You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Sabtu, 28 Julai 2012

Kecoh Pasal Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Saya tahu saya dah lama sangat tak update. Tapi, saya tahu ada jugak yang baca blog saya kann? *Perasan -,-'

Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua.

Kejap je ann, dah lapan hari sebenarnya kita semua puasa. Alhamdulillah, saya masih dapat berpuasa tahun ni walaupun memang dah confirm takkan penuh. Hehehe.

Actually, saya nak heboh jugak pasal PLKN ni. Tak adil la kawan-kawan fesbuk, twitter, blog semua kemain update pasal PLKN ni.

Saya cuma nak bagitahu yang saya TAK DAPAT PLKN ! Saya ulang.. SAYA TAK DAPAT PLKN okayy! :)) Sumpah happy gila nak mampos.




Tapi, bila dengar cerita dari situ, sana dan sini.. Saya rasa ngeri la pulak. Kata mereka, tahun ni semua wajib pergi PLKN. Mungkin panggilan kedua, ketiga bla bla bla =.=

Dah, saya kena stop. Nak taip satu entry pun berjam-jam. Tengoklah keadaan keypad saya. Sadis kann..



p/s : Entah bila dapat update lagi kann -__-


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 15 Julai 2012

The Beginning Is Always The Hardest

Saya cakap kat si Senget, saya taknak update blog. Kesian hati dia kalau baca entri merapu dari blog saya ni. Tapi saya dah terkinja-kinja rindu kat blog ni sebenarnya. Kena update jugak la nampak gayanya. Sorry Senget >,<

Tapi kali ni, saya taknak update entri yang boleh buatkan si Senget saya terasa. Nampak gedik je guna nickname Senget tu kann. Semua pengaruh movie HACKS lah ni -__- Hehehehe.

Eh, assalamualaikum. Diharapkan pembaca-pembaca setia blog saya ni sehat sejahtera lah ye. Cewahh, bajet retis tetibe. Hihikk.

Okayy, tak lama je lagi, saya dan seangkatan pelajar Tingkatan 5 seluruh Malaysia ni akan menghadapi exam SPM. Trial pulak lebih kurang sebulan je dari sekarang. Err.. Actually tak sampai sebulan pon. Tolak makan tidur makan tidur, ada lah lagi beberapa minggu. Weee.. Tak ngeri ke nak exam besar? Opkos ngeri wehh! Tapi, watlek watpis sudahlah. Hehehe.

Macam tajuk entri saya yang ala-ala minah salleh celop hari ni, The Beginning Is Always The Hardest. Bagi saya memang betul sesangat. Iyela, contoh yang paling afdhal kat sini ialah diri saya sendiri. Nak tahu kenapa?

Memula kita masuk bab study. Masa Form4 dulu, semuanya baru. Terutamanya, subjek-subjek baru. Memang susah sangat saya nak catch up apa yang cikgu ajar. Tambah pulak dengan penyakit malas dalam diri saya ni besar sangat. Saya bela dari akhir tahun Form3 lagi. Biasala, merdeka la katakan :p Tapi alhamdulillah, tahun ni saya jadik sedikit rajin sebab saya sedar yang saya ada tanggungjawab yang besar tahun ni. Walaupun susah, saya kena cuba yang terbaik. See, nampak tak yang the beginning is always the hardest?
Lepas tu, kita masuk pulak bab puasa. Al maklum jela, tak lama lagi kann nak masuk bulan Ramadan dah. Masing-masing sibuk update tentang puasa ni. Saya punn nak jugak. Hehehe. Okayy, mula-mula saya nak ganti puasa yang berderet-deret saya tinggal tu teramatlah susah. Mana taknya, bulan Ramadan dah nak dekat. Puasa yang tak terganti lagi masa tu ada lah dalam sebelas hari. Gila banyak kann? Tula, siapa suruh malas ganti masa tahun lepas. Kerjanya bayar fidyah je. Dengan harapan taknak ganti. Tapi, mana boleh kann? Saya fikir saya memang tak mampu nak ganti sebelas hari tu sebab rasa susah sangat. Dengan jadual sekolah yang padat. Tapi alhamdulillah akhirnya.. Jumaat lepas saya berjaya habiskan kesebelas-sebelas hari tu tanpa ada halangan. Syukur sangat. Walaupun permulaan yang susah kann.. :D
Yang saya nak tekankan kat sini, hidup ni takde yang senang. Nak berak punn kena tunggu perut sakit dulu kan? Eeeuuu, macam takde contoh lain je -,-' Hahaha. Okayy, tukar-tukar. Kita fikir, macam mana susahnya kita berjuang untuk hidup dalam perut ibu kita kann? Permulaan hidup yang sangat susah. Tapi dengan kebijaksanaan kita lah yang akan menjadikan hidup kita tu sesenang yang mungkin. Insya-Allah :)

