You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Sabtu, 30 April 2011

Contest Blog Paling Wonderful

assalamualaikum.

entry contest lagi ! tak jemu jemu betol anak pakcik Kadir ni join contest kan ? ;) biasa la, cuti lama. nak kumpul cik idea ni banyak banyak dulu sebelum simpan dalam tabung kebajikan idea. HAHA

kali ni contest Blog Paling Wonderful pulak. tersangat la ditimpa perasaan bahawasanya blog linda ni wonderful kan ? hehe, sekali sekali apa salahnya. ye dak ? :p

picitt aje banner contest comel itu atau kat SINI pon bole !! :)

linda rasa blog linda comel, patut la kot menang ! HAHA, tersangat perasan. :p

linda yang sangat baik hati ini nak tag awak awak di bawah


dan semua lah yang sangat sporting moting nak join contest Cik Dhia

p/s : blog pergi, homework mari !! :'(

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 27 April 2011

Diri Ini Masih Dihargai

assalamualaikum.

akibat kegedikan nak mengupdate blog, tercipta lah satu lagi entry busukk. sila tutup hidung awak awak semua dengan topeng cap ayam. :p


sempat lagi screen out benda ni dari nuffnang ye. saje nak promote kat korang supaya korang vote Yuyu Zulaikha kat SINI. :p

sebenornyerr, teman cume nak kaborkan, bahawasenyerr blog teman ini masih ada peminat nyee lerr. * mana datang pulak perak languange ni kan ? ;) sampai ada yang sanggup reka satu gambar untuk linda merasakan kebanggaan nya. ~ sangatt la terharu ye.

terserlah lah keayuan bila tengok gambar ni. :p

mereka mereka ni semua pon ada blog tersendiri tau. cara penulisan yang tersendiri dan masih bole dibentuk jika kena pada idea yang melekat dalam kepala mereka.
ni dari blog ALLY ZAFRIEZ

ni pulak dari ADAM AFFYAN

sungguh tak ku sangka, masih ada yang meminati hasil penulisan linda yang agak terukk ni. yelah kan, kalau tengah belajar memang macam gini. ada aje yang tak betol. sampai orang pon tak suka kita.

tapi, mereka ni pandang blog linda dari arah yang sangat positif. linda suka la korang !! :')

terima kasih ADAM AFFYAN sebab editkan gambar ni sampai linda terasa sangat ayu ! haha. terima kasih jugak untuk ALLY ZAFRIEZ dan ILMAN HIZAMI sebab selalu bagi linda kembang kempis bila kena puji. :p

terima kasih yang tak terhingga lah kepada rakan rakan blogger linda yang sangat sempoii ! linda love awak awak semua tau.

lupa pulak nak bagitahu, kepada yang tag linda untuk join contest tu, maaf sangat sangat sebab linda tak bole join sekarang. kena perah cik idea dulu untuk contest contest gempakk macam gini. tinggalkan aje link contest tu. insyaALLAH, linda akan join.

p/s : tidur sambil tersenyum la nampaknya.

terima kasih sudi baca. :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 24 April 2011

Contest Mata Paling Cantik

assalamualaikum.

dah lapan belas bulan doploh minggu dan lapan belas hari rasa nya linda tak join apa apa contest. HAHA, nampak sangat tipu !

so, lepas Encik Luncai komen komen kat entry linda terjumpa la Contest Mata Paling Cantik ni. apa lagi, menggatal nak join la kan kan ? ;)

picit aje kat banner contest ni tau kalau terasa nak menggatal join bersama sama linda. haha.

bila dah ada contest macam gini, mula lah linda nak menunjuk nunjuk gambar linda yang sememangnya bajet ayu ni kan ? siap nak kena tayang mata lagi tu. memang riak dan bangga gila lah ! :p

muka budak skema bersama sama cermin mata kesayangan nya.

ibarat buta seketika ! walaupon tanpa cermin mata tersayang, muka tetap skema ! haha.

