You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 28 Mei 2012

Cara-Cara Nak Jadik Perempuan Yang Jahat Tapi Bermaruah

Assalamualaikum.

Hari ni kan, saya rasa saya patut abadikan peristiwa yang paling superb dalam hidup saya. Mana lah tahu kan, kot-kot umur saya tak panjang. Boleh lah anak cucu saya buat tribute untuk saya kan? ;)

Actually saya cuma nak mengajar diri saya macam mana nak jadik perempuan yang jahat tapi tetap bermaruah. Sebab saya mengaku saya jahat tapi sejahat-jahat saya, saya tetap cuba untuk jaga maruah saya. Maruah tu bukan dari segi kehormatan dan harga diri je. Tapi maruah yang lebih terbuka iaitu nama baik dan personaliti kita sendiri.

Okay, lets go direct to the point.
Cara-cara nak jadik perempuan yang jahat tapi bermaruah :

1. Mulut tu takpayah beli insurans mahal-mahal. Cukuplah setakat insurans RM 1.50 kat sekolah tu. Dah memadai. Tapi, tak perlu lah sampai nak heboh kat Facebook, tempek kat wall yang kita ada insurans sehengget setengah tu kan? Jaga sikit lah maruah kita tu. Orang lain pun ada insurans jugak. Lagi berhengget-hengget daripada kita.

2. Tetibe pulak kita kenal sorang mamat ni. Dia punya gaya, walaupun tak kaya. Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja *cehh, pengaruh lagu Najwa Latif banyak sangat ni :p Nak kata mamat sorang ni ada girlfriend, memang tak lah. Sebab tu boleh tersangkut tu. Dah chantek punya adjust. Tapi tetibe lagikk ada sorang minah mana tah sibuk jugak nak kat mamat tak kaya ni. So, chill. Lepaskan je mamat tu. Sebab nak berebut buat apa? Sembur je minah tu untuk kali terakhir, then bla. End of story right? Walaupun jahat, tapi tetap bermaruah. Sebab takde lah berlaku adegan smackdown sesama kaum. Buat malu je.

3. Nak mencarut? Silakan.. Tapi tulis dalam kertas sudah lah. Mencarut lah kau sepuas-puasnya kat atas kertas tu. Lukis gambar orang yang kita tak suka sangat-sangat tu seburuk-buruknya, then mencarut lah kat lukisan yang kita dah hasilkan. Bukan senang nak melukis seburuk yang mungkin kan? Inilah masanya. Daripada kita mencarut dalam Facebook, Twitter.. Apa lagi depan-depan. Nampak sangat tak bermaruah. Penat mak ayah daddy mummy kita hantar pergi sekolah agama masa kecik-kecik, then bila dah besar segala mak nenek binatang keluar dari mulut kita. Kalau pergi zoo tu lain cerita la kot nak sebut-sebut nama binatang tu semua.


Ada banyak lagi sebenarnya tapi saya rasa cukuplah tu perbuatan paling jahat saya pernah buat. Tapi tetap bermaruah kan? Memang lah tak baik, tapi nak buat acaner. Manusia macam saya ni ada had kesabaran. Kadang-kadang boleh meletup jugak kalau dah terlebih darjah celcius nya.

Nasihat saya, kalau korang rasa diri korang baik janganlah sesekali buat macam mana yang saya dah buat ni. Sebab nanti, saya yakin seyakin-yakinnya.. Sekelip mata je semua orang akan benci korang. Percayalah..

I stop here now. Take care uolls. Nite.

p/s : Saya hanya belajar melalui pengalaman. Maaf kalau ada yang tak setuju :))


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 26 Mei 2012

Update Laju-Laju Malam Ni

Assalamualaikum dan hai!

Yeayy, cuti sekolah dah bermula. Actually, taknak update apa-apa entri malam ni. Nak biar je blog ni sepi. Tapi tak sampai hati pulak kan? Dah lah ni blog kechentaan hati <3

Cuti sekolah, macam biasalah. Tahun ni kan saya ambek SPM, so kelas tambahan memang wajib ada. Alhamdulillah cuma empat hari je. Kalau berderet kelas tambahan, tak dapat lah nak rasa cuti kan?

Homework pun tak lah banyak sangat. Kalau boleh, saya nak siapkan semua kerja-kerja yang tertangguh tu masa first week cuti ni. Second week holiday tu saya boleh rehat sepuas-puasnya! :))
Untuk kawan-kawan saya yang masih bersekolah macam saya ni, selamat bercuti! Manfaatkan masa cuti korang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti memasak *jangan sampai masak telur pun terlebih garam macam saya sudah :p

Sebelum tu saya nak tanya. Macam mana nak tunjukkan yang kita sayang kat seseorang? =.='

Thanks for reading. Take care and bye >,<

p/s: Tetibe rasa nak makan cendol malam-malam ni.



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 19 Mei 2012

Tak Perlu Duduk Berjam-Jam Depan Laptop Untuk Update Satu Entri?

Assalamualaikum and hye :D

Okayy, almost two weeks I push myself to focus on study. Sampai nak update blog pun takde masa. Everyone told me that I have to struggle gila-gila this year because this is my final year. Yes, tak lama lagi saya akan jadik seperti anak burung yang berterbangan bebas di angkasa sebab saya tak perlu bebankan kepala otak saya untuk subjek-subjek yang amat susah kat sekolah. Tinggal berapa bulan je lagi saya perlu jalankan rutin harian saya yang agak bosan tu. I have no choice.

Ada yang berkata..

"Setakat update blog berapa minit pun tak sampai. Bukannya kena duduk berjam-jam pun kat depan laptop tu."

Yes, saya tak nafikan. Memang lah tak sampai berjam-jam. Tapi, biasalah kalau pelajar sekolah macam saya ni online. Mana cukup setakat berjam-jam. I need berjam jam jam jam jam untuk update blog plus online Facebook plus usha Youtube plus godek Twitter dan sebagainya. Siyess, tak cukup berjam-jam tu. Boleh nampak kan betapa banyaknya jam yang saya perlukan hanya untuk mengupdate satu entri?

Hari ni pun, saya start online after maghrib tadi. Now almost 10pm. Just imagine what I had done a few jam jam jam before? Sampai lenguh badan saya menghadap laptop ni pun saya tak peduli dah. Yang penting saya dapat lepaskan ketagih saya untuk online. Even saya dah selalu online on phone, tapi tetap tak puas jugak.(thanks to my mom 'cause bought an amazing Corby for me >,<)

I should stop here. Nanti macam-macam pulak saya nak tulis. Perlukan berapa banyak jam lagi untuk tu?

Oh ya, esok saya dan kawan-kawan ada konvoi ke Batu Kurau. Doakan saya dan kawan-kawan selamat pergi dan selamat balik untuk esok.

Take care all. Nite.

*English words in this entry pun saya kena guna Google Translate tau. See, berapa jam pulak untuk ni? :p


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 4 Mei 2012

Title Pelajar Harapan Bukan Satu Kebanggaan

Assalamualaikum.

Seriously, banyak homework tertangguh sebenarnya. Tapi disebabkan jari gatal nak menaip hari ni, terpaksa lah curik masa sikit. Kata 'pelajar cemerlang', haruslah pandai bahagikan masa kan? =.='

Cerita pasal pelajar cemerlang ni memang confirm buat saya sakit hati tetibe. Sepatutnya mestilah bangga sekali gus kembang hedong sebab dapat jadik pelajar harapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tapi siyess, saya sangat tak suka dengan title pelajar harapan ni. Sebabnya :


  • Pelajar harapan tak semestinya akan dapat semua A dalam exam nanti. Pelajar yang bukan harapan tu yang tak mustahil akan dapat semua A.
  • Saya tak suka bila cikgu-cikgu mengharapkan sesuatu yang lebih dari yang saya mampu. Tak semua yang diharapkan tu akan tercapai.
  • Bukan semua orang ada minat yang sama. Tuhan ciptakan kita pun lain-lain rupa, lain-lain perangai. So tak mustahil jugak minat kita lain-lain kan? Katakanlah, saya tak suka dan tak minat certain subjects in school. Then cikgu tetap paksa-paksa saya untuk dapatkan A dalam subjek tu. Dah saya tak minat, apa yang saya boleh buat? Saya pandai macam mana sekalipun, kalau tak minat memang takkan dapat A. Minat tak boleh dipaksa.
Jenuh saya explain depan kaunselor. Siap menangis lagi. Saya kan berhati sensitif :p 
p/s : Saya tak bangga langsung bila cikgu pilih saya jadik pelajar harapan. Muka saya yang terpampang kat poster pelajar harapan tu pun sikit tak buat saya bangga. Saya tahu kemampuan saya :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 1 Mei 2012

Terpaksa Menulis Kembali

Assalamualaikum.

