You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Jumaat, 27 Januari 2012

Orang Lain Putus Cinta Boleh Cool Je, Tapi Kenapa Saya Tak Boleh?

assalamualaikum.

''saya nak cakap sesuatu yang penting dengan awak ni''

tetibe aje si Senah dapat surat layang daripada boypren beliau. jantung si Senah rasa macam nak tercabut dah ni. tapi, nasib baik beliau selalu melantak Quaker Oats tiap-tiap pagi. dan hasilnya, jantung beliau masih kuat dan sihat! ;)

dan ini fakta, hampir separuh manusia kat bumi ni akan terima ayat dramatis cenggini daripada sang boypren/girlpren dan sewaktu dengannya bila gaduh kan? masa ni, ada yang dah standby nak tarik lagu menghitung hari, beli tisu berkotak-kotak, letak besen depan mata sebab takut rumah banjir gara-gara kilang airmata tengah kaya dengan airmata.

chill lah, putus cinta bukan satu pengalaman yang mengerikan, menyedihkan atau pengalaman yang paling tak gempak dalam hidup korang. ehh, berak sembelit lagi ngeri tau! tak caye, try lah makan chewing gum banyak-banyak then telan terus dengan gelojohnya. confirm, korang akan sokong statement linda yang berak sembelit lagi ngeri :p

dan chill lagi, korang bukan keseorangan bila korang putus cinta. elehh, bersepah lagi manusia alam kat dunia ni yang ada dengan korang. mak, ayah, pakcik, makcik, nenek, atuk bah kan onyang korang pun boleh teman korang tau. kalau dah takde sangat manusia, carik lah katak sekor. ajak sembang dengan korang. untung-untung katak tu boleh bertukar jadik putera raja yang kachak lagi bergaya ke. paling hodoh pun ada lah macam muka anney kat depan rumah linda ni. hihik.

korang berhak untuk rasa kecewa, hati hancur berkecai atau rasa disakiti. tapi, tak semestinya korang kena layan perasaan tu kan? cuba korang fikir, kalau korang bercinta doplohpat kali dalam hidup korang so korang terpaksa lah frust tertonggeng-tonggeng sebanyak doplohpat kali? aiyoo, kalau linda memang tak sanggup!
kalau budak ni tonggeng cenggini, comel lah. tapi kalau korang? =.='

banyak cara nak kasikk hati korang yang dah hancur berkecai tu sembuh semula. gam lah kuat-kuat dengan gam gajah. insya-Allah, tak hancur dah kot. kalau cara tu tak gempak, korang boleh pergi kedai jahit Mat Tailor yang ohsem tu then jahit hati korang. setakat bayar berapa hengget je, berbaloi-baloi kot daripada korang kena nangis sepanjang minggu.

mehh nak kasikk tahu sikit. manusia sebenarnya tak boleh hidup tanpa oksigen, bukan tak boleh hidup tanpa cinta. so, fikir-fikir kan lah dan lihat hasilnya :))

p/s : linda putus cinta pun masih boleh tersenyum tau. hebatt tak? -..- kembang hidong dah ni.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 23 Januari 2012

Kronologi Zaman IT Linda

assalamualaikum.

waktu cuti sekolah ni lah yang paling ohsem bagi linda. sebab utamanya ialah kenduri kawen bersepah-sepah sana sini. dapat lah linda penuhkan perut comel linda ni dengan makanan-makanan yang super duper lazat. dapat jugak usha pengantin lelaki yang kachak belaka. oh, indahnya dunia! hihik.

okayy, linda dah mula menggatal -,-'


zaman sekarang kan dah maju. walhal, wawasan 2020 tak sampai lagi. tapi, manusia abad ini boleh jadik genius. budak-budak kecik pun dah ada blog. atuk nenek pun dah pandai skodeng cucu-cucu mereka kat fesbuk. takut terkena kejutan budaya katanya.
linda mula kenal komputer pun masa darjah empat. masa tu pun sebab cikgu linda hantar linda pergi Cyberkidz Camp kat Johor. siyes, terkial-kial belajar komputer. tekan keyboard pun guna satu jari aje. dapat dengar lagu starting untuk komputer pun masa tu sempat melompat-lompat kegembiraan.

lepas balik je daripada kem tu, terus mintak ayah beli komputer sebijik. dulu, mana ada duit nak beli laptop. masa tu harga laptop mahal tak terhingga. so, terpaksa lah guna komputer yang besar gedabak. dah sama saiz dengan tv tau.

