You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Sabtu, 28 Disember 2013

Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan.

Assalamualaikum.

Tajuk entri seperti status di facebook. Ada kisahnya, suka dan duka. Hanya curahan hati, siapa tahu akan jadi memori di kemudian hari.

Bismillah...

Tahun 2013, terasa sungguh singkat. Biarpun masing masing punya 365 hari setahun.

Januari 2013, aku kutip pengalaman berharga. Cuba menggalas tanggungjawab sebagai seorang pembantu butik pakaian milik guru aku. Bukan aku tak pernah bekerja sebelumnya, cuma pengalaman baru ini sangat berharga untuk diri aku. Memandangkan aku sangat berminat dengan bidang perakaunan, kira kira dan berkaitan dengan duit jadi kerja ini sangat sesuai dengan jiwa aku. Tak lama mana sehingga penghujung Februari, aku ambil keputusan untuk berhenti disebabkan sifatku yang lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama sama ibu dan adik bongsuku.

April 2013, aku dikejutkan dengan kehilangan atuk. Sadiken bin Abdul Rahman, atuk kesayangan ku sampai bila bila. Malangnya aku tak sempat untuk melihat wajah arwah untuk kali terakhir. Rasa terkilan. Kubur arwah pun aku tak sempat ziarah. Hanya balik kampung semata mata balik je. Terkilan dengan pakcik saudara ku tak perlu lah aku hebohkan. Semoga arwah atuk tenang di alam sana.

Mei 2013, masa untuk aku meneruskan pembelajaran aku. Aku diterima di Kolej Matrikulasi Pahang. Dalam bidang perakaunan. Hati berbelah bahagi. Impian untuk ke matrik aku dah simpan sejak tingkatan empat. Tapi terlalu jauh hingga ke sebelah pantai timur. Dan aku tak pernah berpisah jauh dengan ibu. Setelah aku fikirkan cita cita aku, aku ambil keputusan untuk terima tawaran itu.

Ogos 2013, tak pernah aku sangka bahawa perjalanan hidupku di matrik akan berakhir dalam sekelip mata. Bukan disebabkan kena tendang atau aku bermasalah disiplin di sana. Aku ambil keputusan untuk keluar dari matrik disebabkan masalah kewangan yang dihadapi olehku. Cukup berat aku rasa duduk tanpa keluarga disisi. Aku tak mampu fokus untuk teruskan kehidupan disana.

September 2013, pelbagai kata kata yang aku dengar, yang terpaksa aku tanggung dalam tempoh selepas aku keluar dari matrik dan berhenti belajar. Aku tahu ini risiko yang memang seharusnya aku hadapi. Aku cuba untuk bertahan dengan mereka di sekelilingku. Guru guru, sanak saudara. Semua mempertikaikannya. Tak kurang juga yang tetap memberi semangat. Aku bersyukur, ibu ayah tak pernah rasa malu walaupun aku tahu di sudut hati mereka, mereka inginkan aku berjaya. Menggenggam segulung ijazah seperti anak anak orang lain.

Oktober 2013, sebulan aku menganggur. Menahan rasa sakit dengan kata kata mereka yang tak pernah memahami aku. Akhirnya aku diterima untuk bekerja sebagai juruwang di Guardian. Tak seberapa tapi bersyukurlah aku mampu untuk buat sesuatu yang berguna untuk ibu dan ayah. Membantu sekadar yang mampu. Memenuhi keperluan adik adik. Aku tak menyesal malah aku berbangga kerana aku mampu buktikan untuk menjadi seorang anak dan seorang kakak. Aku berbangga kerana di saat usia yang muda aku sudah mampu menggalas tanggungjawab yang bagiku cukup berat. Di saat remaja seusia berlumba lumba menuntut ilmu, aku seharian membanting tenaga. Aku belajar erti susah, belajar erti menghargai pengorbanan ayah, belajar erti menghargai kasih sayang ibu. Aku bangga.

November 2013, tanpa dirancang. Aku dipanggil untuk menghadiri satu temuduga untuk pemegang biasiswa peneraju tunas potensi oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Pada awalnya hati masih ragu, fikir berapa banyak yang aku perlukan jika aku mahu sambung belajar. Tapi setelah berfikir, minta pendapat, cari info berguna akhirnya aku pergi juga ke bangunan Mercu UEM. Detik yang sangat bermakna bagi aku. Andai masa dapat diundur semula, aku ingin ulang semula detik detik itu.

Disember 2013, arwah abah pergi tinggalkan kami. Abah angkat, walaupun tiada pertalian darah tapi kasih sayang antara kami tak pernah berbeza. Arwah pergi menghadap Yang Esa kerana sakit jantung yang kritikal. Alhamdulillah kali ini aku mampu menatap wajah arwah buat kali terakhir, dapat cium wajah bersihnya buat kali terakhir. Kasih sayangnya takkan aku lupakan sehingga akhir hayat aku. Semoga arwah tenang di alam sana.

