You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Rabu, 5 Disember 2012

Susahlah Kalau Tak Diberi Peluang

Assalamualaikum. Oppss, saya lagi update blog. Macam takde orang lain je nak mengupdate. Elehh, tak kesah pun semua tu. Saya tak kesah pun orang nak fikir saya ni gila follower, gila trafik, gila hot, gila gila remaja. Eh? Lari topik. Hehehe. Yang penting saya ikhlas nak kasikk semua reader blog saya baca apa yang saya rasa saya patut share dengan korang semua :)

Sekarang ni semuanya senang. Nak makan, fast food ada. Nak mandi, terjun je kat dalam swimming pool. Facebook, Twitter semua kat hujung jari je. Bebudak kecikk yang tak sunat lagi pun boleh dapat Ipad, Iphone. Alahai, I tak kesah sangat semua tu. Cukuplah apa adanya. Syukur syukur.

Kalau kita tengok jugak sekarang ni, ramai blogger blogger muda kann? Eh, bukan muda. Tapi cilik. Yela, budak budak kecikk pun dah ada blog tau. Saya tak nafikan yang saya pun kecik jugak tapi saya tetap nampak tua kat mana mana. Ada jugak yang bertanya "Dah kahwin ke?" Errr.. Agak sentap di situ. Itu matured lah bukan tua okayy. See, lari topik lagi. Hahaha.

Bila bebudak pun dah ada blog, bukan nak kata saya tergugat ke takut jatuh populariti ke. Tak tak. Bukan macam tu. Cuma saya sedih, sebenarnya bebudak ni faham ke tujuan diorang berblogging? Sedih sangat bila buat blog semata mata nak kutuk kawan tu, maki caci kawan ni. Hmm, sedihh sedihh.

Tak salah sebenarnya kalau bebudak ni semua create blog cantik cantik, update entri best best, tarik semua orang baca blog diorang. Memang bagus sangat tu. Eh, blog pun boleh jadik platform untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa kita tau. Kalau kita tahu gunakan blog sebaik mungkin, mesti semuanya jadik best. Percayalah..
Dan blogger blogger yang lebih berpengalaman pun takdelah teragak agak kan nak hebahkan blog kita kat orang lain kalau entri kita best. Susah jugak kalau tak dapat kerjasama daripada blogger blogger lain kan? Saya dapat bertapak dalam dunia blogging ni pun sebab adanya sokongan dan dorongan daripada blogger blogger lain. Alhamdulillah, syukur dengan kedudukan sekarang ni. So, jangan sajikan pembaca kita dengan entri yang berunsur kutukan dan makian tu ye adik adik. Saya jadik teringat pesan sorang blogger ni, blog bukan tempat coretan makian. Yup, betul betul.

Saya pun masih merangkak rangkak lagi. Belajar melalui pengalaman. Dan alhamdulillah, dua tahun merangkak saya sudah mampu untuk bertatih pula. Terima kasih korang semua ! :D


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 3 Disember 2012

Segmen : Tell Me Your Wish

Assalamualaikum. Memandangkan dah lama sesangat saya tak join mana mana segmen, contest, give away dari blog kawan kawan saya. So, malam ni saya tetibe gila nak join. Heee :D Ini kes boring sesangat sebenarnya. Lagipun sesekali apa salahnya kann kalau saya nak merapatkan semula hubungan silaturahim dengan kawan kawan blog saya yang dah lama saya tinggalkan gara gara SPM tahun ni :)
Tuan blog yang buat segmen ni kata, seberapa banyakk harapan pun takpe. Setiap tahun ada je harapan saya. Cuma selalu sangat tak kesampaian kesemuanya. So, untuk tahun 2013 saya nak satu je. Satu tapi bersangkut paut pulak, so nampak macam banyak :p