untuk pengetahuan Encik Luncai sebagai juri mata cantik ni, linda join contest ni yang pertamanya sebab contest yang Encik Luncai buat dulu tu linda tak sempat nak menang, orang lain dah menang dulu. so, bagi peluang la kan kat diorang menang dulu. secondly pulak, linda join contest ni sebab teringin gila nak tukar cermin mata tu kepada contact lens. nak beli sendiri ? jangan harap lah ibu tercinta tu nak bagi. sponsor untuk contest ni pon, sangat sangat la bermurah hati. siapa taknak benda free kan kan ? hehe.

nak tag mereka yang tersayang lah

~ oleh sebab linda sayang semua kawan kawan blog linda, awak awak semua pon dijemput join seMATA ye. ;)

p/s : maka dengan ini, Encik Luncai sila lah pilih linda ye untuk menang pulak kali ni. ~ berharap gila woo ! haha.

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Pulangkan - Misha Omar Cover By Ex - Student Berduet Bersama Pegawai PTPTN

assalamualaikum.

sekadar nak menghiburkan diri aje. nak suruh lah jugak awak awak semua gelak sama sama. sila gelak tanpa control ayu atau bajet hensem tapi tetap tak over oke. HAHA

* gambar yang tiada kaitan langsung sebenarnya, saje nak menayang gigi. :p sila muntah sebanyak yang bole selepas menatap gambar syok sendiri ini *



(Ex-Student)

Sedikit bunga yang menggoda

Sekadar dipandang usah dibayar

Kau pasti tak percaya

Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)

Tiada kusangka kau sungguh kejam

Kau peram hutang yang kau pinjam

Namun takkan bahgia kehidupanmu

Bila engkau berkonvo

kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)

Tiada kemaafan di sini

Kau hutang tanpa bayar sesen lagi

Akan ku jejakimu kemana jua

P/S : cepat2 la bayar hutang tu..kalau tak nahas la korang pegawai ptptn nyanyikan lagu nie untuk korang xD


terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 22 April 2011

Semua Nampak Bersinar !!

assalamualaikum.

gila rindu kat korang semua ! korang rindu tak kat linda ? ngaku je la takpayah la nak malu malu rabbit pulak, confirm korang rindu kan kan ? haha. ~ anak pakcik kadir terperasan lagi. :p sory la, linda sangat sangat la busy sampai tak sempat langsung nak memikirkan story yang gempakk gempakk untuk santapan jiwa raga korang semua.

sebelum baca dengan lebih terlanjur, sila la pakai kaca mata hitam atau warna yang sewaktu dengannya bagi mengelakkan awak awak semua berada dalam zon kesilauan yang teramat melampau. cis, hiperbola terlebih suda !

mari telitikan bijik mata awak awak semua untuk gambar yang disajikan ini ye.

..

..

..

..

..

..

..


tengok gambar gambar tu tadi kan, agak agak apa yang bersinaran dan bersilauan di mata korang ? haha, yeayy !! awak semua betul. *ehh, dah jawab ke ? ;)

betul la kot apa yang awak awak semua fikir, cik linda ni dah berani posing maut sambil menayangkan gigi besi nya itu. ~ wahh, sila tepuk tangan !! perubahan yang amat drastik. :p

baru je buat entry pasal gigi besi hari tu, dah berani tayang gigi besi sambil riak dan bangga memenuhi di setiap ruang yang ada kat celah celah gigi tu. haha.

p/s : itu aje nak cerita malam ni. semoga terhibur ye.

