You are now in | Siti Nurazlinda's Official Blog

Ahad, 2 Februari 2014

The Precious ♥ ♥

Assalamualaikum

Yeayyy ! Happy holiday ! Holiday sangat walaupun esok kena kerja. Sobsobss. Takpe, nak carik rezeki takboleh merungut kan? ;)

Ouhh, hello February ! Welcome to my life. Kengkonon dah berazam kat insta nak tulis diari dalam bintang bintang last last penyakit M menyerang. Haihh tunda bulan tiga la jawabnye. Hikss.

Dah kepam idea ni berzaman dah rasanya. Baru harini ada kesempatan nak menulis untuk entri kepam ni. Baru ada masa la kononye nak tangkap gambar semua. Alasan semata betul -_-

Lepas menggoreng goreng kat dapur tadi walaupun separuh jalan jek goreng nye sebab last last ibu yang siapkan semua, gua pun masuk ke bilik tanpa pengetahuan sesiapa. Cewaahhh suka sangat buat ayat dramatis cemni :p

Gua pun mulakan misi menggodek segala baju baju dalam almari gua tu. Alahai banyaknye kemainn tapi pakainye takpun. Nak dibuang sumpahh sayang. Banyak moment moment indah gua dengan sang sang baju semua tu. Kenangan pahit manis dengan baju baju gituwww.


Dua dua baju tu ibu yang kasikk. Dua dua hadiah birthday gua. Yang baju kurung putih tu masa gua tingkatan tiga rasanya. Al kisahnye mengidam sangat nak pakai baju kurung warna putih. Ala ala pengantin gituww suci murni jek gua rasa. Nasib laa gua dah membesar, kalau tak memang gua buat baju kahwin gua je nanti. Hikss. Yang baju hitam tu pulak masa birthday gua tahun lepas. Tapi ibu kasik awal awal sebab masa tu gua still menghuni kat matrik Pahang. Yelaa kann kengkononnye tak sempat nak balik sambut birthday sesama. Actually baju ni ada kain dia. Tapi kain tu gua tengah pakai ni haaa sambil taip entri ni. Baru feelingg >.<


Haaa, ini part bff gua pulak. Yang baju merah kat atas tu Wani bff gua yang kasik. Masa tu dia kasik kain je. Empat meter. Gua pun masa tu semangat sangat nak masuk matrik, last last gua buat jela baju kurung. First day class kat matrik dulu pakai baju bff kasik tuh ! Semangat kemainn lagi. Hahaha.

Yang baju kuning tu pulak Amira bff gua masa matrik yang kasik. Baju ni dia kasik gua pinjam je memula sebab masatu kitorang nak pergi outing. Last outing sebenarnya sebab masa tu gua dah get out dah dari matrik tu. Tapi tak sangka pulak dia kasik teruihh baju ni kat gua. Siyess baju ni best. Sebab tu gua sayang gila baju ni. Baju ni jugak gua pakai masa hari terakhir gua kat matrik. Dapat tangkap gambar dengan abang pun pakai baju ni. Hikss gedik kejap ;)


Yang ni pulak masa zaman gua muda muda dulu. Kononnye laahhh. Hahaha. Baju kelas gua dua dua ni. Yang hitam tu masa gua tingkatan tiga. Yela kann, masa tingkatan tiga paling banyakkkk kenangan superbb ! Sampaikan baju ni dah uzur pun gua still pakai lagi. Punye laa sayang kann.

Yang satu lagi warna putih oren tu masa gua tingkatan empat. Kenangan kat baju ni lagi gempak. Siap bergaduh gaduh manja lagi nak create design untuk baju ni. Dan yang paling gempaknye ada jugak yang title kan baju ni baju si cleaner. Heeee cleaner pun cleaner lah janji gua sayang kot baju ni ♥♥


Yeahhh dua dua baju ni baju yang nak kata banyak kenangan tak banyak sangat. Tapii boleh lah dikenang. Baju zaman gua kat matrik dulu. Walaupun sempat merasa pakai baju ni kekadang je kat matrik tapi gua tetap akan simpan baju ni leklok. Sayang kot bukan senang enn nak dapat masuk matrik pastu lari balik. Hahahaha.
Baju ni.. Buat gua bangga jadik seorang blogger dari dulu sampai sekarang. Gua pun dah lupa baju ni zaman bila punya. Tapi yang pasti baju ni masa gua dah jadik blogger la. Masa tu memang zaman gua gila gila lah menulis. Apa orang puteh kata, zaman howwttt setaff gituww. Hahaha. Siyesly rindu zaman tu, dapat kenal dengan semua blogger walaupun tak pernah join gathering dengan diorang. Sedar tak sedar dah hampir empat tahun dah gua jadik blogger sebenarnya. Masa untuk jadik blogger yang cemerlang dan gemilang serta terbilang, belum sampai seru lagi agaknya. Doakanlah satu hari nanti ke :)

Antara banyak banyak baju yang ada, baju ni lah baju palingggg rare sekali. Eh tak tak. Baju paling oldschool. Hikss. Baju ni masa gua darjah enam Yess darjah enam. Festimeee gua pergi program tunas puteri peringkat kebangsaan. Kat selangor. Mau menangis gua telefon ibu mintak nak balik sebab terlampau penat sangat masa tu. Aktiviti dia perghhh kemainn padat. Dah la gua masa tu kecik kenot je. Alahai tenaga banyak mana je kann. Sebab tula sampai ke besar ni haa gua tak boleh aktif sangat. Badan cepat penat. Tapi baju ni lah yang gua sayang sebab masa join program ni, kitorang wakil negeri sembilan dan kitorang johan keseluruhan ! Perghh memang hilang penat penat semua masa tu. Kalau ada peluang cemni lagi memang gua nak join :D
Okey last sekali baju ni. Baju sekarang. Haruslah gua sayangggg gila baju ni. Setiap hari kot gua pakai. Waktu cuti macam harini je tak payah pakai simpan kejap dalam almari. Hikss. Baju untuk gua carik rezeki. Actually ada lagi satu baju kemeja dia tapi gua tak selalu pakai baju tu sebab baju tu kecik sikit and nampak gua seksi sangat. Hahahaha.

Entri harini gua tayang semua baju baju gua ni bukan untuk riak bangga serta takbur ye. Bukan jugak untuk jualan lelongan baju. Not for sale bak kata orang kampung gua. Sesaje je carik topik untuk memenuhkan masa lapang. Kihkih.

Ada banyak lagi sebenarnya baju baju yang gua nak tayang tapi takpelah. Jenuh pulak nak memunggah satu satu dari almari kang.

And the quote of the day today..


♥♥♥



Thanks For The Reading. Do Leave Your Comments Okayy!