Kini.. Tirai 2013 hampir melaburkan tirai. Aku bersyukur, aku mampu hidup dengan bahagia, masih dapat bernafas di bumiNya. Tahun 2013 akan ku simpan, selamanya dalam ingatan. Semoga tahun 2014 menjadi tahun yang lebih berharga dalam hidupku.

Selamat tahun baru :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 13 November 2013

Patutkah Aku Pergi?

Assalamualaikum. Nak share entri ringkas pagi ni.

Selepas ibu dan ayah tahu pasal email ni, Syaza Nazura, blogger inspirasi perlu tahu pasal benda ni. Entah kenapa, rasa bersemangat lebih bila dapat sharing dengan dia. Thank you Nazu for the advice :)


I'll go for it. Walau apa pun terjadi, sesusah mana pun halangan untuk ini, peluang yang takkan berulang ni takkan dilepaskan. Ya Allah, please ease everything, for me.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 8 Oktober 2013

Soalan Cepumas !

Assalamualaikum readers.

Sedikit pesanan ringkas. Eh kejap. Bukan SMS tau, kredit takde. Hikss *lawak hambar*

Sekarang ni agak sibuk sikit dengan life baru. Anggur yang ditanam bakal berbuah, so sibuk laa nak memetiknya. InsyaAllah, ada masa terluang nanti saya update entri baru ye.

By the way, ada satu soalan saya nak sangat tanya. Emm emm.. Macam mana eh nak kurangkan sikit airmata yang dah sedia ada banyak ni? Gilaaa betul, sikit sikit nak nangis. Takde sebab pun boleh nangis. Rimaihhh.

Take care dear readers. Keep calm and wait for my new entry. Cewahhh :3
Byeeee !

*entri paling pendek gua pernah tulis*




Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 28 September 2013

What Is Social Media To You By Nom Nom Media

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sesejak ni selalu sangat dapat update blog. Semangat nak menulis tu datang balik. Syukurlah, sekurang kurangnya takdelah blog ni terabai je kann. Kesian kot kat blogger yang sudi datang singgah kat blog ni, balik balik kena baca cerita yang sama je kan?

Masa saya check account Nuffnang yang banyak berjasa tu, ternampak kat sidebar account saya ada iklan pasal Nom Nom Media Survey. Tak tahu lerr bila start nya survey ni. Kalau saya ketinggalan maap la ye >,< Bila semangat berkobar kobar nak menulis ni muncul, mula lah tangan ni sentiasa gatal nak klik sana sini. Tapi awas, klik bende yang bermanfaat je okayy. Gosip retiss sikit sikit takpe lah kot, buat cuci mata :p

Suka lari topik, macam ni lah bila eksaited menulis. Heee. So back to Nom Nom Media Survey, boleh lah klik gambar yang saya dah google denga gigihnya ni. Well, google have everything !


See, tengok warna warna yang diorang gunakan untuk hasilkan bende ni pun dah buat saya tergoda. Pantang tau tengok bende bende yang ada warna oren ni.

Mehh nak review sikit pasal Nom Nom Media Survey ni.

Nuffnang sebenarnya bekerjasama dengan Digital Reseller iaitu Nom Nom Media sebab nak buat kajian tentang cara untuk berkesan mencapai keluar dan mendekati secara peribadi dengan semua blogger dan media pengaruh sosial di Malaysia.
Banyak jugak lah soalan yang ditanya dalam survey ni. Tapi takdelah sesusah soalan UPSR ke PMR ke mahupun SPM. Saya jawab soalan ni pun tak sampai sejam.

So bila korang dah jawab soalan yang ada tu, 1000 orang pertama yang dah complete kan survey ni akan mendapat RM1 dikreditkan kepada Nuffnang korang atau akaun ChurpChurp! Yang bestnya bukan Nuffnangers atau Churpers je yang boleh jawab soalan ni, semua orang yang ada laptop mahupun tablet atau apa apa gajet yang korang ada sangat lah dialu-alukan untuk join dua kaki jawab soalan survey ni okayy?


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 26 September 2013

Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak

Assalamualaikum. Selamat pagi and have a nice Thursday dear bloggers ! This is my first schedule entry. Sengaja set time untuk entry ni, takde sebab pun. Suka suki suku. Hikss.

Entah kenapa, gatal pulak tangan nak join GA. Dulu dulu dulu tu, masa banyak banyak banyak masa tu, selalu selalu selalu sangat join GA. Siap buat contest dengan si Shahmin. Sekarang takde dah semua bende tu. And since saya takde kerja sangat nak buat, so saya accept la jemputan Encik Jiwa Rosak ni kat fesbuk. Rasanya dah banyak kali beliau invite tapi tapi tapi sorry. Tak sempat nak join :)

I'm ready for this GA ! Let's start now.


Giveaway Saya Sayang Malaysia





Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..

Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia




1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway (Nak senang tengok teruihh kat blog Encik Jiwa Rosak ni ye)

3. Follow dan Like fanpage Sponser

AbgferOz | Izzat Nazmi | Ieta Mat Sa’ad | Dunia Niaga Ieta | Delima Zamrud | Mohd Ridzwan | Sheila Salim | Nizam Ijam | Amirul Syahnaz | Rosila Wati | Nrl Ndh | Cik Gksb | Miszz Nadea | Aqilah Azmy | Syiera Shiera | Lienda Ramly | Diera Tekikushika | Nurmujahidah Ismail | Edizz PreTouch | Dayang Deno | Hadi Ismail | Tengkubutang Miaw | KyLe Kesha


4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana….