Sebenarnya terpaksa update entri bodoh lagi untuk hari ni. Seriously, hati sedang gundah gulana ni. Nama pun remaja kan? Selalu sangat ditimpa dengan masalah yang kadang-kadang masalah tu diri sendiri jugak yang carik.

Actually just want to know. If we close with someone, that's mean we have an affair with him?

Siyess, saya sangat-sangat tak faham bila orang lain sanggup buat fitnah yang bukan-bukan bila saya rapat dengan mana-mana lelaki. Salah ke? Saya rasa saya tak rampas boyfriend orang. Saya dan dia hanya kawan. Seingat saya, dia memang dah takde someone special dalam hidup dia. Itu yang saya tahu. Tak perlu rasanya sampai nak fitnah I have scandal with him. Dan tak perlu jugak kata saya ni perempuan tak guna. Sedih tahu dak? =.='

And now, saya terpaksa jauhkan diri saya daripada si dia. Saya taknak orang lain sedih, sakit sebab saya. Terlalu memikirkan masalah yang dicipta oleh manusia sendiri. Saya terpaksa korbankan persahabatan kami. Sedangkan saya sangat-sangat menghargai erti sebuah persahabatan.

Daripada dia, saya banyak belajar erti kesabaran. Daripada dia jugak, saya banyak belajar erti kehidupan. Dia tak jemu-jemu beri semangat untuk saya. Tapi sekarang, disebabkan fitnah yang datang saya tak kuat nak hadapinya sorang-sorang. Dia sendiri yang mintak saya jauhkan diri daripada dia.

For that person who loves to make toy stories about me, please stop it. Saya tak pernah kacau hidup awak. Saya tak pernah fitnah awak macam-macam sebab saya masih anggap awak kawan saya. Saya diam bukan bermakna saya lemah. Saya diam bukan bermakna saya tak mampu untuk lawan awak. Cuma saya berdiam sebab saya taknak bergaduh dengan awak. Awak pun kawan saya jugak. Berhentilah fitnah saya. Banyak lagi perkara yang awak boleh sembangkan dengan orang lain. Tak perlu bersembang mengenai kisah hidup saya. Hidup saya tak menarik untuk diceritakan. Saya kesian kat awak, terpaksa bagi pahala free kat saya, terpaksa tanggung pulak dosa saya yang banyak ni. Saya taknak bahu kiri awak semakin senget nanti. Ouhh ya, sebelum terlupa. Awak tak perlu kata saya ni perempuan tak guna semata-mata awak rasa saya berkawan dengan dia. Saya tak pasti, siapa sebenarnya perempuan tak guna dalam hal ni. Awak merendahkan maruah awak sebagai perempuan sebenarnya. You deserve that title actually. Perempuan tak guna is for you, not for me. Awak nak rosakkan hubungan saya dan dia? Syabas! Awak dah berjaya sebenarnya :')

Dan untuk awak yang hampir tiga bulan susah senang dengan saya, terima kasih banyak-banyak. Orang lain memang tak tahu apa-apa. Awak mintak saya jauhkan diri daripada awak kan? Baik, saya tunaikan permintaan awak. Dengan rela hati. Walaupun saya tahu semua tu sakit, tapi saya kena buat. Demi awak. Saya taknak awak susah sebab saya. Saya taknak awak difitnah, dipandang rendah sebab saya. Cukuplah awak dah tahu tentang hidup saya. Takkan ada kawan lelaki yang terbaik macam awak akan muncul dalam hidup saya. Terima kasih sebab awak banyak mengubah hidup saya. Maafkan saya sebab persahabatan yang singkat ni membuatkan hidup awak terseksa. Awak tak perlu susah-susah nak jaga hati saya sebab saya masih mampu untuk jaga hati saya sendiri. Buatlah apa-apa yang terbaik untuk hidup awak. Dan awak kena ingat yang saya masih sahabat awak sampai saya tutup mata.

*Pesanan ikhlas kepada lelaki-lelaki di luar sana,
jangan sesekali cuba untuk berkawan dengan saya. Sebab saya taknak awak semua kena fitnah jugak sebab saya.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!