You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Isnin, 23 September 2013

Genap Sebulan, Semuanya Terlalu Pantas

Tak tahu siapa yang akan baca post saya untuk kali ni. Kalau boleh memang nak tutup terus blog, taknak tengok dah blog sendiri terabai. Suka duka yang sepatutnya saya kongsi kat sini, tapi saya biarkan berlalu macam tu je.
Tersenyum tapi adakah gembira?

Sedar tak sedar, dah sebulan berlalu. 23 Ogos 2013, saat kaki melangkah keluar dari KMPh. Sampai detik ini. Saya masih belum jadi seseorang. Cuma Allah yang tahu apa yang saya rasa, apa yang saya lalui. Ini pilihan saya, jalan hidup yang saya pilih. Siapa tahan, sebulan diserbu soalan yang sama.

Tak sanggup rasanya nak menulis panjang. Takut airmata mengalir lagi. Memang saya dah cukup kuat untuk tahan airmata daripada mengalir, tapi hati ni jugak ada perasaan.

Bukan suatu kebanggaan, berhenti belajar semata mata tak sanggup berjauhan dari keluarga. Manja, itu perkataan yang sesuai untuk diri sendiri. Saya tak salahkan takdir, cuma terfikir kenapa jalan hidup saya jadi macam ni. Impian, cita cita, harapan semua hilang macam tu je. Sekelip mata. Nak jadi pensyarah kononnya, nak sambung belajar kat oversea jugak kononnya. Kononnya lahh.

Sekarang mampu buat apa? Harapkan sijil SPM sekeping tu, merata pergi mintak kerja. Perasan diri dah cukup pandai dengan sijil tu. Hmm.

Tapi saya cuba, usaha untuk perbaiki diri. Saya percaya dengan rezeki yang ada. Belum masanya Allah nak bagi rezeki begolek kat saya, Allah uji dulu. Berapa lama Allah nak uji, saya tak pasti. Yang pastinya saya akan cuba, tabah dan redha dengan jalan hidup sendiri.

Bukan tak teringin nak berjaya, bukan tak teringin nak jadi orang yang berguna, bukan tak teringin nak berjasa kat ibu dan ayah. Satu hari nanti, yang saya pun tak pasti bila, sempat atau tak. Ikut sahaja jalan hidup depan mata.


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

2 ulasan:

Syaza Nazura berkata...

Assalamualaikum, Linda.

Sebenarnya now tengah menunggu professor masuk kelas untuk kelas Psycho, so singgah sebentar untuk membaca.

Hmm.

Jangan sedih, jangan putus asa, jangan salahkan diri sendiri mahupun takdir.

Everything that happened has a reason behind it. There's a reason for all of these, so you'd have to be strong to put through.

Jangan terlalu salahkan diri sendiri. Allah nak uji Linda, so you have to face the challenges.

Not being in a learning institution (read: College) does not mean it is the end of your learning. Belajar di mana-mana pun boleh.

Just because you're not following what other people are doing, it doesn't mean that you're not entitled to the same successes and happiness that others are going through.

Find what works for you, what's suitable for your personalities and strengths, and work from there.

You'd do well, Linda. InsyaAllah. :)

Siti Nurazlinda berkata...

@Syaza Nazura . Ya Allah, mengalir lagi airmata Linda masa baca komen Nazu ni. I'm spechless. Tak tahu nak kata apa. Rasa macam semangat dalam diri ni hidup semula.

Linda admire Nazu dari kita mula mula kenal lagi. Bangga ada kawan macam Nazu.

Thanks for everything. Linda hargai sangat sangat. Linda terima semua dugaan ni, sebagai cabaran dalam hidup. InsyaAllah, doakan yang terbaik untuk Linda. Bukan Linda taknak sambung belajar, tapi diri ni tak mampu hidup terlalu jauh dari keluarga. Bunyinya memang mengada kann? Tapi ni lah diri Linda. Linda tak tahu macam mana nak ubah.

Jaga diri kat sana Nazu. Selalu lah contact Linda ye kalau ada masa. Thank youu so much :')