Ehem ehemm *sound check kononnya*. Saya sayang Malaysia kerana saya banyak sangat rasa kasih sayang nak bagi kat Malaysia ni. Kesian tau kat Malaysia kalau saya tak sayang dia, mesti dia rasa terbuang gila kan? So kesimpulannya, Malaysia.. Will you marry me? Forever please? ;)

Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..

Thank youu for invited ! Semoga pihak yang terlibat dalam GA ni terus sukses :D



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 23 September 2013

Genap Sebulan, Semuanya Terlalu Pantas

Tak tahu siapa yang akan baca post saya untuk kali ni. Kalau boleh memang nak tutup terus blog, taknak tengok dah blog sendiri terabai. Suka duka yang sepatutnya saya kongsi kat sini, tapi saya biarkan berlalu macam tu je.
Tersenyum tapi adakah gembira?

Sedar tak sedar, dah sebulan berlalu. 23 Ogos 2013, saat kaki melangkah keluar dari KMPh. Sampai detik ini. Saya masih belum jadi seseorang. Cuma Allah yang tahu apa yang saya rasa, apa yang saya lalui. Ini pilihan saya, jalan hidup yang saya pilih. Siapa tahan, sebulan diserbu soalan yang sama.

Tak sanggup rasanya nak menulis panjang. Takut airmata mengalir lagi. Memang saya dah cukup kuat untuk tahan airmata daripada mengalir, tapi hati ni jugak ada perasaan.

Bukan suatu kebanggaan, berhenti belajar semata mata tak sanggup berjauhan dari keluarga. Manja, itu perkataan yang sesuai untuk diri sendiri. Saya tak salahkan takdir, cuma terfikir kenapa jalan hidup saya jadi macam ni. Impian, cita cita, harapan semua hilang macam tu je. Sekelip mata. Nak jadi pensyarah kononnya, nak sambung belajar kat oversea jugak kononnya. Kononnya lahh.

Sekarang mampu buat apa? Harapkan sijil SPM sekeping tu, merata pergi mintak kerja. Perasan diri dah cukup pandai dengan sijil tu. Hmm.

Tapi saya cuba, usaha untuk perbaiki diri. Saya percaya dengan rezeki yang ada. Belum masanya Allah nak bagi rezeki begolek kat saya, Allah uji dulu. Berapa lama Allah nak uji, saya tak pasti. Yang pastinya saya akan cuba, tabah dan redha dengan jalan hidup sendiri.

Bukan tak teringin nak berjaya, bukan tak teringin nak jadi orang yang berguna, bukan tak teringin nak berjasa kat ibu dan ayah. Satu hari nanti, yang saya pun tak pasti bila, sempat atau tak. Ikut sahaja jalan hidup depan mata.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 8 Julai 2013

Seribu Dalam Satu

Assalamualaikum ! Alalalala rindu sesangat sangat sangatt kat blog ni. Well, almost two months kann? Mencari ketenangan kononnye. Eleleleyyy >.<

Banyak sangat nak diceritakan dalam satu post ni. Tapi kite kesahhh happeee. Blog kite kann, ikut suka kite lah nak update berapa cerita pun. Korang bace je sesenyap. Okayyy *nada paksa*

Kesah bermula selepas SPM. Perggghhhh cerita tahun bila saya bukak ni. Okay, lepas SPM haritu kan jadik pekerja yang berjaya sekejap. Dalam dua bulan cemtu tukar profession jadik penanam anggur yang berjaya di rumah sendiri walaupun dah tahu dah takkan berbuah punn anggur tu :3 Nak dijadikkan cerita yang dah basi ni, 23 Mac yang lepas masa bebudak ni sibuk benorrr check either they get offer from matriculation or not, saya pun salah sorang minah yang tergedik gedik check jugak la kan. Matrik jelaa satu satunye tempat yang saya eksaiteddd nak pergi before SPM lagi tau. Semangat nak jadik student matrik tu membara kemainnn. Hihikksss

And alhamdulillah finally saya dapat jugak tawaran yang saya tunggu selama ni. Memula tu sangat tak percaya. Yelaaa kann, sesenang je dapat apa yang saya nak. Kuasa Allah :') Syukur sangat. Sampaikan memula tu tak menyempat nak tengok dapat matrik mana. Punye laa eksaiteddd kauuu. Hahaha. Lastly masa nak print out semua borang tu, baru terkedek kedek nak carik dapat masuk matrik mana. Dengan konfidennn nyeee dapat laa matrik Perak kann. Dah tahu dah bebudak Perak mesti diorang kasikk matrik Perak punye. Bajet konfiden gilerr masa tu. Last last bila check balik, capital P tu dah cantekkk dah. Tapi tetibe letters yang belakang tu berubah jadik AHANG dan bukannye ERAK. Ohmaiiii, memang menjerit jerit taknak pergi taknak pergi ! Alasan yang paling munasabah lagi munasarawaknye ialah JAUHHHH ! Alahai, dugaan apa lagi yang datang masa tu kann. Bukti ke KMPh ni pun saya still simpan sampai sekarang tau. Kononnye nak tunjuk kat cucu cicit laaa yang nenek nyee ni pergi merantau jauhhh. Bajet pergi overseas je padahal dalam Malaysia lagi okayy :p

