PENGUASAAN BAHASA :D

Dianaa berkata...

betul tu. ramai budak kecik yg celik IT sekarang ni. paling muda yg FD pernah nampak, blogger yg berumur 10 tahun. hebat ohhh! blog pun cantik

Siti Nurazlinda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Siti Nurazlinda berkata...

@Chaa, yes. Exactly ! Btw, selamat menjadi wirawati negara ! :D

@Dianaa, mak aihh? Sungguh ke? Alahai, kecik sangat tu nak berkecimpung dalam dunia ni. Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan.