You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 24 Jun 2012

Belajar Memahami Sebelum Menilai

I know all of this happened because of me. But that was not my intention to hurt anyone =.='

Oh, hai. Saya betul-betul not in mood hari ni. Sebenarnya tadi ada tapi sekarang macam dah tunggang-langgang. Hormon tak stabil lah kot.

Saya menulis malam ni sekadar nak luahkan perasaan saya. Ni je satu-satunya cara untuk saya kembali tenang. Kalau dulu, mungkin saya boleh menangis untuk kurangkan tekanan perasaan tu. Tapi sekarang, kilang airmata saya dah bankrupt. So, tak dapat nak menghasilkan produk airmata yang berkualiti dan dijamin halal.

Saya teringat kata-kata seorang ustazah...
  • Kita senang je menilai seseorang tu baik atau buruk tanpa kita kenal siapa diri orang tu yang sebenarnya.
  • Kita mudah untuk rasa tak suka pada orang tu sedangkan kita tak kenal ponn siapa orang tu sebenarnya.
  • Hati kita ni mudah sangat terdetik untuk menyimpan perasaan tak suka atau benci pada seseorang yang belum kita kenal hati budi dia.
Malam ni, saya sangat faham tentang perkara yang ustazah ni cuba sampaikan. Ya, kita mudah untuk menilai seseorang. Menilai keburukan seseorang tanpa memahami apa-apa tentangnya. Itu fitrah manusia. Takde siapa dapat mengelaknya. Allah tu Maha Adil. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Sebab tu Allah ciptakan syurga dan neraka. Allah jadikan ada manusia baik dan manusia yang kurang baik. Supaya adil..

Sedangkan kita dah kenal seseorang tu untuk jangka masa yang panjang ponn kita masihh mencari keburukan orang tu tanpa memahami dirinya. Kita selalu nampak kesalahan seseorang tapi kita tak pernah nampak kesalahan diri kita sendiri. Sebabnya kita tak pernah mencuba untuk mencari kekurangan diri sendiri.
Saya rindu zaman kanak-kanak saya. Tak perlu menilai sesiapa. Tak perlu belajar untuk memahami seseorang yang tak pernah memahami saya... :') 


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 22 Jun 2012

Betulkan Niat Dalam Berblogging

Assalamualaikum..

Saya tak perlu tulis yang bukan-bukan dalam blog ni. Saya tak perlu sindir orang ni, perli orang tu.. Sebab saya yakin pasti mereka akan terasa dengan perbuatan yang mereka sendiri lakukan.

Saya buat blog bukan untuk mengata orang sana sini. Walauponn blog saya sebagai tempat saya meluahkan perasaan but not everything I should write here. Macam takde privasi dalam hidup. Saya tak suka tu..
Saya hanya seorang gadis blogger yang menulis sekadar untuk menenangkan fikiran, berkongsi ilmu dengan blogger-blogger yang berpengalaman, carik kawan-kawan dunia maya yang kadang-kadang lebih baik daripada kawan di dunia realiti. Itu yang saya belajar sejak hampir dua tahun saya berblogging.

Kita semua tahu kan, sekarang ni ramai blogger baru yang muncul.Tapi kita tahu ke apa tujuan mereka berblog? Saya tak kesah ponn apa tujuan mereka cuma saya agak terkilan kalau ada dalam kalangan newbie ni yang buat blog sekadar nak kutuk orang sana.. maki orang sini.. Even kutukan dan makian tu tak ditujukan khas kepada orang yang berkenaan tapi apa perasaan orang tu bila dapat tahu dirinya dijadikan bahan kutukan dalam blog? Ramai kan yang baca?

Banyak lagi cara yang gempakk untuk luahkan perasaan. At least tak perlulah sampai ada yang terasa. Mulut kita takde niat untuk menyindir tapi hati? Waallahualam..

p/s : Saya punn masih punya hati dan perasaan.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 20 Jun 2012

Takde Dah Semuanya!

Dah, tak perlu cari saya kat Facebook, Twitter atau mana-mana ponn. Saya dah deactivate semuanya. Senang kann?