Even jauhh, saya kena pergi. Sebab memang tu je tempat yang saya teringinnnn sangat nak masuk. Mula laa sesi mengemas semua baju dan barang yang ada kat rumah tu. Kalau boleh nak bawak satu rumah tu kann, tapi kereta ayah takkan muat punyeee. Dan sampai laaa saat yang ditunggu tunggu, tepat 27 Mei 2013 saya mula jadik seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pahang yang berwawasan. Cewahhh kemainnn kann. Heeee :D

*sebelum bertolak ke KMPh tercinta :p*

First week duduk sini, sangat sangat terseksa ! Jiwa raga zahir batin terseksa sesangat. Dengan minggu orientasi lagi, perghhhhh. Memang tak mampu nak digambarkan camne rasanye. Orang yang mengalaminye je mampu untuk merasainye. Kemainn sastera ayat. Hihihi. Dalam dua ke tiga minggu jugak laa saya homesick. Ulang taip, saya homesick. Of course laaa kan, mana pernah duduk asrama dalam jangka masa yang lama. Selalunye seminggu tu pun dok hari hari call ibu nangis nangis nak balik. Dan tak dinafikan saya yang dah tua bangka ni pun still nangis nangis mintak balik dan hampir mintak tukar matrik tau sebenarnya. Memang jiwa kacau sungguh dalam masa homesick tu. Tak boleh nak fokus belajar langsung.

*habis minggu orientasi, senyum sampai ke telinga*

Tapi alhamdulillah, lepas dari tiga minggu tu saya dah boleh adapt dengan kehidupan kat sini. Dan nasihat kepada adik adik, kalau nak rasa hidup as a matriculation student macam mana, try laaa masuk matrik weeee. Korang akan rasa macam mana bullet train life diaplikasikan ke dalam kehidupan korang. And you know what, even bullet train life pun tapi saya rasa saya still dapat enjoy life saya kat sini. Seronokkk ! Dapat belajar banyakk sangat benda walaupun kite tak rasa nak alami benda tu kan. Masukk la matrik, sangat sangat best ! *menyempat lagi promote* Hahahaha

Kat sini saya belajar erti persahabatan. Saya yang dulunye sangat tak suka ada kawan perempuan ramai ramai ni dah boleh dapat empat orang kawan perempuan dalam masa yang singkat. Kalau tak dulu, selalu sangat berkepit dengan Wani doplohpat jam kat sekolah kann. Nasib baik Wani pun dapat tarik kat Pahang jugak. Cuma Wani dapat Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang kat cerukk Jengka tu. Heee :D
Alhamdulillah. Roommates yang sangat caring, loving, understanding tapi kekadang tu annoying :p Diorang selalu ada walau saya susah, saya senang, saya nangis beriya iyaa, saya ketawa mengilai ngilai. Diorang sangat sayang saya, walaupun diorang tak pernah cakap pun. Hihihi

 *Mira, roommate yang paling banyak bertahan menadah airmata saya*

Nur Hakimah, Azura, Nurul Amira dan saya :)
*sambut birthday Mira kat tasik, ala ala berkelah gituuu*
*terima kasih kawan, untuk setahun ni mohon tahan dengan kerenah saya yang macam macam ni ye*
*bajet candid je semua*

Untuk setahun ni, pihak kolej dah booked nama saya untuk kelas 3A16b. Dan seriously, bebudak kelas saya semuanyeee pepandai. Tetibe rasa rendah diri masa memula tu. Tapi disebabkan saya seorang pelajar matrik yang berwawasan kann, so saya bajet bajet laa saya pun pandai jugak. Mana boleh buat buat blurrr je dalam kelas. Memang ketinggalan train yang laju tu laaa jawabnye. Hihihi. Dan dalam kelas ni saya dapat laa sorang kawan, Mira jugak namanye. Ramai betul kawan nama Mira sejak duduk sini. Nasib baik dapat beza lagi mana satu Mira roommate mana satu Mira classmate. Berkenalan kat tangga je masa hari pertama kuliah sebab tercarik carik kat mana lecturer untuk kuliah bisnes pagi tu. Sweet tak cara perkenalan tu? :p
 *With Nur 'Amira Nazihah :)*
*3A16b membersss ! :D*

Setakat ni, kehidupan saya berjalan sangat lancar. Siapa kata masuk matrik ni susah? Duduk kat memana pun kena usaha kann, struggle. Yang penting kena kuat semangat tu. Pengalaman belajar memang sangat bermakna. Seriously talk, saya sangat rindukan classmates 5SC1 SMK Taman Panglima. Korang tetap dan sentiasa dalam ingatan saya. Balik raya nanti, kite jumpa tau. InsyaAllah :)