tapi tetap tak best. sebab main komputer sorang-sorang je dalam bilik. adik-adik kecik lagi waktu tu. satu hari, kawan pun hasut pergi kafe siber. bukan senang nak pergi kafe siber tu. mintak duit kat ibu, confirm kena ketil. lebam kat peha. tapi, linda berusaha jugak untuk pergi kafe siber tu. simpan duit sikit-sikit kat tabung doraemon. bila dah penuh, korek lah. hihik. haa, masa ni lah linda mula kenal internet. ehh, fesbuk linda belum wujud lagi waktu tu. yang ada yahoo messenger aje. email pertama pun linda_baik04@yahoo.com. nampak sangat skema kan? =.=' biasalah, budak baru darjah lima.

nak maju sikit, linda try lah pulak myspace. masa zaman kegemilangan myspace, linda dapat jumpa ramai kawan-kawan yang sebaya dengan linda. kawan-kawan sekolah pun ada jugak. masa ni jugak, linda dah pandai posing. iyelah kan, nak letak gambar posing sakan tu kat myspace. suruh orang komen. bajet comel giloss masa tu.

masuk je tingkatan dua, linda dah pandai buat fesbuk. linda tahu pasal fesbuk ni pun sebab tengok artis-artis kat tv tu suruh peminat carik diorang kat fesbuk. masa tu linda terfikir, kalau linda buat fesbuk mesti ramai orang akan carik linda. dapatlah merasa jadik retis kan? hihik :p

tak lama lepas tu, linda cipta pulak satu blog. ni lah blog linda since 27 November 2010. alhamdulillah, linda naik perlahan-lahan untuk sampai ke tahap ni. bukan senang tau linda nak cipta nama dalam dunia blogging ni. kena ada high level kesabaran.

untunglah budak-budak yang dah ada fesbuk, blog, twitter dan segala jenis laman sosial kat dunia ni. korang tak merasa kesusahan linda masa kecik-kecik dulu :))

p/s : macam mana pulak pengalaman korang?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 21 Januari 2012

Diri Saya Dilahirkan Memang Untuk Ditipu

assalamualaikum.

seriously, tight face atau pun bahasa kampungnya muka ketat dipamerkan when writing this stupid post. this muka ketat is not good for your healthy. Shila Hamzah nyanyi lagu patah seribu hatiku, korang pulak nyanyi kedut seribu mukaku pulak nanti -,-

tetibe pulak hari ni linda nak jadik pakar motivasi. saje nak habiskan masa lapang sebenarnya. lagipun linda rasa linda patut kongsi tips ni dengan kawan-kawan blog linda supaya korang tak senang ditipu. yeahh, tips hari ni ialah tips untuk kenal si penipu durjana :) credit to kak Nurul sebab buat entri cara-cara nak detect kita sedang dikencing.

entri ni diolah dan diubahsuai supaya tak lah nampak macam copy paste sangat kan? >,<

okayy, firstly masa korang tengah face to face dengan someone yang mungkin akan menipu korang, cuba tengok mata dia. senang cerita, tengok muka dia. iyelah kan, bila seseorang nak menipu tu dia takkan tengok mata kita. takut kantoi lah katanya. lain lah kalau muka kita ni macam hantu pocong, surely lah dia taknak tengok kan?

bila dia menipu, dia memang seboleh-bolehnya taknak tengok muka kita sebab nak elak kena pandang mata kita. menurut kajian yang kak Nurul buat, otak yang nak menipu takkan boleh bekerjasama dengan mata yang melihat. kalau kita tengok mata dia asyik melilau-lilau tu, adalah something yang tak kena tau. tapi, ada jugak si penipu yang sedaya upaya cuba untuk pandang muka kita. itu memang penipu tahap cilake lah namanya.

lepas tu, suara si penipu ni akan berubah-ubah tau. bukan berubah jadik suara alien or whatever suara. tapi, berubah macam dia try untuk slow down kan volume suara dia dan tetibe je volume tu boleh jadik kuat balik. atau pun saje menggatal nak keluarkan bunyi ehem-ehem tu. dan lama-lama dia lebih banyak berdiam diri bila disoal oleh kita.

masa ni, mestilah dia akan rasa gelisah kan? senang je nak detect. bila si penipu ni gelisah, dia akan cuba carik sesuatu untuk dipegang like pegang kepala, pegang kaki dan kadang-kadang tong sampah kat depan rumah kita pun dia nak pegang. in other word, dia nampak sangat tak selesa dan nervous. dan ada jugak si penipu yang cepat berubah muka macam tetibe jadik pucat ke merah ke. haa, tu tandanya dia sedang cuba untuk menipu kita. (muka merah tu bukan sebab sun burst ehh)

dah takut sangat dia akan kantoi tak lama lagi, cepat-cepat lah dia tukar tajuk kan? lagi-lagi kalau tetibe dia tukar tajuk yang takde kena mengena langsung dengan topik yang dibincangkan. dan silap-silap hari bulan, setiap perkataan yang terkeluar dari mulut dia semuanya tipu. so, better watch out.