Cukuplah dua kali saya jadik macam gini dalam satu masa. Okayy bye.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 17 Jun 2012

Sekurang-Kurangnya Saya Masih Bersyukur

Assalamualaikum, selamat hari Ahad >,<

Last entri 10hb hari tu kann? Oh, sangat lama saya menyepikan diri. Macam biasalah, student la katakann.. Hihikk.

Bukak sekolah hari tu memang saya sangat busy. Walauponn selalu online sampai ke pagi tapi saya sebenarnya dalam proses nak siapkan kerja kursus Prinsip Akaun saya. Sangat pening dan serabut. Berkali-kali saya kena buat semula, tapi saya tak pernah berputus asa :))

Masih mampu tersenyum walauponn saya tahu kekalahan sedang menanti :DD
Semalam, saya pergi kursus pengurusan jenazah. Alhamdulillah, banyak ilmu saya dapat. Selama ni saya ingat nak uruskan orang mati tu sangat susah. Tapi, kalau kita tahu caranya sebenarnya senang je...

Balik daripada kursus tu pulak, saya sibukk menghadap lappy. Sambung kerja kursus lagi.. Tetibe adik saya cakap yang result exam dah keluar. Okayy, sumpahh saya nervous! Sebab saya risau, kalau markah saya drop teruk.

Tapi alhamdulillah lagi... Keputusan saya tak banyak perubahan. Dan yang paling penting, markah Fizik saya tak jadikk nak gagal. Hihikkk
Yang banyak tanda * tu maknanya markahh saya menurun. Tapi bagi saya takde lah teruk sangat. Lagiponn masa Ujian 1, bukan format kertas penuh. So saya tak kisahh lah kalau menurun ponn. Saya banyakk bandingkan dengan exam akhir tahun lepas. Yang tu penting.

Keputusan saya tak lah sebagus mana. Tapi saya bersyukur dengan kemampuan saya. Saya tahu setakat mana kemampuan saya. Berusaha lebih memang boleh tapi kalau setakat ni je yang saya mampu, nak buat macam mana kann?

p/s : Ni bukan post bangga diri okayy :p

Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 10 Jun 2012

Hal Peribadi

Assalamualaikum dan selamat hari Ahad semua! :)

Actually, bukan benda ni yang saya nak bagi korang baca. Tapi, saya nak simpan benda ni sebagai kenangan untuk diri saya.



Mesej ni saya hantar kat Encik Chenta Tak Kesampaian pagi tadi. Sampai lima pages tau.

Saya terpaksa cakap kat awak yang Linda dah mati. Ya, mati sebab kena bunuh. Hati Linda yang dah mati sebenarnya.

Dah, saya taknak jiwang. Nanti banjir pulak bilik saya.

p/s: Memang hal peribadi sesangat =.='


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 4 Jun 2012

SPM = Tension? Biasalah Tu...

Okay, macam biasa. Bila nak update blog, mesti blurr je nak letak tajuk apa. Padahal dah menulis panjang berjela konon-kononnya nak kata lah saya ni terer dalam karangan. Aiyakk, karangan pun tunggang langgang lagi. Acaner lah nak jawab SPM nanti?

Wee.. Saya akhirnya sedar yang saya ni budak yang bakal ambek SPM rupanya. Oh ya, SPM candidate actually. Cehh, speaking pulak -,- Terkeluar tajuk tu biasalah. Lumrah bila saya menaip. hihikk

Eh, lupa. Bagi salam dulu. Assalamualaikum... :D Nah, ambek lep lep sorang satu. Takmo berebut okayy ♥ ♥ 


Tetibe saya rasa seram sejuk je bila terfikirkan SPM yang bakal menjelma lebih kureng empat bulan from now. Saya bukanlah pelajar cemerlang walauponn saya dapat pangkat Ratu Gosip Pelajar Harapan kat sekolah. HAHA, apakah? >,<

Saya ni style malas gila babeng nak bukak buku. Study lagi lah. Kalau bukan time exam, jangan haraplah saya nak bukak buku. Err.. Kejap. Bukak buku tu rajinlah. Tapi nak mentelaahnya sangat-sangatlah malas. Muka Buku je yang mampu. Kau hado?


Semua orang tahu, kalau bab-bab study ni memang ramai yang tension. Tipu bebenor lah study boleh wat lek wat pis je kan? Gila cool.. Memang tabik lah kat students yang boleh cool je bila study. Tabik spring wa cakap lu.