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Rabu, 20 April 2011

Beli Cermin Besar Besar, Tayang Muka Lama Lama

assalamualaikum.

sila terbeliakkan mata semaksimum besar yang bole, sebab karya penulisan linda yang bakal awak awak semua baca kejap lagi adalah hasil ketidakpuashatian linda terhadap seseorang yang penuh dengan "kesopanan dan kesusilaan" ye.

don't judge a book by its cover atau dengan bahasa kampungnya ialah sila jangan menilai sesebuah buku itu melalui kulitnya aje. selepas digali dan dicangkul seperti kata pengkritik tetap Akademi Fantasia 9, akhirnya linda berjaya menemukan maksud yang tersirat di sebalik kata kata itu. ~nampak sangat gila AF kan kan ? ;)

bila kita menilai seseorang tu, tolonglah jangan hentam keromo macam gitu aje. pernah terfikir ke perasaan orang yang dihentam sehingga separa pengsan ? lepas tu, tinggal macam tu aje orang yang telah dihentam tu. sungguh tragis sebab orang yang separa pengsan itu sudah menjadi tersangat sangat over tahap malunya.

diri sendiri pon masih belum sempurna. jadi, jangan suka sangat sound orang tak tentu pasal. bila kita yang sound dia, mula lah puting beliung tahap dewa ! sungguh tidak adil kan ?

tajuk entry nampaknya takde kaitan langsung dengan cerita dongeng linda hari ni kan kan ?

p/s : bukan untuk mengkritik sesiapa sebab linda bukan pengkritik terhebatt ye !

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 18 April 2011

Kita Pandai Kita Tak Bangga

assalamualaikum.

kita rindu awak awak semua ! awak awak rindu kita tak ? *sekali lagi ayat mintak penampar, bagi cepatt ! :p

tak dapat nak membeliakkan bijik mata depan lappy doploh pat jam, tapi dengan masa yang ada agak agak seribu lapan belas ratus saat ni linda pon menyemak kejap depan lappy sambil mengupdate blog kechentaan hati.

melompat kegumbiraan di saat diumumkan linda berjaya mencengkam 8A masa PMR yang lalu, kini linda mampu tersenyum bahagia bila dapat balas jasa ibu dan ayah tersayang. yela kan, masa UPSR dulu linda kecundang subjek paling bosan iaitu Sains. tapi, sekarang ni ambek aliran sains jugak ? pelik kan kan ?

tapi, sejak sejak linda dapat 8A ada jugak suara ala ala katak berkaroke maut yang mencanang cerita ke sana sini. manusia iri hati memang begitu. kan kan ?

katanya, "berlagak la tu, mentang mentang dapat 8A. budak pandai la katakan !!"

ya ! linda memang berbangga sebab linda dapat 8A dalam PMR hari tu. tapi linda tak pernah bangga bila linda pandai. cuba fikir fikirkan, linda masih pergi sekolah macam orang lain jugak. maknanya linda masih belum pandai kan kan ?

8A bukan penentu hidup linda. linda harap untuk SPM, penentu hala tuju linda. doakan linda berjaya dan terus berjaya. nak jadik akauntan terhebatt ni ! ;)

p/s : kita sama sama pandai, cuma kita aje yang tak pandai nak gunakan kepandaian yang dah diberi itu. betol tak ?

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Ahad, 17 April 2011

Nak Daftar Akaun Nuffnang l Permintaan FD

assalamualaikum.

hari ni linda nak jadik cikgu la. hehe, cita cita jadik cikgu tak pernah terlintas pon tapi saje nak menggedik kan pagi pagi ni. sila panggil cikgu linda ye untuk hari ni. haha.

oke, kawan blog cikgu linda yang bernama FD ni mintak cikgu linda untuk ajar beliau bagaimana nak buat akaun nuffnang kan ? dengan terbelah hatinya, cikgu linda nak mengajar pagi ni. sila bukak mata luas luas ya tanpa menggunakan sebarang kanta pembesar. ;)

langkah langkah yang harus diikuti ialah :

create la akaun nuffnang dulu. sila pergi ke sini ya
tak lama lepas tu akan keluar la borang pendaftaran akaun blogger. isi lah seperti yang diarahkan.

macam gini la ghope nyerr borang pendaftaran akaun blogger.