dan last sekali, si penipu ni akan tetibe jadik gila. maksudnya, dia akan tetibe je nak buat lawak bodoh yang boleh mengaburi mata kita. yelah kan, bila kita dah sakan gelak mesti lah dia berjaya tipu kita sebab kita takkan tanya soalan-soalan yang boleh buat dia gelisah.

so, the moral of this story is kalau nak menipu make sure korang menipu sebaik mungkin. kalau boleh, jangan sampai kantoi. baru best kan? dan sebelum nak menipu tu, list down kan semua point yang korang nak tipu tu. at least tak lah lupa apa yang nak ditipu tu. hihik :p

p/s : baru-baru ni linda ditipu kaw2 punya. sebab tu linda patut untuk tulis entri macam ni =.=


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 14 Januari 2012

Eksklusif : Sesi Pencarian Admin Baru Blogger Members!

assalamualaikum.

honestly, tahun ni ialah tahun yang membuatkan hidup linda terkontang-kanting. ehh, bukan tak terurus okayy, cuma agak kelam kabut sikit. macam semua orang tahu, linda kan SPM candidate ;) so, lifestyle pun mula lah berubah mengikut aktiviti yang padat persis milo fuze.
takpayah nak menaip panjang berjela sangat. entri ni untuk korang yang sangat tak busy mahupun busybody. linda nak mintak tolong sangat-sangat ni =.= sebelum tu, admin yang dicari ni untuk group Blogger Members ye.

kriteria-kriteria admin yang dicari :
  • mestilah linda nak yang tak sibuk. means, yang hidup dia hanya untuk fesbuk dan blog. yang selalu ada masa untuk approve join request daripada rakan-rakan blogger yang lain. tapi takde lah sampai nak makan fesbuk, tidur blog, mandi fesbuk. tak seteruk itu okayy.
  • rajin mempromote group yang dikendalikan. jemputlah kawan-kawan blog korang untuk join group kita ni. biar meriah katanya kan? :p
  • takde had umur (atas cadangan seseorang rakan). setakat ni yang paling muda pun cik Farozze je.
  • pastikan korang lelaki sahaja. linda taknak ada kekeliruan timbul dalam group tu nanti >,<
kalau korang rasa korang dah lulus dengan kriteria-kriteria tu, bolehlah carik linda kat fesbuk. hanya inbox message (IM) sahaja yang linda terima okayy. tak perlu add linda pun takpe. hantar je mesej kat fesbuk tu, insya-Allah linda akan balas. boleh jugak tinggalkan pesanan kat dalam ruangan komen blog linda ni untuk inform kan yang korang nak jadik admin.

linda akan bagitahu syarat-syarat yang sepatutnya untuk jadik admin group tu nanti. kerja korang, hantar je mesej kat linda dulu ye. jangan gelabah sangat, ni bukan interview nak carik kerja pun -.-'

p/s : group ni takde lah hebatt sangat, tapi linda rasa bertanggungjawab untuk terus kekalkannya.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 7 Januari 2012

Tabahlah Wahai Hati

assalamualaikum.

takpayah nak intro sangat. homework masih bersepah-sepah. buku fizik dengan english dah merengek mintak dibaca. hari ni seharian tidur, tak ingat yang dunia ni masih memerlukan linda :p

nak cerita pasal fakta. hampir sembilanplohpat peratus manusia abad ini pernah merasai detik-detik ditinggalkan sang kekasih hati. ehh, taknak ngaku pulok! ngaku lah cepat. tak baik tipu tau, mak marah... >,<

okayy, detik-detik perpisahan tu merupakan detik yang paling menyeksakan hati kita. masa tu kita hanya fikir untuk menangis, menangis dan terus menangis. serius linda cakap, muka kita waktu tu dah macam pontianak hilang anak. ehh, pontianak harum sundal malam je yang hilang anak kan?

takde siapa yang dapat rasa apa yang kita rasa waktu tu. sedih, hiba pilu, kecewa dan kalau tak kuat iman, mesti rasa nak bunuh diri =.= ehh, tak tak.

actually, ada hikmah atas perpisahan tu. kita memang tak pernah mintak. tapi kalau Tuhan nak jadikan perpisahan tu, ada sesiapa berani nak halang? kita sebagai hambaNya, sangat tak kuat. kita pasti rasa berat sangat nak hadapi perpisahan ni.