Oh ya, tahun ni first time kena puasa jauh dari family. Alalala rindu nak ibu kejut sahur pepagi, rindu nak makan sesama masa sahur sambil pejam mata, rindu nak pergi bazaar Ramadhan dengan ayah, ibu, Asyifa', Akmal. Rindu familyyyy sesangat ! *tetibe homesick balik* Hahahaha. Tapi takpe, tak lama lagi dapat jugak balik raya sebab tiket bas dah beli. Yeayyyy lompat bintang :DD

Selamat berpuasa korang ! Thank youuu so much sebab menjojolkan bijik mata korang untuk baca entri pepanjang berjela ni. Biasalah, entri basi. Hihikksss. Okayy XOXO. Bye.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 19 April 2013

Memang Comel Tapi Gelinyaaaa !

Sambil layan Gwiyomi ni kann, terasa pulak kecomelan diri sendiri terserlah. Okayy bajet bajet >,<

Hai korang korang. Assalamualaikum !
Awak comel lah gwiyomi gwiyomi jugak *_^

Pepagi macam ni memang tak tahu nak buat apa. Neuron dalam kepala ni jammed tetibe bila tiba waktu pagi. Yela kann dulu masa sekolah boleh jugak study ke buat homework ke. Kononnya pelajar cemerlang yang sangat rajin la. Membajet lagi.

Bila dengar lagu Gwiyomi ni, teringat menatang yang comel comel je. Okay contohnya kucing, arnab, hamster, buaya darat.. Eh? Tetibe sangat. Heeee actually banyak lagi menatang yang comel belaka kat dunia ni. Pepandai la korang fikir sendiri ye. Nak buat list rasa rasanya kena tebang semua pokok yang ada pulak. Sangat takde sifat penyayang tau. Sadis.

Bila cakap pasal arnab plus hamster, saya suka saya suka ! Melompat lompat nak bela menatang comel tu. Tapi once cakap pasal kucing, alahai... Huru hara jadinya. Baru je cakap, belum ambek kucing tu letak depan mata saya. Memang saya melompat jugak, tapi melompat kegelian lah :/
Eeeeee saya tak tahu la kenapa saya memang sangat sangat takut dan geli dengan satu makhluk yang bernama kucing ni. Kesian kaum kucing kann? Sorry sesangat ye kucing kucing sekalian. Saya bukan pinggirkan awak semua tapi saya memang takut sangat sangat dengan korang. Hmm

Setiap kali pergi kedai makan, saya akan pastikan kedai tu takde makhluk yang satu ni. Kalau ada jugak, saya memang get ready la angkat kaki then duduk bersila atas kerusi tu tanpa rasa segan silunya. Heeee memang tercalar sikit la title gadis melayu kedua terakhir tu. Tapi nak selamatkan diri punya pasal terpaksalahhh ;)
Saya pun tak pasti sampai bila saya kena takut dengan makhluk comel ni. Buruk sungguh perangai kan? Hehehe :D


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Khamis, 4 April 2013

Teruja Tapi Tetap Berhati Hati

Assalamualaikum ! :)

Selamat petang semuaa. Selamat hari Khamis. Ada yang puasa harini? Alhamdulillah, selamat menjalani ibadah puasa. Tak lama je lagi bulan Ramadhan akan tiba. Kat fesbuk, twitter memasing dah mula buat countdown. Senang banyakk kerja saya. Takpayah selak kalendar sehelai sehelai. Hehehe

Disebabkan saya ni seorang remaja yang belum cukup umur, so saya taknak laa cerita lelebih pasal pembubaran parlimen semalam. Cuma nak ucapkan selamat mengundi untuk semuaa yang akan pergi mengundi tu. Buatlah pilihan yang bijak ye.

So as a future student, cewahh over pulak rasa. Heeee :D Sejak sejak ni banyak sangat surat tawaran sampai ke rumah. Dari yang kecik sampai laaa ke sampul surat yang besar. Kebanyakannya tawaran dalam bidang Sains. Alahai, memang laa masa sekolah dulu saya ni Science student tapi lepas SPM haritu saya dah taknak dahh ambek tahu langsung pasal bidang ni. Tak minat.

Lepas result keluar haritu, saya pun dengan gigihnya cuba sedaya upaya mohon semuaaa biasiswa yang ada kat Malaysia ni. Heee biasiswa yang tak layak tu saya tak mohon laa sebab dah kena reject awal awal. Biasalah kannn, result cemerlang sangat -.-''

Harini tetibe dapat call daripada kolej City-U. Abang ke pakcik tu cakap permohonan biasiswa saya dah lulus so saya kena datang temuduga. Bukan jauh sangat pun, kat Panorama Hotel Taiping. Haaa masa tu rasa tercengang cengang je. Mulut ni ternganga takpayah pertikai laaa luasnya. Terkejut jugak laa.