lepas tu, ikut je arahan yang ada kat situ klik dekat getting started
di situ, tertulis arahan yang sangat lengkap untuk mulakan akaun nuffnang. cikgu linda ni pon tak diiktiraf untuk jadik cikgu. :p

p/s : FD, kalau tak faham sila bagitahu awal awal ye. linda nak tolong carikkan tutorial berkaitan dengan nak buat akaun nuffnang ni. mungkin FD lebih memahaminya.

untuk permulaan tutorial sila la ke sini ya

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Kan Dah Kata . . . . .

assalamualaikum.

berehat sebentar bersama blog kesayangan linda ni, lepas dah perah cik idea untuk buat karangan BI. blog sape la yang jadik mangsa untuk linda jadikkan ilham untuk merangka karangan BI kan ?

sebanyak 3 muka surat karangan Bi bersama berapa ratus entah patah perkataan, tiba tiba je bole teringat nak tengok graf nuffnang linda. haha. belum belum lagi dah tergelak kot. dalam kepala otak linda dah berkata kata, confirm mencanak turun ! haha.

dengan kegelojohan yang agak melampau, linda pon mulakan sesi mengskodeng nuffnang linda. akhirnya keputusan seperti yang diduga...

tinggi kan yang 10 April tu ? waa~~ gila terbangga seketika.

tengok yang 8 tu !! kesedihan meratapi jiwa nan lara. ~ceyy wahh ayat !! :p

setelah seminggu linda tak bukak nuffnang ni, tengok tengok graf nuffnang pon merajukkan dirinya. padan muka kau linda ! haha.

tapi walau apa pon, tiap tiap hari masih ada yang sudi menjengahkan mata mereka untuk merewang ke blog linda ni. adat lah kan dalam berblog, kadangkala naik kadangkala turun. linda tak kesah pon banyak mana follower, yang penting, masih ada yang nak baca entry entry linda walaupon over merapu.

salah linda jugak kan, sebab tak dapat update cerita cerita best untuk korang, sebab tu korang pon taknak la singgah blog linda ni. yela kan, boring la asyik baca story sama je. baik tak payah singgah kan kan ;)

p/s : terima kasih atas sokongan awak awak semua hingga ke hari ini. linda berjaya sebab awak awak semua ! :D

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Sabtu, 16 April 2011

Rahsia Linda Bergigi Besi Kini Terbongkar

assalamualaikum.

mesti ramai yang agak terkejut katak kan bila linda cakap linda pakai braces ? kenapa, tak percaya ke ? confirm la korang yang tak tahu, tak kan percaya dengan statement linda kali ni. kawan kawan yang dah pernah tengok linda bersama sama gigi besi ini pasti percaya. hampir tergelak gelak sampai terguling guling kan kan ?

rasa rasa nya linda tak pernah cerita pon kat dalam blog ni tentang linda pakai gigi besi kan ? malu woo ~ linda tak chantekk seperti awak awak semua *gila merendahkan diri sendirik ;) yelah, sesetengah orang yang ada gigi senget benget ni malu kan nak senyum ?

*nampak kan gigi besi linda yang sangat bersinar !!* sila gelak secara over nya.

linda memang jarang sangat sangat tangkap gambar sambil menayangkan gigi besi linda ni. sebab tu la gambar senyum nampak gigi takde pon linda simpan. nasib baik je terjumpa dalam fb kan, dapatlah linda tayangkan dengan riak dan bangga nya.

disebabkan linda malu nak berhadapan dengan gigi yang senget benget tambah pulak dengan kejongangan yang agak melampau ni, maka dengan over confident nya linda pon buat la rawatan ortodontik ni. punya la fikir banyak kali tau sebelum nak buat benda ni. jakun la katakan.

sakit ? tak fikir dah bila nak cantik. belasah je waktu tu. linda start pakai gigi besi ni masa form 1. sekarang dah form 4, tak sabar gila nak bukak dan tayangkan kecantikan gigi ni nanti. haha.

rata rata orang yang nak pakai gigi besi ni, mesti takut malu dan takut sakit kan ? takpayah la risau, sebab hasilnya amat menyedapkan mata untuk dipandang ! :) tak percaya lagi ? cubalah sendirikk..

p/s : rahsia linda akhirnya terbongkar. malu la malu la... jangan ejek tau ! :p

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jumaat, 15 April 2011

Segmen I Love My Blog

assalamualaikum.

linda tak tahu la dah berapa lama cik nazu tag linda untuk segmen beliau ni. baru hari ni linda nak join. teruk kan linda ni ? kesian cik nazu tertunggu tunggu entry segmen ni dari blog linda. *suka sangat perasan kan kan ?