tapi, kita masih boleh berusaha untuk bangkit dari sebuah perpisahan. tak susah kalau kita cari sisa-sisa kekuatan dalam diri kita. mula-mula memang sangat susah. tapi, pada akhirnya kita akan rasa bebas dari rasa kecewa. kita pasti akan biarkan detik perpisahan tu berlalu ditiup angin laut china selatan :')

teringat kata-kata ibu tercinta..
''yang berlalu, biarkanlah ia berlalu. jodoh kamu berdua mungkin tak panjang tapi bukan bermakna hidup kamu berakhir di sini. jangan fikir sia-sia berikan kasih sayang kepada si dia kerana kamu pasti akan rasa kasihan pada diri kamu dan pasti kamu takkan pernah belajar untuk bangkit dari perpisahan itu. jadilah seorang perempuan yang kuat kerana ibu yakin orang lain pasti akan menghormati kekuatan yang ada pada diri kamu.''
teringin nak jadi seorang manusia yang bebas terbang di awangan.

p/s : okayy, kilang airmata dah bankrap :p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 6 Januari 2012

Susah Untuk Buat Keputusan

assalamualaikum.

okayy, maaf sekali lagi. dah empat hari linda terkebil-kebil depan buku. takde masa langsung nak tengok blog. fesbuk? setakat notification aje lah yang mampu linda tengok. balas IM kawan-kawan pun macam tak ikhlas aje =.=

sangat susah bila dah jadi pelajar tingkatan lima. memang best, sebab kita lah yang paling senior. boleh buli budak-budak kecik :p tapi tanggungjawab kita semakin besar. kena fikir masa depan dan perkara tu yang mematangkan diri linda sekarang.
dah tak boleh nak gedik-gedik bila nak buat sesuatu keputusan. kena berani tanggung semua risiko atas keputusan yang kita dah ambek tu. kalau tak, mesti menyesal kemudian hari kan?

dan sebelum terlupa, linda nak promote sikit. seorang lagi rakan blog linda baru berjinak-jinak dalam bidang mendesign header. so, kepada sesiapa yang berminat boleh lah skodeng si Pangeran Chenta kat blog beliau. lagi senang terjah je terus kat fesbuk beliau. sambil-sambil tu boleh berkenalan sekali. jadik lah cinta muka buku ke >,< hihik.

fesbuk beliau : kat SINI

p/s : jom tengok Ombak Rindu ;) okayy, ketinggalan !


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 2 Januari 2012

Pengakuan Ikhlas

assalamualaikum.

Alhamdulillah, linda masih tidak lupa cara untuk menulis untuk korang semua. maafkan linda kerana abaikan pembaca-pembaca blog linda. actually bukan abaikan, tapi linda sangat perlukan ketenangan untuk memperbaiki diri linda supaya menjadi insan yang lebih baik. semua orang nak kan yang terbaik untuk diri mereka kan?

okayy, takpayah nak skema sangat. apa-apa pun hidup kita mesti selalu kena happy ! baru lah kita enjoy hidup kita dengan sempurna. ye dak?

mula-mula dalam dunia blogging, rasa sangat tak dihargai. iyelah kan, kita buat entri panjang berjela then kita sendiri yang baca entri tu. masa tu memang tak patah semangat. tetap jugak nak keluarkan idea yang terkepam dalam kepala hotak ni. biar merapu, asalkan dapat menulis. sangat seronok bila kita dapat merapu dalam blog sorang-sorang kan?

tapi setelah setahun lebih linda dalam dunia blogging ni, linda rasa sangat bertuah. ya, bertuah sebab linda dapat kenal blogger-blogger lain serata dunia ! sumpahh, best sangat. dan yang paling linda terharu, linda rasa sangat sangat dan sangat dihargai. walaupun linda hanya seorang penulis blog yang kudus, tapi linda sangat bangga sebab masih ada yang sudi terbeliakkan bijik mata kat blog linda *ehh, dah lama tak makan penampar kot ! ;)

linda sangat bersyukur dan terharu, sampai menangis sorang-sorang bawah bantal busuk linda tau. yelah kan, linda tak update blog hampir sebulan. ada jugak yang cari linda dalam blog ni. dan linda nak buat pengakuan yang linda takkan berhenti berblogging. sungguh ni, korang percaya ke tak? linda takkan berhenti berblogging.

walaupun linda jarang update blog, tapi bukan bermakna linda akan tutup blog ni untuk selamanya. sebagai insan yang bergelar pelajar, korang mesti tahu kan jadual linda macam mana? lagi-lagi tahun ni linda akan berperang dengan SPM. dan tolong doakan kejayaan linda ya :')
pakcik Google sentiasa kreatif ! :D

insya-Allah, tahun ni akan jadik tahun yang bermakna untuk kita semua. btw, selamat tahun baru 2012 ! tanpa korang, mesti linda takkan update blog untuk pagi ni. oppss ! linda terlupa lagi. dah masuk tahun baru ni, linda nak mintak maaf if selama linda menulis dalam blog huduhh ni linda tersakitkan hati sesiapa atau ada yang terasa dengan ayat-ayat bajet hot linda :p Insya-Allah I'll be a new Siti Nurazlinda.

p/s : take care guys, spread love *trademark Najwa Latif >,<


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!