Tulaa padahnya masa nak mohon haritu, maen mohon je apa yang ada. Tak buat research dulu, tu kerajaan ke swasta. Bukan takboleh ambek yang swasta tu cuma entahlaa. Sebagai anak bekas pesara kerajaan, tak mengidam langsung nak berebut biasiswa swasta.

Nasib baik laaa harini baru rajin nak buat research ni semua. So dahh boleh bezakan dah yang mana swasta yang mana kerajaan. Tak susah pun. Google kann ada. Google sentiasa berkhidmat untuk orang yang memerlukan segala mak nenek maklumat. Percayalahh.

Sekarang ni selalu mengikuti perkembangan UPU kat fesbuk je. Untuk korang yang bakal jadi student macam saya, rajin rajin laaa belek fesbuk UPU ni ye. Banyak info.

Sini -  UPU (BPKP JPT)

Doakan saya dapat masuk matrikulasi tau ! Nak sangat sambung belajar kat situ.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 27 Mac 2013

Menjadi Yang Sulung Belum Tentu Dapat Jadi Yang Terulung

Assalamualaikum.

Okengg, memandangkan ayah dah belikan adapter netbook baru untuk saya so saya dapatlah berjimba sakan depan netbook. Online fesbuk, penuhkan timeline sendiri, godek instagram bla bla bla.. Sangat best okay ! Tak tipu.

Alhamdulillah, terima kasihh atas ucapan tahniah dan doa yang saya terima dari semua kawan kawan, senioritass yang super ohsemm dan masyarakat sekeliling. Terima kasihh tak terhingga untuk korang semua. Saya tak mampu balas dengan apa apa melainkan dengan mendoakan kalian semua :D

Dah rasa membajet retiss di situ ye. Okayy abaikan.

Tengah syok melayan sinetron Aliya, tetibe neuron dalam kepala ni bergerak dengan aktifnya. Tetibe je terfikir, dah lapanblas tahun rupanya saya lahir kat dunia ni. Hampir dua dekad. Perjalanan hidup yang panjang sebenarnya. Lapanblas tahun jadik seorang anak, lapanblas tahun jadik seorang kakak, lapanblas tahun jadik seorang hamba kat muka bumi ni. Pantasnya masa berlalu.

Alhamdulillah, selama lapanblas tahun saya duduk kat dunia ni takde satu pun yang kurang. Ayah dengan ibu kasikk makan pakai pelajaran didikan yang sangat sempurna. Lapanblas tahun saya jadi anak sulung. Anak pertama yang ibu lahirkan kat dunia ni. Syukur.

Dan selama lapanblas tahun ni jugak saya jadik seorang kakak kepada adik adik saya. Besarnya tanggungjawab tu kalau saya fikirkan semula. Tapi siapa sangka, saya hampir berjaya menyempurnakan tanggungjawab saya tu. Walaupun banyak kekurangan, tapi saya sedaya upaya cuba memperbaikinya. Sesiapa yang kenal saya, mungkin akan bandingkan antara saya dan adik saya. Ya, kami sama darah tapi kami tak sama perangai. Tak sama cara hidup. Itu yang sering dipertikaikan.

Saya agak terasa hati kalau ada yang membeza bezakan antara adik adik saya dan diri saya. Saya memang yang sulung tapi saya belum mampu menjadi yang terulung di mata semua orang. Saya pun ada kekurangan diri. So saya rasa takperlu lah sesiapa membandingkan antara saya dan adik adik saya. Allah ciptakan semua orang dengan perangai dan sifat yang berbeza kan?

Saya selalu berusaha, untuk menjadi seorang kakak yang baik. Dapat jaga adik adik saya dengan sempurna. Dapat berkhidmat untuk ibu dan ayah saya. Tapi saya manusia biasa, masih banyak kekurangan. Walau macam mana pun perangai adik adik saya, saya tetap sayanggggg mereka. Tak tergamak rasanya untuk rasa malu bila ada adik adik macam mereka. Saya bersyukur.

Dann saya harap, perbandingan macam ni akan berakhir. Biarkanlah saya dan adik adik dengan perangai kami sendiri. Tak perlu hipokrit kan?




Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 24 Mac 2013

Alhamdulillah.. Thanks To Allah, Thanks To All

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Walaupun dah beberapa hari result SPM diumumkan, tapi rasa syukur tetap takkan habis. Alhamdullillah.. Result yang tak pernah saya sangka, tak pernah saya harap. Akhirnya, usaha saya selama saya pergi balik sekolah, merempit dengan baby EX5 saya, kena hujan yang turun bagaikan mutiara ~ Cewahh, tetibe berkaroke pulak kann. Dah lari topik lagi.

Print screen dari Instagram. Follow laaa kalau sudi ;) *promote*

Keratan fesbuk. Add laaa titewww tauu. Eh, tetibe gedik.

Alhamdulillah, keputusan saya tak seperti yang saya harapkan tapi saya bersyukur sesangat. 1A+ 3A 2A- 1B+ dan 3C cukup sangat untuk saya. Seriously saya tak pernah dapat result macam ni masa sekolah dulu. Subjek sains semua tu nak lulus tersangat la susah.

