You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Selasa, 11 September 2012

Saya 'Gedik' Dengan Cara Saya Sendiri

Nampak, title berani mati hari ni -.-

Assalamualaikum..

Memandangkan petang yang dingin lagi nyaman ni saya tak mampu untuk pejamkan mata kerana terlalu excited nak jawab paper Akaun hari Khamis ni, maka dengan rasa bangga diri dan kembang hidung nya saya nak update blog hari ni -..- 

Takpayah nak intro panjang berjela. Buang tenaga nak menaip je. Okayy dah, sambung...

Perempuan memang tak pernah lari dari sikap gedik kan? Tipu ahh tu kalau ada yang kata diri dia tak gedik. Eh, saya yang sopan santun lagi lemah lembut ni pun mengaku yang saya ada perangai tak senonoh ni tau. Gedik ! :3

Allah dah ciptakan makhlukNya tu semua indah. Walaupun gedik, ada hikmah jugak kenapa Allah lahirkan sifat tu. Eh, jangan misunderstanding. Gedik yang saya maksudkan di sini gedik yang semula jadi, yang original and spicy. Bukan yang dibuat-buat atau dicopypaste sesuka hati ye. Harap ada pengertian di situ >,<

Gedik semula jadi means bukan lahir-lahir je kat dunia ni, terus gedik. Gedik semula jadi mengikut tafsiran dan kefahaman saya ialah gedik... Alaaa, gedik-gedik manja gitu. Hehehe. Saya pun tak tau nak explain gedik tu macam mana. Sebab tu lah saya nak tekankan kat sini yang saya gedik dengan cara saya sendiri. Okayy, dah faham dah?

Lain lah kalau gedik yang memang sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian orang lain. Saya tak kata gedik macam tu salah. Ada sebab jugak kan kenapa ada segelintir perempuan saje-saje buat gedik. Saya tak kaji lagi apa pulak sebabnya :p
*Janganlah SAY NO TO GEDIK !! Saya suka je gedik-gedik ni*

Bagi saya, tak salah kalau saya nak gedik. Kadang-kadang gedik tu mampu untuk hilangkan rasa sedih saya. Takdelah saya asyik melayan perasaan je kan? Tak semua orang dapat hidup bahagia walaupun wajahnya sentiasa mempamerkan senyuman yang indah lagi menawan. Cewahhh ~ ~

So, lepas ni kalau boleh kann.. Saya taknak lah sesiapa pertikaikan tahap kegedikan saya. Insya-Allah, saya tak over acting sangat lah bila nak tunjuk gedik tu pun. Sikit-sikit cukuplah. Tak gedik pun ada orang meluat, lagi lah kalau gedik memanjang je kan? ;)

Okayy guys, thanks for reading ! Saya menulis hanya berdasarkan apa yang saya rasa je. Ikut suka saya :DD Take care and lol = Lots of love ♥ 


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 7 September 2012

Banyak Perkara Yang Perlu Dikongsi Di Sini

Astaghfirullahhalazimmm..

Baru perasan almost two months tak update blog. Weee korang. Sory gila. Saya tahu ada yang masih setia baca blog saya kan? *perasan* Mekasihh sesangat kat korang. And... Siyessly sorry gila !! -,-

Assalamualaikum..

Lately, saya busy sangat. Actually tak lah busy sampai takde masa untuk hiburan langsung. Kekadang tu saya sempat jugak online fesbuk, twitter. Cuma sekarang ni saya lebih banyak online guna fon daripada guna laptop. Yelah kan, keyboard laptop pun dah jahanam. Nak harapkan netbook 1 Malaysia tu? Memang tak online lah. Lembab gila. Ni pun berzaman tok janggut jugakk ahh nak tunggu.

Since last week, saya busy dengan trial. Ya, trial SPM. Maknanya tak sampai dua bulan lagi saya nak pergi perang. Perang dengan SPM. Oh, tak ! Saya masih berada dalam keadaan separa bersedia. Kalau mati tengah jalan, boleh dikira mati syahid kan? :3 Btw, doakan saya dapat result yang gempak eh untuk trial ni. Saya tak lah target straight A. Setakat 6A tu teringin jugak la. Mana pernah dapat banyak A macam gitu. Saya biasa-biasa aje *tetibe low profile*

Last three days (4 September 2012), birthday saya ! Happy belated birthday to me >,< Dah tujuhblas tahun dah saya kan? Alhamdulillah, saya semakin dewasa. Please jangan cakap saya tua tau. Isu sensitif gila tu. Ramai jugak yang wish. Mekasihh sangat ! Dalam fesbuk, twitter, fon, depan-depan dan yang paling special wish dalam hati pun ada tau. Thanks Senget even wish dalam hati pun, at least tetap ingat kan? Terharu gila :') Insya-Allah, semakin bertambah nya umur, saya akan berusaha untuk menjadi seorang perempuan yang kuat. Takmau nanges-nanges macam dulu dah. Saya kena sentiasa senyum untuk pastikan orang lain pun tersenyum untuk saya :DD

Ibu kasikk hadiah handbag ! Mekasihh ibu ♥ ♥ Nanti kalau saya nak berjimba dengan kawan-kawan, boleh ahh bawak handbag tu. Sorry tak dapat tayang gambar handbag tu kat sini. Nak tunggu gambar upload, mau sehari baru siap :p Laen kali je lah ehh.

Okayy, cukuplah sampai sini. Saya nak kena tidur ni. Anyway, thanks gila kat korang sebab still sudi baca entri-entri lama kat blog saya ni. Siyess terharu sangat :)) Mekasihh ! And sorry kalau saya jarang sangat update. Bukan stop daripada menulis keyh. Cuma takde masa nak menulis. Lagipun saya kena fokus SPM. Nanti kalau menulis bebanyak dalam blog ni, jadik ketagih pulak. Dah ahh power cermin mata ni dah naik sampai 500++. Kalau menghadap laptop lelama, boleh buta pulak nanti :p

Oh lupa ! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :DD Belum lambat lagi kan? Satu gambar ni je yang mampu.

Take care eh korang ! Nite, assalamualaikum and lol = Lots Of Love !! ♥ 



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!