You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Khamis, 4 Oktober 2012

Satu Entri Menceritakan Segalanya

Cewahh, tajuk kemain sastera sangat kann.. Hehehe.

Assalamualaikum ♥

Nampak sangat hormon tak stabil hari ni. Kejap nanges sorang-sorang, kejap ketawa tetibe. Harap-harap saya tak gila lah ye. Nak dekat SPM dah ni. Tak pasal-pasal jawab soalan exam dalam hospital mental :p

Ahh, tak kesah lah semua benda tu kan. Yang penting hari ni saya dapat menaip satu lagi entri dengan jayanya. Walaupun tak tau apa benda yang nak diceritakan, tapi saya tetap menaip dengan eksaited dan bangga serta riaknya. Bukan selalu dapat menaip panjang lebar kan?

Intro dah cukup panjang. Idea tetap tak sampai-sampai jugak ni. Rasa macam dah syok sendiri pulak untuk entri kali ni. Nafsu tetap rakus jugak nak menaip. Okayy, tolonglah baca entri merepek saya ni *muka mintak penampar sebenarnya*

Bila tengok kawan-kawan semua ada masa update blog, taip panjang lebar. Timbul kejelousan di situ. Yela, sesibuk mana pun diorang tapi diorang still tak lupa nak menaip sekurang-kurangnya satu entri pendek. Macam saya ni, bukannya lupa tapi dah memang jenis balak liat nak menaip. Dengan idea pun taknak keluar dari otak ni haa. Takkan nak cedok entri orang lain pulak. Oh, memang sangat tak cool lah macam tu -.-

Mula-mula tadi skodeng lah blog Keyra. Alahai kawan, rajin sangat kau update blog. Macam-macam cerita yang kau taip. Termasuk jamuan kelas kita hari tu. Saya pun tak sempat nak update apa-apa pasal jamuan yang ohsemm tu ♥ ♥ Tunggulah gambar dah masuk ke dalam pendrive saya, insya-Allah saya update jugak pasal jamuan kita tu ye. Boleh tayang kat cucu cicit kita yang dulu kita sama-sama berkawan dan gila-gila :D

Terserlah sangat kepoyoan di situ >,<
Tak lama tu, pergi skodeng pulak blog kak Yuyu Zulaikha. Okayy, meleleh air hidung saya bila baca entri mengenai arwah abah beliau. Selama dua tahun saya kenal kak Yuyu, dua entri mengenai arwah abah kak Yuyu saya pernah baca. Dan untuk kedua-dua entri tu jugak lah saya menangis. Dalam masa yang sama, saya cuma berfikir seandainya saya berada di tempat kak Yuyu. Mampu ke saya jadik kuat macam kak Yuyu sekarang? Kak Yuyu dah berjaya buktikan kepada arwah abah beliau yang beliau mampu menjadi seorang blogger dan seorang pelajar Kewangan Islam. Kak Yuyu memang kuat :') Semoga arwah abah kak Yuyu sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah.



Tetibe jadik sebak ni. Dah kata dah tadi, hormon tak stabil -..- Maaf. Jumpa di entri yang lain. Insya-Allah.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!