Niat menaip entri ni bukan untuk riak dan takbur mahupun nak eksesaisss hidung biar nampak kembang lapan ratus lima puluh juta inci. Sekadar coretan rasa syukur yang sangat tak ternilai. Dan harapan nak tunjuk kat anak cucu cicit nanti tercapai laa. Biar diorang semua boleh jadikan semangat untuk lebih berjaya daripada saya. Cewahh berangan >,<

Terima kasihh atas semua doa kalian. Doakan saya dapat sambung belajar pulak ye lepas ni. Nak sangat sambung matrikulasi bidang perakaunan. Lepas tu ada jugak pasang cita cita nak belajar kat oversea. Nak pergi UK ke Australia ke. Doakan tau tau. Insya-Allah, I am lecturer-to-be. Nak berkhidmat untuk anak bangsa ! Doakan ye :D


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 13 Mac 2013

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum :)

Pestime nak wordless ni. Selalunya saya cakap tak berhenti :p



Life is too short to start your day with broken pieces of yesterday, it will definitely destroy your wonderful today and ruin your great tomorrow!

*13.3.13 ♥♥
** Oh my result SPM , 7 days to go.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 12 Mac 2013

Kepayahan Untuk Menghasilkan Satu Entri

Assalamualaikum. Ya Allah, rindunya kat blog. Rindu nak menulis macam dulu tapi apakann daya. Masalah teknikal selalu sangat menghantui kehidupan saya sebagai seorang blogger. Macam ni lahh manusia yang bernama blogger. Bila takde laptop memang sah la takboleh menulis kan? Tulah kepayahan yang dilalui oleh saya sekarang ni. Kesian dakk? -.-"

Berbekalkan semangat yang masih bersisa di celah gigi ni, saya gagahkan jugak menaip hari ni. Walaupun penuh dengan kepayahan tapi demi blog yang tercinta, saya rela berjuang. Cewaahh, saya tetap takboleh lawan para pejuang kita kat Lahad Datu tu kan? Al Fatihah untuk mereka yang terkorban. Syurga menantimu, insya-Allah.

Kalau la saya boleh tunjuk bukti kepayahan saya menaip pagi ni, mesti ada yang menangis terkinja kinja. Ohh, over pulak. Errr... Saya cuba menaip guna henset. Yup, walaupun agak kekunoan sikit tapi saya berusaha. Mencari ikhtiar supaya blog saya tak terabai bagai dianak tirikan. Eh? Takde kena mengena :p

Daan alhamdulillah, saya berjaya jugak lah kot. Kalau entri ni berjaya dipublish, nemang saya hebakk la harini. Hahaha, riak tetibe. Jangan tiru tabiat mazmumah ini ye adik adik.

Ohh ya, nak mintak tolong korang sebenarnya ni. Result SPM, insya-Allah lagi sepuluh hari dari sekarang akan keluar. So, hopefully korang dapat doakan kejayaan untuk saya ye. Saya bukan pandai sangat tapi hopefully takde yang gagal. Terutama Chemistry tu -.-" Risau. Hmm.


*Ditaip guna henset tapi dipublish guna lappy. Biul -.-
**Gambar semua kat dalam fon, korang cer tengok kat Instagram saya ye --> @sitinurazlinda


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 20 Februari 2013

Terima Kelebihan, Perbaiki Kekurangan

Assalamualaikum :)

Tak perlu intro pepanjang sangat. Saya pun bukan selalu mengupdate kan? Sekadar nak isi masa lapang sementara dapat cuti harini. Sejak kerja ni kan, memang tak dapat nak berjimba sakan depan laptop. Selalunya bukak fesbuk, penuhkan timeline dengan tweet merapu, check email kekononnya. Oh, tak lupa jugak. Menggedik baca entri lama berulang kali tanpa jemu walaupun tekak ni dah hampir loya sebenarnya dengan entri basi tu. Nasiblah siapa yang selalu datang bertempek kat blog saya ni kan?

Since harini ada banyaakkkk masa terbuang buang, so saya meronda lah kat blog orang lain. Lepas dah jemu layan movie mula dari movie cintun sampai movie seram kadang kadang tengok jugak cerita kartun dengan harapan setinggi gunung Kinabalu supaya mood saya kembali normal. Sejak sejak ni memang selalu sakit hati, sedih, keciwaa, gundah gulana and bla bla bla. Syukurlah Islam tu indah kan? Ada macam macam cara nak tenangkan semula hati ni.

Ada sebab jugaklah saya mengupdate entri dengan tajuk seperti yang tertera di atas. Cewahh, saya rasa macam bersastera pulak kali ni. Nampak dah nak mula tunjuk kepoyosannya kat sini ^_^

Seperti yang saya terjumpa kat dalam blog seorang blogger ni, Surah An Nahl ayat 71, maksudnya :
Saya takperlu menambahkan gimik lagi lah rasanya kann? Nanti ada yang teringin nak sedekah pelempang lelaju untuk saya. Okayy, lets be serious for a short time. Boleh kan?