______________________________________________
cik nazu... linda sayang sangat sangat kat blog linda ni sebab blog ni la satu satunya tempat linda meluahkan segala gala isi hati yang meronta ronta mintak tolong nak keluar. dah merengek rengek macam baby dalam perut mak mak. :p melalui blog yang hanya picisan ini lah, linda dapat mengenali semua kawan kawan yang sangat gempakk !! linda jugak dapat kenal cik nazu yang sentiasa sempoii tahap siput sedut. haha. ganas tak statement linda ? ;)

andai kata satu hari yang dingin lagi nyaman nanti, abang google yang kacak bergaya ni tiba tiba crash, dan blog linda pon akan mengghaibkan dirinya ke alam bunian, maka dengan secara rasminya linda akan daftarkan diri linda sendiri ke Henry Gurney. ehh ehh, silap !! HTR @ Hospital Tanjung Rambutan la. haha. :p merapu je kan linda ni cik nazu ? maap la yekk.
________________________________________________

sekian sahaja coretan merapu untuk segmen I Love My Blog.

p/s : sory cik nazu. blog linda takk bole buat simbol love la. bole tulis LOVE aje. lebih romantis kan kan ? :D

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Bila Cik Idea Tak Nak Menjelma

assalamualaikum.

dah lama tak merapu kat sini kan ? sejak ke-busy-an yang melampau ni kan, rasa malas je nak mengupdate. blogwalking pon dah jadik malas. nak online tak sempat la. naseb baik ada lagi yang nak singgah blog linda kan kan ?

malam ni takde benda pon nak cerita. hari hari tak seindah biasa. ceyy wahh, dah macam lagu siti pulak kan kan ? serius, takde apa pon yang menarik untuk dikongsikan.

busy tahap melampau la yang mengakibatkan linda jadik huru hara macam gini. tak sempat nak fikir apa apa untuk dijadikan cerita dongeng untuk santapan malam korang semua. siap mintak pendapat kawan kawan kat sekolah lagi. apa la yang nak diceritakan untuk malam ni. tapi, idea idea diorang tak dapat menusuk ke kalbu linda la. haha.

daripada asyik merapu je kan, baik linda berhenti sampai sini je dulu. nak perah cik idea ni keluar dari kepala otak linda yang dah agak tepu sikit ni. nak bagi cair kejap. :p

p/s : malam ni tak sempat nak blogwalking mana mana blog lagi. tu yang linda tak dapat nak promote tu. nanti untuk entry seterusnya, mesti linda promote blog awak awak semua tau. ;)

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Selasa, 12 April 2011

Tiba Tiba Teringatkan Adik Sharlinie

assalamualaikum.

haa, mengupdate lagi ! lepas dah puas hati meluahkan isi hati kat entry sini, akhirnya linda kembali ceria. haha. linda mana bole sedih kan kan ? nanti pembaca blog linda yang tersayang pon dijangkiti virus sedih pulak. taknak taknak !!

masa tengah search macam macam kat google, tetibe teringat pasal adik sharlinie yang hilang dah 3 tahun tu. sampai sekarang tak jumpa jumpa kan ? kesiannya dia. linda sedih sangat bila tengok budak budak kecik macam gitu, jadik macam tu. kena culik, hilang dan tak balik balik.

kesian mak ayah adik sharlinie. mengharap sangat kepulangan adik sharlinie tu kan kan ? agak agak korang, kat mana lah adik sharlinie tu sekarang ya ? sihat lagi ke dia ? hidup lagi ke ? atau, dah jadik macam adik nurin jazlin ? nauzubillah...