_________________________________________________________________

Actually saya nak sangat beli sebiji laptop dengan duit saya sendiri. Tak kisah lah laptop jenama apa pun tapi bajet saya cuma dua ribu. Okayy, dua ribu tu bukan satu jumlah yang sikit kan? Saya pun bukannya mesin cop duit nak dapat dua ribu dalam sekelip mata je. So, saya kena kerja sambilan. Lepas habis SPM ni, rezeki saya belum sampai lagi. Saya dah apply kat satu tempat ni cuma belum dipanggil untuk interview. Mudah mudahan, tak lama lagi manager kat tempat tu call lah saya. Doa kan ye :D Ohh ya, laptop yang saya nak beli tu pun sebenarnya untuk saya guna masa sambung belajar nanti. Insya-Allah. Tu pun harapan saya jugak. Nak sambung belajar dalam bidang perakaunan. Doakan jugak result SPM saya nanti melayakkan saya untuk sambung belajar dalam bidang tu ^_^

__________________________________________________________________
Sebelum terlupa, saya nak tag Cik Keyra. Kawan sekolah saya, punching bag saya kalau saya tengah geram. Saya tag beliau sebab beliau pun ada blog jugak, beliau pun mesti ada harapan untuk tahun 2013 kann? Jom, ke sini.

Doakan harapan saya tu tercapai tau. Terima kasih tuan penganjur segmen ! >,<


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Pemikiran Kita Sekarang

Assalamualaikum. Selamat tengahari korang ! :D Macam mana hari ni? Okayy ke tak okayy? Hurmm, hopefully everything is fine.

So, hari ni saya sangat sangat free. Opss, actually setiap hari pun free. Takde benda langsung nak buat kat rumah sepanjang cuti ni. Budak lepas SPM lah katakan, so memang macam ni lah jadiknya. Pagi pagi dah terbiasa bangun awal. Then mandi, tolong ibu pergi beli lauk kat kedai. Tolong masak? Hihihi, belum terbukak lagi pintu hati ni sebenarnya. Bukan tak reti masak langsung cuma tak minat. Yup, tak minat masak tapi minat sangat sangat makan ! :p Err, tak kesah lah semua tu. Nanti dah sampai seru nak kahwin, pandai pandai lah belajar masak kan? Belum terlambat lagi *Gatal*

Okay. Back to topic. Saya agak musykil sejak sejak ni. Eh, saya still boleh berfikir dengan baek lagi okayy walaupun otak saya ni agak karat jugak lah lepas habis exam hari tu. Emm, saya cuma terfikir. Kenapa ada je sesetengah manusia kat muka bumi ni takboleh nak berfikiran terbuka? Okayy, saya tahu setiap manusia tu memang diciptakan berlainan gaya, cara, ragam and so on.. Tapi, kadang kadang macam tak masuk akal je dengan apa yang difikirkan tu.

Let me explain. Cuba korang tengok kat sekeliling korang. Lelaki ramai sangat kawan perempuan, dan perempuan pulak ramai sangat kawan lelaki. Dan korang... Mesti ada yang terfikir "Playboy gila lelaki tu. Perempuan keliling pinggang". Takpun "Tu pondan kot, kawan dengan perempuan je. Macam takde lelaki kat dunia ni nak dibuat kawan". Kalau perempuan pulak pandai pandai lah korang terbalikkan sendiri ye.
Come on la. Tak semestinya bila lelaki tu ada ramai sangat kawan perempuan, means dia playboy or pondan. Atau tak semestinya jugak bila perempuan ada ramai sangat kawan lelaki, means dia playgirl or tomboy. Sorry to say. But this is reality. Kadang kadang saya pun tak faham. Kenapa ada je pemikiran macam ni kann?

Takde yang salah pun sama ada kita nak ramai kawan lelaki ataupun ramai kawan perempuan. Yang penting kita tahu jaga hati kita sendiri dan pastikan hati kita ta terpesong daripada niat kita yang sepatutnya. Mungkin bila ada ramai kawan berlawanan jantina ni, diorang akan lebih memahami antara satu sama lain. Tu je prinsip saya pegang. Kalau betul pun nak jadik playboy atau playgirl atau whatever it is, make sure khatamkan dulu buku buku yang berkaitan dengan bidang yang kita nak sangat tu. Baru lah kita jadik playboy atau playgirl yang kuat  >,< Hahaha.

Kita tak patut sempitkan otak kita yang sangat sangat berharga ni. Kita bukan hidup untuk sentiasa berseorangan kat dunia ni :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!