#Okayy, boleh buat motto untuk letak dalam majalah sekolah tahun ni. Kawan-kawan sekelas saya, jangan tiru okayy. Hehehehe.




Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 10 Julai 2012

Something Awesome ♥♥

Heee... Menggedik nak update lagi. Kalau tak, maen tinggal blog buruk ni cenggitu aje kann.

Opps, sebelum tu. Assalamualaikum kengkawan :DD

Kenapa dengan saya hari ni? Saya rasa saya mengalami kegedikan yang melampau. Tak tahu kenapa. Anyone can explain this? Please.. >,<

Bukan isu gedik yang nak dibahaskan malam ni. Saya cuma nak buat muka mintak pelempang simpati je kat korang. Hihikk.

Hari tu kann, saya terjumpa something awesome kat fesbuk. Terus jatuh cinta ♥♥


Abaikan ayat #Ada sesiapa yang sudi nak kasikk tu. Saya memang tak malu :p

Birthday saya lambat lagi. Doakan saya sempat dapatkan something awesome ni eh.

p/s : Nampak sangat menggedik nak update blog hari ni. Hahahaha.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 9 Julai 2012

Perlu Ke Perasaan Bersalah Wujud?

Assalamualaikum. Hai bloggerians! ;)

Baru saya tersedar, agak lama jugak blog saya sepi tanpa entri baru. Maaf, saya tak mampu untuk menulis sebenarnya. Ngeri jugak kalau ada yang tak menerima hasil tulisan saya.

Sebenarnya hormon saya tak stabil hari ni. Opss, bukan bendera merah okayy. Tapi mood saya je yang berterabur. Sekejap okayy, sekejap nanges. Saya pun tak faham sebenarnya -,-'

Err.. Macam mana saya nak mulakan?

Okayy, macam ni.. Saya rasa semua orang pernah rasa perasaan bersalah kan? Even benda tu tak patut untuk kita rasa bersalah tapi kita tetap nak rasa bersalah jugak. Kenapa eh? Perasaan bersalah tu semula jadi atau hanya sekadar perasaan?

Dalam situasi saya sekarang ni, saya rasa bersalah sebab tak cuba untuk bagi peluang kedua untuk seseorang. Ya, mungkin seseorang yang saya sayang. Ego saya tinggi sangat. Sebab tu saya taknak cuba bagi peluang tu pada dia.

Tapi, orang sekeliling saya kata yang saya patut bagi peluang pada dia. Mana tahu, kali ni dia akan gunakan peluang tu sebaik-baiknya.

Yang jadi masalah sekarang ni, saya kena jaga hati seseorang yang menyayangi saya jugak. Saya taknak sesiapa terluka.  Dalam masa yang sama, saya tak boleh pilih kedua-keduanya. Saya bukan tamak.
Kalau boleh, saya nak cepat-cepat keluar dari masalah ni. Saya nak nikmati masa remaja saya dengan tenang. Tak lama je lagi saya akan menginjak ke alam dewasa. Saya taknak sia-siakan masa remaja saya. Sayang sangat.. T__T

p/s : Masalah kecik bagi sesetengah orang kann..


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!