linda tak mendoakan keburukan adik sharlinie, cuma sekadar mengingati dirinya. tak tahu kenapa tetibe je bole teringat. takde niat pon nak bagi sesiapa sedih tau.

kita doakan adik sharlinie dapat balik ke pangkuan keluarganya walau apapon keadaan nya nanti. amin..

p/s : takut pulak bila linda ada anak nanti kan ? *wahh, berfikiran jauh ke hadapan. :p

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Linda Tak Cari Glemer, Harap Awak Faham

assalamualaikum.

agak terkejut jugak la bila linda online je facebook hari ni, ada satu mesej kat inbox linda.

_________________________________________________
kau ingat blog kau tu lawa sangat erk? macam bagus je kau publish story kau banyak2. semaj je la dashboard aku menengoknya.kalau kau dah rasa kau bagud,pergi tayang je muka kau tu kat dalam tv.buat siyaran sendirik.kau kene ingat,setakat blog kau yang kau kata gemapk tu,taksamapi kemana pon lah. kau ingat semua org ke suka entry merapu kau tu?tolong sedar diri sikit oke.lepas ni kau jgn nak gedij pulks buang aku dr friend list kau.jgn pulak nak gatal2 tgn buat crite psl aku kat blog kau.tunggu je la kalau kau buat nnti, ibarat telanjanh lah kau makcik gila glemer,welllllkkkkkkkkkkkkkl!
_______________________________________________

tak percaya kan ? linda tak sehebat mana pon bole jadik macam gini.

awak awak, linda tak glemer. linda post entry banyak banyak kat blog linda ni bukan untuk menyemakkan dashboard sesiapa. kalau awak tak suka linda, better tak payah follow linda. linda tak mintak semua ni. cuma jangan lah hina linda sampai macam ni. linda berblogging hanya untuk suka suka. sambil menyelam minum air, linda bole cari kawan kawan baru untuk mematangkan diri linda lagi. bukan untuk cari glemer semata mata. linda tak pernah kata blog linda "gemapk" @ gempak seperti yang awak cakap tu. linda tak pernah bangga bila followers linda naik mendadak. ini jugak berkat usaha linda selama ni. linda jadikan blog blog senior sebagai inspirasi linda. awak awak, perlu ke awak ugut linda ? linda punya facebook, ikut suka hati linda lah nak buang awak dari friend list linda atau tidak. tapi, linda takkan pernah buang kawan kawan linda yang dah sedia ada kat facebook tu. linda ber-facebook untuk menambahkan kenalan. nak berkenal kenalan dengan semua orang. dan awak jugak, maafkan linda sebab buat entry untuk awak sebab awak mencabar linda. takde siapa yang suruh awak iri hati dengan linda. linda bukan sesiapa. awak pon bole jadi lebih hebat lagi dari linda kalau awak buang perasaan iri hati awak.


linda kecewa sangat. linda baru je nak happy blogging, dah jadi macam gini. korang jangan dengki kat linda tau. linda bukan sesiapa... :'(

p/s : awak awak, maafkan linda buat entry pasal awak. linda terpaksa...

terima kasih sudi baca :(


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Isnin, 11 April 2011

Yeayyyy !!! Akhirnya Linda Menang Ferrero Random Giveaway Yuyu Zulaikha

assalamualaikum.

update dengan gelojohnya sebab linda tak sempat mandi lagi ni. dah berbau satu rumah dah kebusukan linda yang terlampau over. haha.

dengar sini rakyat rakyat beta !!
linda nak umumkan dengan penuh kebanggaan hati dan kekembangan di hidung, akhirnya linda menang Ferrero Random Giveaway Yuyu Zulaikha !! wahhh wahh , gila bangganya.

tak percaya ke wehh ? ni haa, ambek kau buktinya !!

yang kuning kuning umpama mambang kuning tu nama blog linda masa linda mula mula join GA kak yuyu ni.