Tapi, bila tension ni.. Macam-macam benda kita boleh buat untuk reduce kan tension yang bermaharajalela kat dalam kepala. Saya selalu amalkan buang tebiat tabiat seperti ini :

1. Tutup buku dan berhenti study dengan kadar segera
Yelah kan, kalau dah takde semangat nak study better stop for awhile kan? Daripada saya menghadap buku tu, tapi tak tau apa benda pun.. Kan buang masa macam tu aje.

2. Online lah segala laman soosiall yang saya ada
Facebook, Twitter, Blog, Tagged sampaikan Youtube ponn saya belasah jugak. Lagi-lagi sekarang saya asyik layan previous movie yang saya tak dapat tengok kat panggung. Memang stop study sampai berjam-jam lah jawabnya. Hihikk.

3. Testing keypad henset
Haha, sebenarnya takde kaitan ponn. Actually, saya layan mesej time ni. Kekadang tu saje menggedik check balance kredit berulang kali. Padahal sama jugak balance nya, kalau makin bertambah tu takpelah jugak.

4. Makan
Yang ni part paling best. Lgi-lagi cuti sekolah dua minggu ni kan? Memang ni lah hobi yang paling superb saya buat kat rumah. Ibu pulak layankan je tekak saya ni nak makan apa. Cukuplah sebulan saya duduk rumah, confirm bertambah boolaatt.

5. Tidur
Part ni ponn best jugak. Tapi saya ni bukan jenis manusia yang tidur kejap-kejap. Kalau nak tidur tu, paling lama pon ada lah dalam lima jam. Bangun tidur tu, bukan sambung study. Saya sambung makan. Yang ni je lah jalan terakhir untuk saya taknak study. HAHA

Bagi saya lah, setiap orang ada cara tersendiri untuk study kan? Depend on ourselves sebenarnya. Yang penting kita ada keinginan nak belajar. Kalau taknak belajar dah, senang je. Cakap kat mama papa korang yang korang dah terlalu pandai untuk belajar. Kalau pergi sekolah pun, buekk habihh borass jo.

p/s : Wehh, mimpi suami saya ustaz!! Apakah?? =.='


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 1 Jun 2012

Hitam Ke Biru, Satu Perubahan...

Alhamdulillah..

Blog saya bertukar wajah lagi. If korang perasan sebelum ni, blog saya gelap je kan.. Warna hitam plus dengan dark purple. But now, saya pilih royal blue and light blue sebagai tema warna blog saya.


Design blog dan header still sama sebab saya sangat sayangkan design yang saya hasilkan sendiri dengan air jari saya dan saya sayangkan header blog yang Shahmin Nordin buatkan tu. Bukan senang saya nak dapat header chantek cenggitu.

Oh lupa. Followers saya dah semakin bertambah. Alhamdulillah, 742 followers tu merupakan satu jumlah yang cukup besar untuk seorang blogger macam saya :)) Terima kasih sebab tetap menyokong saya dalam dunia blogging ni. Siapa tahu, dengan doa korang semua saya mampu mencipta nama pulak lepas ni *cehh, perasan retiss dah ni :p

Terharu plus teruja plus gembira tak terkata plus meleleh airmata bila kawan-kawan sekolah pun baca blog saya ni. Walaupun saya tahu mereka hanya silent reader, tapi saya tetap bersyukur sebab masih ada yang menerima hasil penulisan saya seadanya. Tak kurang jugak yang tak dapat menerima, kritikan ataupun kutukan korang sangat saya hargai. Itu akan menjadi pembakar semangat saya untuk terus menulis :')

Terima kasih Askarrpink dan kak Lyssa Faizureen sebab sediakan tutorial yang superb untuk saya dan blogger yang lain, Shahmin Nordin untuk header yang ohhsemm, Faten Afiqah kawan sekolah saya yang selalu tanya pasal blog saya dan mengikuti hasil penulisan saya, Ascil dan Cik Keyra yang tak jemu-jemu komen apa-apa pun entri saya dan semua yang tetap menyokong saya. Mekasihhhh bebanyak!! <3

p/s : Welcome June!! Please be nice with me okayy >,<

Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!