Kelebihan yang Allah kurniakan pada hambaNya tu bagi saya la kan, sebenarnya satu ujian yang sangat berat. Allah nak uji kita sama ada kita tetap bersyukur atau sebaliknya dengan kelebihan yang kita ada tu. Tak semestinya bila kita ada kelebihan, kita boleh tindas orang yang serba kekurangan. Sedar tak kita yang ada kelebihan ni pun sebenarnya tersorok jugak kekurangan. Cuba carik lah kat celah celah gigi tu, mesti ada kekurangan punya. Percayalah. Nobody perfect kan? Tak semestinya orang pandai takboleh berkawan dengan orang bodoh, tak semestinya orang cantik takboleh bercinta dengan orang hodoh dan tak semestinya orang kaya takboleh bergaul dengan orang miskin. Tetibe teringat kaya ball yang kat depan kedai tempat saya kerja tu. Haha, lari topik lagi.

Okay, Allah jadikan kita semua sama je. Seorang yang bernama manusia dan hambaNya kat atas muka bumi ni. Ni bukan macam filem Antara Dua Darjat. Ada lagi ke manusia yang membezakan semua tu? Bagi saya la kan, saya terima semua kekurangan orang yang ada di sekeliling saya dengan harapan kekurangan mereka dapat menutup sedikit kelebihan saya supaya saya tak dilimpahi sifat riak dalam diri ni. Macam tu jugak dengan kelebihan saya, dapat menampung kekurangan mereka. Kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri kita ni sebenarnya membuatkan kita saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Dah macam penceramah bebas je gayanya ni :3

Sebab tula saya memang tak berapa nak setuju kalau ada yang membeza bezakan sesama manusia. Kalau ada jugak spesis macam ni tu maknanya dia sedang berhempas pulas tahap siput sedut lumba lari lah bukak kekurangan diri sendiri. Sepatutnya kita kena tahu, Allah tu Maha Adil. So, tutuplah kekurangan kita atau orang lain dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita. Wallahualam..

*Dah lama rasanya tak pot pet pot pet, tu yang terlebih extrem sikit entri kali ni.
**Rindu nak berpidato lagi ! :')

Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 22 Januari 2013

Jangan Dipertikai Kemunculan Mengejut Ini

Assalamualaikum. Teheeeee ~ Lompat lompat bintang kejap. Okay dah, macam gaya anak tarzan hilang mummy pulak :p

Selamat tahun baru 2013 korang ! Memang dah terlambat sungguh la nak wish happy new year kan? Hehe. Alhamdulillah kita semua masih dapat menumpang di bumi-Nya kan? Syukur yang tak terhingga. Kita still dapat menikmati semua nikmat yang Allah kasikk pinjam kat kita. Alhamdulillah.

Alahai ~ Takpayah pertikai lah eh kenapa saya ni kejap muncul, kejap hilang. Ada banyaaakkk gila sebab kenapa saya jarang update blog ni. Bukan sengaja tau. Alasan busy pun bukan. Itu dulu, masa zaman sekolah. Pelajar cemerlang kononnya -.-

Sebenarnya kannn, saya kannn.. Bukan malas nak update. Cuma kannn, saya tak sampai hati. Eh silap. Saya takde hati nak update blog dah sekarang ni. Charger netbook saya meletop, keyboard lappy pun dah banyak yang tercabut. Tak best sangat nak mengupdate. Hmmm.

Memang lah mende alah ni mengajar saya erti kesabaran. Tapi kalau baru tulis 'Assalamualaikum' pun dah berminit minit, apa kes nya kann? Kalau mende alah ni lumba lari dengan saya, confirm saya menang walaupun saya bukan atlet masa sekolah dulu. Biasalah, lari mengundur sebab kena tiup angin gara gara tak cukup berat badan >,<

So sekarang ni, saya tengah berusaha semaksima yang mungkin. Bukan jadik penganggur terhormat dah. Saya dah dapat kerja since 16 Disember haritu. Nak kumpul duit secukupnya then nak beli laptop sebijik ! Haa, baru puas hati kan? And insya-Allah, hasil titik peluh saya semua tu saya akan gunakan untuk beli laptop baru.

Ohh ya. Terima kasih yang tak terhingga buat korang yang sentiasa tak jemu jemu datang singgah tempek bijik mata korang kat sini. Even saya dah lama sesangat tak update, tapi saya tetap terima feed back yang sangat positif. Sampaikan entri yang saya kekononnya nak ngajar bahasa hindustan tu pun dapat perhatian daripada blogger. Siap mintak tolong ajarkan bahasa hindustan pulak tu. Alahai, terharu. Tapi sebenarnya saya tahu bahasa tu setakat tu je. Itupun kawan masa sekolah yang tolong ajarkan. Maaf ye :)

Dan tahun ni saya dah lapanblas tahun. Memang la birthday lambat lagi. Cuma dah semakin tua walaupun perangai macam kanak kanak tak cukup kasih sayang lagi. Hehe. Biasalah, nak awet muda memang kena berperangai pelik pelik sikit. Kesah hapee kann? Janji saya happy sudah ^_^

Thanks korang. Nanti kalau tahap kerajinan saya dah bertambah semula, saya update lagi ye. Byebye.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!