yang bulat tak berapa bulat tu pulak, nak hebohkan yang linda MENANG !!!

tak sabar gila nak tunggu kak yuyu promote blog linda la. dah lama bebenor orang tak promote blog linda ni. haha.

terima kasih sangat sangat linda ucapkan kepada kak yuyu sebab jari kak yuyu rajin buat GA ni untuk linda menang. terima kasih jugak kat www.random.org sebab pilih linda. tak lupa jugak kat kawan kawan tersayang sebab doakan kejayaan linda menang GA ni. *dah rasa macam menang award la pulak. :p

p/s : terima kasih kak yuyu, terima kasih sangat sangat !!
terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Tak Nak Tengok Nuffnang Dah Lepas Ni, Bole Ke ?

assalamualaikum.

gila glemer sungguh hari ni. habes la dashboard korang bersepah sepah dengan entry linda. haha. *perasan je lebih kan kan ?

ni ni, nak ce cite sikit. semalam kan kan, linda tak percaya sangat sangat bila followers naik mengejut, dah la tak bagi salam. main redah je, tetibe linda tengok dah menggunung tinggi. tak percaya sehh ! alhamdulillah...

hari ni pulak, bila jari linda gatal je nak klik akaun nuffnang tetibe analytics linda pulak naik tanpa segan silunya. terkejut katak dibuatnya. serius, tak pernah kot.

sehari je bole sampai 164 paparan. 79 unik yang tak bole bla tu.

tengok tengok ! linda jadik riak sudah.

thats why la linda kata linda taknak dah bukak akaun nuffnang. nanti kalau tak dapat traffic menggunung macam semalam lagi, tak ke frust tertonggeng ?

semakin sayang awak semua
~ Budak Chomot buat bloglist, jom terjahh !! ~
~ BIBIR PINK Ilman Hizami yang meletop ~

p/s : gila ke apa linda ni taknak bukak nuffnang ? meroyan meroyan. haha.

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Pagi Pagi Sudah Carik Pasal

assalamualaikum.

tak baik kan cerita pasal orang dalam blog ni ? tapi, hari ni linda geram gila. terpaksa jugak muntahkan cecair kegeraman yang dah terpendam sejak pagi tadi.

blog blog senior kata jangan cerita pasal orang, jangan post entry tak suka cik jenab, tak suka cik tipah. akibatnya, orang akan taknak baca entry kita. tapi kenapa linda gila meroyan nak post pasal cik jenab dan cik tipah ni ? linda tak kesah pon, yang penting puas hati ! *gila kejam. ;)

cuba korang imagine, apa lah yang akan korang buat kalau korang mintak tolong orang tapi bole pulak buat muka macam nak mintak penampar ? thats mean main main la. tak serius bila kita bercakap dengan dia. confirm nak bagi je kaki terus kan ??

dah dah. linda taknak geram banyak banyak. nanti jadik macam gambar kat atas ni haa.. err, seram kan kan ?

p/s : maafkan linda kalau awak dan awak terasa. ni luahan kegeraman linda semata mata.

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!

Jom Join Bloglist Budak Chomot

assalamualaikum.

naseb baek hari ni ada masa yang terbuang di merata rata tempat. disebabkan nak kutip satu persatu masa yang terbuang tu tak bole, maka dengan secara riak dan bangganya linda nak join la bloglist Budak Chomot ni * nama je chomot oke, tuan punya blog nya sangat sangat la menggugat keiman. tapi bukan less oke ! haha. cukup lah merapu. ;)

klik dengan sesuka hati tapi penuh dengan kesopanan dan kesusilaan ye.

nak tag siapa ehh ?
boleh tak nak tag semua yang sayang linda ?? :D

sempat lagi nak promote blog orang ni
~ Cik Tomato pujaan jiwa raga + bakul ++ mangkuk tingkat. :p ~
~Haliqa HanimKum bersama blog superbb nya ~

p/s : cik chomot, linda dah join !! haha.

terima kasih sudi baca :)


Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!