You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Khamis, 2 Februari 2012

Setiap Orang Lain Pendapatnya Kan?

assalamualaikum.

baru hari ni hati linda terdetik nak update entri baru untuk korang. alhamdulillah, linda masih ingat tanggungjawab dengan blog.

yelah kan, manusia bukannya sempurna. kadang-kadang kita selalu buat kesilapan sama ada kita sedar atau pun tidak. bila kita tahu kita tak sempurna, kita kena lah cuba betulkan supaya ia jadi sempurna. practise make perfects kan?

okayy, ada soalan cepumas. perasan tak setiap kali korang nak update wall status kat fesbuk, akan ada caption what's on your mind atau bahasa jiwa bangsa nya apa yang anda fikirkan. korang rasa, kenapa Mark Zuckerberg cipta caption macam gitu? ada sesiapa boleh tolong jawabkan untuk linda?

korang mesti tak pernah terfikir kan, kenapa Allah SWT cipta akal dan hati kita tanpa mulut? bayangkan je lah apa akan jadik masa hati atau akal kita terdetik then hati dan akal kita tu berkata-kata. haru biru kan? bersyukurlah akal dan hati kita dicipta tanpa mulut. alhamdulillah.

back to our topic, Allah merahsiakan akal dan hati kita sebab taknak kita gaduh, bermusuhan, tarik-tarik rambut. katakan lah, hati kita terdetik "si Joyah (bukan nama sebenar) ni, dah lah mulut becok, macam murai tercabut ekor, patutlah nama pun Joyah (bukan nama sebenar)."bila si Joyah (bukan nama sebenar) ni dengar hati kita cakap macam tu, tak ke naya?

sebab tu lah, dalam fesbuk, twitter, blog, myspace (wujud lagi ke?) korang taip tentang seseorang, pastikan apa yang korang taip tu tak bukak aib orang tu. walaupun korang marahkan orang tu sekalipun, cuba untuk tidak menyakiti hatinya. korang buat lah ayat kontra. lets say "aku benci Joyah!!" akan jadik "aku sayang 'dia' (nama dirahsiakan)!! :p" kan takde sesiapa yang terasa.

sama jugak dengan blog. sepatutnya blog bukan diari. ramai yang cakap, sharing is caring kan? tapi, tak ramai yang cakap sharing is caring but not everything.blog is blog dan diari is diari. blog tempat kita bertukar-tukar pendapat dengan orang lain. dengan kawan-kawan alam maya. tapi diari, tempat kita luahkan semua isi hati kita yang dah berkurun kita pendam.

kesimpulannya, tak salah kalau kita nak luahkan atau mengadu kat dalam Facebook, Twitter atau Blogger. itu hak masing-masing kan?

p/s : nasihat untuk saya juga kerana saya juga belum sempurna :')


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!